RAPID

Wednesday, August 29

Khalid Hanyalah MB Tahap Macai DAP.




Khalid pulak gagap dengan kerenah guan eng.Tapi abang besar dah kata begitu hendaklah dipersetujui oleh macai kelas kedua.Khalid hanya bermain wayang tahap macai supaya menampakkan membangkang akan tetapi hakikatnya hanya lakonan tahap gampang.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bersetuju dengan undang-undang anti lompat parti yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan Pulau Pinang.

Beliau berkata, undang-undang itu tidak dapat menyelesaikan masalah lompat parti di antara pemimpin-pemimpin di dalam sesebuah parti itu.

"Ini adalah perkara yang kita bincangkan di pucuk pimpinan Pakatan Rakyat. Salah satu perkara terpenting ialah wakil rakyat adalah dipilih melalui pilihanraya yang menggunakan lambang parti-parti tertentu.



"Saya rasa undang-undang tidak dapat menyelesaikan 100 peratus perkara ini,"

Kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini merancang untuk melaksanakan undang-undang "anti lompat parti" di negeri itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kertas kerja mengenai perkara itu akan dibincangkan di mesyuarat exco negeri akan datang.

Bagaimanapun, mahkamah telah mengisytiharkan bahawa tindakan melompat parti tidak menyalahi undang-undang namun melanggar hak perlembagaan untuk kebebasan berpersatuan.

Dalam pada itu, Khalid berkata, apa yang penting dalam sesebuah parti adalah sifat tanggungjawab ahlinya.

Selain itu katanya, parti juga mesti memilih individu yang sanggup bekorban dan bekerja keras demi parti.

"Jika seseorang itu beralih untuk tidak bersama, tentulah dia tidak menunaikan tanggungjawabnya.

"Yang penting ialah parti mestilah memilih orang yang benar-benar sanggup berkorban dan bekerja untuk parti," katanya.

Pada majlis berasingan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak ada masalah dengan cadangan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memperkenalkan undang-undang anti-lompat parti di negeri itu.

Malah, kata Anwar, undang-undang yang akan dilaksanakan pada bulan November depan, telah dibincangkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan dirinya.

Bagi sesetengah pihak dan penganalisis politik, undang-undang anti lompat parti yang cuba dipelopori oleh DAP itu dilihat tidak selaras dengan tindakan Anwar yang cuba 'memujuk' beberapa ahli parlimen BN berpaling tadah dan mengisytiharkan diri mereka mesra Pakatan.

Bulan lalu, hasil pujukan Anwar, ahli parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin dan timbalan presiden Upko Datuk Wilfred Bumburing yang juga ahli parlimen Tuaran meninggalkan BN .

Lim yang juga setiausaha agung DAP semalam berkata, "semua orang boleh lompat parti tapi adalah penting untuk mempunyai mandat baru”.

Bagaimanapun katanya, undang-undang sedia ada tidak membenarkan perkara itu.

Anwar juga selepas pilihan raya umum 2008, cuba menumbangkan BN dengan rancangannya untuk memujuk beberapa wakil rakyat BN supaya berpaling tadah pada 16 September, 2008, tetapi rancangannya itu tidak mendapat sambutan.


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive