Wednesday, August 8

KECOH BEB KAT THE CURVE DAMANSARA




MKP berada di The Curve Damansara kagum melihat semangat rakyat Malaysia beratur panjang beb untuk menikmati Ais Krim percuma yang telah dijanjikan oleh Baskin Robin.Jika diukur dengan hanya satu scoop mampu dibeli tanpa beratur panjang akan tetapi semangat perjuangan DLCW didalam sukan menambah nikmat dan semangat kesukanan rakyat malaysia.


Bagi menghargai usaha gigih semua ahli sukan Malaysia yang berjuang di Olimpik London, Impian Emas Negara, satu inisiatif Olimpik oleh Media Prima Bhd, telah memutuskan untuk memberi ganjaran kepada semua rakyat Malaysia dengan ais krim percuma Baskin-Robbins.

Sebelum itu, Impian Emas Negara berikrar untuk memberi ais krim percuma di cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara jika Malaysia menang pingat emas Olimpik pertamanya.

Impian Emas Negara akan tetap memberi ais krim percuma hari ini di kesemua 61 cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara, kecuali di dua kiosk di Pantai Hospital, Bangsar, dan Taman Tema Genting, dari 8.00 malam hingga 10.00 malam.

"Setiap seorang rakyat Malaysia berhak mendapat satu skop ais krim berjenama yang diminati itu," kata Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Operasi Primeworks Studios, Media Prima Bhd Ahmad Izham Omar.

"Kami merasakan tiada sebab bagi kami tidak meneruskan rancangan memberi ais krim percuma kepada semua rakyat Malaysia selepas menyaksikan ahli sukan Malaysia mempamerkan komitmen dan semangat kesukanan masing,masing di temasya sukan itu," katanya.

"Kita perlu meraikan kesemua wira yang telah membantu negara mencapai kegemilangan antarabangsa dan di dalam usaha itu, telah menyatukan kita semua," kata Ahmad Izham dalam satu kenyataan.

Inisiatif Impian Emas Negara itu dilancarkan pada Mei. - Bernama

Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive