Wednesday, August 15

Apa Dah Jadi Dengan Islam Di Selangor?


Tiada insan yang meminta untuk dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna dan serba kekurangan.

Bagi Ahmad (bukan nama sebenar), 35, tidak menyangka hidupnya bakal musnah apabila mengambil keputusan untuk membawa diri ke Semenanjung setelah anak jati bumi Kenyalang ini melarikan diri dari rumah ketika berumur 18 tahun.

Semuanya gara-gara dimarahi ayahnya kerana berperwatakan seperti wanita.

Berang dengan teguran ayahnya yang merupakan seorang pegawai polis, dia memilih bandaraya Kuala Lumpur sebagai 'rumah kedua' dan bermulalah kehidupannya bergelandangan.

Lebih memburukkan keadaan Ahmad mula terjebak ke kancah najis dadah.

Menempuhi hidup yang sukar, Ahmad tiada pilihan untuk mengisi perutnya yang kosong dengan mengunjungi sebuah gereja di ibu kota yang prihatin dengan nasibnya dan puluhan lagi individu yang senasib dengannya.


Gereja itu setiap hari menyediakan makanan dan minuman percuma kepada pengunjungnya.

"Saya terpaksa ke gereja kerana di sana saja saya mendapat makanan. Saya akui mereka memang baik namun tidak terlintas langsung dalam hati untuk menukar agama.

Ahmad berkata meskipun dia sering ke gereja itu, namun tidak pernah terdetik di hatinya untuk menukar agama.

Berbeza pula kisah hidup seorang penagih HIV positif, Zaiton, 40. Dia kerap mengunjungi sebuah gereja di ibu kota bagi mendapatkan bantuan kewangan.

Menurutnya, akibat kerenah birokrasi beberapa jabatan kerajaan selain turut disisihkan masyarakat dan keluarga, beliau terpaksa menerima bantuan daripada kumpulan gereja yang mempunyai unit khas bagi membantu golongan sepertinya.

"Saya adalah orang yang hidup dengan HIV dan dalam kumpulan gereja itu ada unit untuk membantu orang yang hidup dengan HIV. Secara tidak langsung, saya adalah orang yang dia nampak," kata ibu kepada empat anak ini.

Zaiton yang sudah enam tahun terbabit dengan kumpulan tersebut mengakui pendekatan yang digunakan sangat lembut dan tidak memaksa sehingga mampu melemahkan iman beberapa orang Islam.

Katanya, setiap kali majlis, mereka juga akan dipertontonkan gambar beberapa individu yang berjaya dimurtadkan oleh kumpulan tersebut.

"Saya memamng tidak nampak mereka dibaptiskan, tetapi setiap kali dalam majlis-majlis mereka, mereka akan tunjukkan gambar-gambar hampir 10 orang yang telah melalui pembaptisan," katanya.

Kini, kedua-dua mangsa kristianisasi itu berjaya diselamatkan oleh Unit Selamatkan Akidah (USA) yang dikelolakan oleh Datuk Hasan Mohamed Ali di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) JATI.

Hasan sebelum ini aktif mendedahkan video dan bukti mengenai gerakan Kristianisasi yang bergerak aktif di negara ini termasuklah menyerbu aktiviti pemurtadan di Gereja Methodist di Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya tahun lalu.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive