Saturday, August 11

Mana Suara Melayu DAP?




Sejak timbulnya isu 'haram' untuk umat Islam di negara ini untuk mengundi DAP, banyak pihak tampil untuk memberikan pelbagai pendapat termasuk pemimpin di kalangan Pakatan Rakyat (PR) mahupun Barisan Nasional (BN).

Antara yang tampil memberikan ulasan ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang berpendapat adalah tidak perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik.

Tidak kurangnya dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan kenyataan itu sebagai dibuat dengan tidak mengikut hukum tetapi untuk menyenangkan hati para pemimpin UMNO.

Pada masa yang sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya turut bersetuju dengan saranan supaya umat Islam tidak menyokong DAP kerana mendakwa parti itu secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam.

“Apa yang saya dapat lihat, agenda DAP berbeza dengan MCA dan MIC kerana mereka ini digolongkan sebagai bukan kafir harbi yakni tidak membawa sebarang kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya,” jelas Fathul Bari.




Namun, di sebalik semua ini, belum kedengaran 'suara-suara' dari kalangan Melayu yang berada dalam DAP untuk mengupas isu ini secara agresif selain laporan polis oleh 'orang Melayu harapan' parti itu, Zairil
Tan Sri Khir Johari yang turut menyatakan DAP adalah parti yang 'halal' dari segi undang-undang.

Namun, anak bekas pemimpin kanan Umno itu juga tidak menghuraikan secara tepat dan sebab-musabab yang jelas kenapa DAP ini boleh dikategorikan sebagai 'halal' dari perspektif Islam kerana secara
terang-terangan menentang penubuhan negara Islam, seolah-olah penerangan yang bersifat 'melepaskan batuk di tangga' sahaja.

Juga, belum kedengaran komen serta ulasan yang benar-benar 'ikhlas 'dari pemimpin DAP berbangsa Melayu yang lain seperti Dato' Arif Sabri Abdul Aziz yang cukup terkenal dengan nama penanya sakmongkol, Aspan Alias mahupun bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia, Hata Wahari.

Sepatutnya, orang-orang Melayu dalam DAP bangkit untuk menentang 'fatwa' sebegini dengan seagresif yang mungkin kerana masakan mereka boleh mengiyakan pendapat yang mengatakan mereka berada atau menganuti sebuah parti yang haram.

Seharusnya, pemimpin-pemimpin Melayu dalam DAP mengadakan siri jelajah bergerak ke seluruh negara terutama di kawasan-kawasan kampung untuk menerangkan kepada masyarakat tempatan terutama orang Melayu bahawa DAP tidak 'haram' untuk diundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Gerakan seperti ini bukan sahaja penting untuk menjelaskan kepada umum berhubung hal ini tetapi juga sebagai manifestasi dalam tindakan untuk mempertahankan maruah diri, bangsa dan agama untuk meneruskan gerakan dakwah di masa depan.

Namun, sikap mendiamkan diri atau lebih sedap disebut sebagai 'terkedu' ini menimbulkan pelbagai syak wasangka dan kebingungan kerana hanya mereka inilah yang benar-benar mendakapi, memahami, menyelami serta mendalami aspirasi perjuangan DAP secara lebih terperinci, tulus lagi penuh jujur.

Tidak dinafikan semua pihak mahukan sebuah kerajaan yang adil, bersih, berkebajikan, berdaya maju dan boleh melonjakkan ekonomi negara, rakyat di negara ini terutama orang Melayu pastinya mahu melihat keberterusan dalam usaha-usaha untuk memartabatkan lagi agama Islam di negara ini.

Sementara PR terutama Pas sedang merancang pelbagai pendekatan dan kaedah untuk memartabatkan lagi agama Islam di negara ini, kerajaan BN telah melaksanakan pelbagai usaha yang bukan sahaja melibatkan kerohanian dan roh Islam malah turut membangunkan sistem perbankan berteraskan Islam, bon Islam sukuk dan membangunkan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) cawangan Malaysia.

Dalam pada itu, dengan DAP yang dikatakan mampu menduduki kerusi 'abang besar' dalam PR selepas PRU akan datang, sikap parti itu dalam penentangan terhadap hukum Hudud secara terang-terangan dikhuatiri mampu merencatkan pembangunan agama Islam di negara ini di ambang kemerosotan yang lebih dahsyat dalam akhlak dan jati diri remaja Islam dewasa ini.

Ini belum termasuk 'huru-hara' yang dicetuskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan dari DAP dengan kenyataan-kenyataan negatif beliau berhubung kegagalan Datuk Lee Chong Wei dalam meraih pingat emas di Olimpik 2012 baru-baru ini dan hasrat untuk menukar Jalur Gemilang jika PR menawan Putrajaya.

Semua itu juga belum termasuk sikap rakan sekutu DAP dalam PR iaitu PKR dan Pas yang pernah secara terang lagi bersuluh menghina askar-askar Melayu yang berjuang bermati-matian dalam mempertahankan negara dari serangan penjajah dan komunis serta kenyataan tidak cerdik oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pas mengenai jalur malang.


- Posted using BlogPress from my iPad

1 comment:

Anonymous said...

Hallo kawan Zairil Khir Johari bukan anak TS Khir Johari. Nama sebenar ialah Zairil Khir Johari bin Abdullah berbangsa cina.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive