RAPID

Tuesday, August 28

BERSIH MERDEKA BERJANJI,BOLEH PAKAI KE?


Sebelum ini Bersih3.0 pun berjanji takkan membuat kacau pada perhimpunan mereka.Itu sebelum berhimpun akan tetapi sebaliknya berlaku.Banyak kali mereka cuba menghuru-harakan dari permulaan lagi.Adakah kali ini akan aman seperti dijanjikan.Bagi MKP semuanya hanya menanam tebu dibibir mulut..........

Selepas gagal mendapatkan 'lampu hijau' daripada pihak polis, penganjur Himpunan Janji Bersih tetap berdegil mahu mengadakan dua sambutan kemerdekaan di dua lokasi berbeza dengan cara yang berlainan.

Penganjur perhimpunan Maria Chin Abdullah.Selepas perjumpaan dengan Ketua Polis Daerah semalam, berkata, pihaknya telah bersetuju akan mengadakan perhimpunan di Jalan Sultan dan di Dataran Merdeka seawal jam 10 malam dan akan bersurai selepas pukul 12 tengah malam.


"Kita telah bersetuju dengan pihak polis, tiada banner, sebarang sticker (pelekat), atau ucapan pada perhimpunan malam itu, cuma Pak Samad (A. Samad Said) akan menyampaikan puisi sahaja.

Maria juga turut memberi jaminan perhimpunan itu akan diadakan dalam keadaan harmoni dan aman.

Menurut Maria, himpunan tersebut tetap akan diadakan walaupun pihak polis tidak memberikan kebenaran kepada pihaknya mengadakan sambutan Ambang Merdeka.

"Tetapi kami memberitahu polis bahawa kami cuba mengadakan sambutan menjelang detik 12 tengah malam, dan memberitahu polis bahawa tidak perlu ada kebenaran... sebab itu adalah hari sempena kemerdekaan... ini bukan perhimpunan, satu majlis sahaja," kata beliau lagi.

Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad menegaskan tiada sebarang "lampu hijau" diberikan kepada penganjur "Himpunan Janji Bersih" yang akan diadakan pada 30 Ogos ini.

Katanya, pihaknya juga tidak mengeluarkan sebarang kebenaran kepada penganjur kerana Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2011 mensyaratkan penganjur memberi notis sepuluh hari sebelum perhimpunan diadakan kepada polis namun perkara itu gagal dilakukan oleh penganjur.

"Kalau menurut akta terbabit, penganjur sudah melakukan kesalahan kerana tidak memberikan notis kepada kita...jadi dari pihak polis tiada sebarang kebenaran akan diberikan. Cuma mereka berjanji kepada kita bahawa perhimpunan itu akan dilakukan secara aman," katanya.

Menurutnya lagi, pada perhimpunan terbabit polis bersetuju memberikan kerjasama daripada segi kawalan trafik dan keselamatan sebagai langkah awal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan sebarang kekecohan.

Katanya, perbincangan selama satu jam antara polis dan wakil penganjur di di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini bertujuan menerangkan kepada penganjur berhubung syarat-syarat yang perlu dipersetujui sekiranya ingin menganjurkan perhimpunan tersebut seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive