RAPID

Saturday, August 4

Apa Masalahnya Jika Penaung BAM Memberi Sokongan?


Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Penaung bagi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah terbang ke London semalam.

Perkara itu telah dilaporkan oleh The News Straits Times.


Beliau akan berada di London untuk menyokong Datuk Lee Chong Wei yang akan bertemu pemain dari Negara China, Lin Dan dalam perlawanan akhir untuk merebut pingat emas bagi acara Badminton dalam Sukan Olimpik 2012.

Sebelum ini pemain nombor satu badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei mempamerkan permainan mantap melangkah ke perlawanan akhir perseorangan lelaki setelah menewaskan pemain China, Chen Long 21-13, 21-14.

Datin Seri Rosmah Mansor telah dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012 pada Majlis Anugerah Industri Sukan Negara Mei lalu.

Apa masalahnya jika DS Rosmah sebagai penaung memberi sokongan moral kepada negara yang bakal mencipta sejarah? Korang Jeles ek tak dapat pergi dengan DS Rosmah?

Rosmah Mansor beramah mesra dengan pemain-pemain badminton negara di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Abdul Wahid Omar (tiga dari kanan), Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh (empat dari kanan) dan Zolkples Embong (kanan) selepas majlis memeterai MoU antara Maybank dan BAM.

Maybank sebagai penaja utamanya untuk enam tahun yang bernilai RM41 juta keseluruhannya.

Ia merangkumi tajaan RM6 juta untuk tahun pertama dan disusuli RM7 juta bagi lima tahun berikutnya, di samping Maybank juga memiliki opsyen melanjutkan kerjasama tersebut untuk tambahan empat tahun setelah perjanjian tamat pada 2016.

Tambahan RM1 juta mulai 2012 adalah disuntik terus ke dalam penganjuran Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.

Syarikat pengeluar kereta, Proton, yang merupakan rakan kongsi utama BAM sejak 1985, masih lagi meneruskan komitmennya membantu BAM, namun peranannya bertukar menjadi penaja sampingan dengan penajaan berjumlah RM2 juta setahun.Jangan dipertikaikan apa sumbangan DS Rosmah kepada BAM,So blogger pembangkang kalut pasai apa? Jelas nampak korang nie terdesak sampai benda macam nie pun jadi isu......

MKP Ayat Sempoi : Jom join aku ke LONDON malam NIe bro?


1 comment:

Anonymous said...

Kalau dapat pingat emas jangan kena peluk lagi dah le.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive