Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digesa memberi penjelasan berhubung bekas kakitanganya yang didakwa memiliki sebuah kediaman mewah yang dianggarkan bernilai RM1.8Juta.
Bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) negeri Kedah, Zamil Ibrahim berkata menurut maklumat yang diterimanya dari seorang pemimpin kanan PKR Pulau Pinang, bekas kakitangan Pejabat Ketua Menteri itu yang kini dipercayai masih berkhidmat dengan Kerajaan Negeri.
Menurutnya, kediaman mewah Slim Villas yang terletak di Jalan Chemor terletak hanya beberapa ratus meter dari kediaman rasmi Ketua Menteri.
"Bagaimana seorang bekas kakitangan pejabat Ketua Menteri boleh memiliki rumah bernilai RM1.8 Juta?
"Saya difahamkan dia bukanlah seorang yang kaya dan keluarganya juga bukan kaya tetapi dalam tempoh selepas PRU 2008 sehingga hari ini dia boleh memeliki atau menyewa rumah berkenaan. Saya tidak pasti sama ada dia memiliki kediaman berkenaan atau menyewa sebab itu saya mahukan penjelasan dari Guan Eng," katanya pada sidang media, di sini.
Turut hadir Bendahari Pemuda KITA, H'ng Sau Ping.
Menurut Zamil, dia memiliki semua maklumat mengenai pemilik kediaman berkenaan namun enggan mendedahkan kepada media kerana bimbang disaman oleh Guan Eng.
Justeru itu, beliau menggesa Guan Eng memberi penjelasan berhubung perkara ini atau beliau sendiri akan mendedahkanya kepada umum siapakah pemilik rumah mewah berkenaan.
"Kalau benar rumah itu dimiliki oleh bekas kakitanganya dia perlu jelaskan apakah istimewanya individu berkenaan sehingga mampu memiliki rumah berkenaan.
"Kita berikan tempoh selama seminggu kepadanya untuk menjawab persoalan ini dan sekiranya gagal saya meminta izin darinya dan isterinya untuk mendedahkan siapa pemilik rumah mewah berkenaan.
"Saya harap media juga dapat menyiasat mengenai pendedahan ini" katanya.ANTARAPOS.
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment