Thursday, August 30

Anwar Memang Muka Tampal Kulit #abi?


Satu benda yang kita kena angkat topi dengan Brother Anwar Bin Ibrahim ini adalah ketebalan muka beliau untuk mencuba benda-benda baru dengan yakin dan berani.

Ini termasuklah dalam kempen nak pikat hati orang kampong. Anwar ronda-ronda ke Pahang, Kelantan dan Kedah naik bas yang ada gambar beliau besar dua kali tayar lori.

Kempen naik bas bukan benda baru dalam politik Malaysia.Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika program turun padang di Perak awal tahun lalu pun naik bas. Bezanya bas bawa Najib tidaklah ada gambar sebesar gambar Anwar.

Idea cat bas dengan muka sendiri ini mudah diteka dari mana berasal.Kalau yang biasa tengok kempen ketika pilihanraya pilih presiden Amerika memang calon-calonnya lebih suka bergerak naik bas.

Selain Amerika, yang berkempen guna bas adalah parti AK di Turki, pemimpinnya Tayyib Erdogan pun ambil idea dari bentuk dan strategi kempen politik di US.

Bukan sahaja bas, mudah dijangka kempen PKR masa pilihanraya umum nanti adalah billboard besar dengan muka Anwar dan tulisan ringkas. Kalau ikut gaya kempen parti AK, semua poster utama adalah wajah Erdogan yang ditampilkan sebagai juru penyelamat bangsa.


Kita boleh jangka lepas ini selain bas, PKR akan guna kenderaan kenderaan ala-ala Hiluk yang juga penuh gambar Anwar untuk kempen bergerak. Setiap kenderaan ada mobile sound sistem, datang tempat kempen, tup-tap berceramah, sebar risalah dan bergerak, dari segi mobilitinya mudah dan jimat kos.

Kempen dengan tema khusus, dan issue-based campaign, adalah cara parti AK yang menang penggal kedua perintah Turki baru-baru ini. Anwar dan PKR dijangka akan tiru sebiji-sebiji stail tersebut.

Contoh tema utama "merdeka rakyat' manakala isu pula bergantung ke kawasan yang dilawati. Ada isu untuk orang bandar, ada isu yang boleh jual untuk orang kampung, untuk masyarakat Melayu lain, Cina lain dan begitulah seterusnya

Berdasarkan rekod memang Parti AK dan Erdogan berjaya di Turki.Mungkin sebab itu Anwar hendak tiru cara kempen tersebut di Malaysia dan akan guna all-out masa PRU nanti. Cuma kalau kita teliti balik style kempen Erdogan, ia bergantung kepada karismatik dan projek imej sebagai 'reformis' sang pemimpin.

Erdogan tidak ada isu besar menyelubungi beliau, tidak naik turun mahkamah sebab kes liwat dua kali dalam masa sepuluh tahun. Tidak ada isu dakwaan video seks dengan GRO China yang 99.99 peratus kata pakar menyerupai ketua pembangkang itu. Erdogan tak hilang jam omega!!!

Inilah dilema terbesar Pakatan Rakyat samada hendak ikut stail kempen Anwar atau tidak. Bagi PKR senang, mereka memang tidak ada tokoh atau idea lain untuk dijual selain Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun menonjolkan hanya Anwar sebagai susuk tunggal Pakatan Rakyat agak berisiko kepada DAP dan PAS.

Sudah pasti kempen menolak Anwar akan melibatkan juga video seks yang heboh diperkatakan itu. Mungkin tidak menggunakan media rasmi, tetapi corak kempen di internet tidak boleh dihalang.

Hampir 99.99 peratus pasti, kisah video seks itu akan dibangkitkan kembali, dengan bungkusan dan persembahan baru sebagai modal kempen.

Siapa hendak mempersia-siakan senjata utama yang buat Anwar terkedu tak boleh jawab sampai hari ini tu?

Lagipun isu video seks ini belum beres.Kata orang belum ada penamat.

Ini kerana Anwar dan pembangkang sendiri kecut nak minta siasat dan secara rasmi ada keputusan benar tidak benar.

Bab nak nafi siapa pun boleh nafi.Soalnya siapa nak mengaku.Kebenaran mesti datang dari satu badan yang rasmi.

Di Turki, Erdogan mungkin berjaya sebab beliau memang seorang reformis, manakala rekod kerja Anwar di Malaysia membuktikan beliau bukan reformis seperti digembar-gemburkan.

Sila lihat fakta apa perubahan besar baik dari segi dasar atau pentadbiran yang dilakukan beliau selama 17 tahun dalam kerajaan.

Anwar hanya mendaki tangga-tangga politik dengan berlindung disebalik bush jaket Dr Mahathir dengan jadi juru jual yang baik terhadap idea-idea dan produk bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir yang ilhamkan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam, memperkukuhkan pendidikan dengan menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa, mewujudkan Bank Islam dan banyak lagi.

Anwar hanya tukang jual produk-produk ini dan brand kan dirinya dengan kejayaan demi kejayaan hasil dari cetusan pemikiran Dr Mahathir.

Untuk orang yang malas melihat detail rekod Anwar, memang nampak dia hebat, tetapi jika dizoom secara mikro, kita sedar, Anwar hanya pandai atur orang untuk kepentingan politiknya sahaja.

Bukan rahsia buku beliau Asian Renaissance ditulis secara berpasukan dengan kakitangan yang cekap. Teks-teks dan ucapan beliau di forum-forum besar juga bukan berdasarkan pemikiran beliau yang tulen.

Anwar hanya menghafal beberapa 'quotation' dan dipersembahkan seolah-olah beliau membaca dan menghadam buku tersebut. Sebab itu, menonjolkan Anwar sebagai pemimpin 'reformis' tahap Erdogan, sebenarnya bagus untuk jentera pilihanraya BN buat kerja.

Cuma perlu bersedia lebih awal, sebab stail kempen ala Erdogan ini peringkat awal nampak gempak, boleh buat orang kampong syok.

Tetapi apapun yang nampak cantik hasil make-up tidak akan kekal lama. Sebab Erdogan dan partinya berkempen berdasarkan fundamental isu, sedangkan Anwar hanya tiru gaya sahaja, idea tidak ada. Orang Utara kata gempak saja lebih.

Macam tong kosong, bunyi memang kuat.AD Helmi Hanafi

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive