RAPID

Thursday, August 2

Haiyaaa Mana Ada Potong Itu Bukit?


Gerakan Pulau Pinang mempersoalkan tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang memberikan jawapan berbeza terhadap pemohonan kebenaran merancang dua projek perumahan di kawasan lereng bukit dekat Sungai Ara.

Parti itu mendakwa syarikat pemaju Sunway City diberikan pengecualian di bawah 'projek istimewa' untuk membina rumah kos mewah di kawasan lereng bukit manakala pemohonan syarikat pemaju Palmex's di lereng bukit berdekatan pula ditolak oleh pihak MPPP.

Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan Gerakan negeri, Teh Leong Meng berkata jawapan berbeza kepada dua pemaju oleh pihak berkuasa tempatan adalah bersifat berat sebelah.

Menurutnya, pemaju Sunway City diberi pengecualian walaupun tanah projek itu berada pada aras melebihi 76 meter dan kecerunan di antara 23 darjah hingga 35 darjah.

"Syarikat pemaju diberikan kebenaran merancang pada 21 Februari lalu, untuk membina 14 blok kondominium mempunyai kapasiti 508 unit setinggi sembilan hingga 18 tingkat; 92 unit rumah banglo tiga tingkat; 2 unit rumah kelab dengan keluasan tapak projek seluas 32.36 hektar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Gerakan di sini, semalam.

Leong Meng berkata dalam tempoh empat tahun, satu lagi projek perumahan milik syarikat pemaju lain pula ditolak dengan alasan tidak menepati syarat.

Menurutnya, pemohonan syarikat Palmex's ditolak dengan alasan cadangan pemajuan itu bercanggah dengan Rancangan Struktur Negeri di bawah Dasar Khusus 3 (DK3) dan Dasar Spatial Utama (DSU10-L1).

"Mengikut syarat DK3, sebarang pembangunan pembandaran meliputi pembangunan perumahan; perhotelan, resort; perdagangan dan perindustrian serta aktiviti pertanian tidak dibenarkan, jika tanah melebihi 76 meter atau 250 kaki atau kecerunan melebihi 25 darjah.

"Syarat di bawah DSU10 ialah kawasan berisiko bencana ditakrifkan kawasan mudah mengalami kemerosotan tanah serius apabila terganggu oleh aktiviti pembangunan yang meliputi tanah melebihi 76 meter atau 250 kaki atau kecerunan melebihi 25 darjah," katanya.

Leong Meng berkata pihak hairan di mana satu projek besar diberikan kelulusan walaupun tidak menepati dua syarat di atas dengan pengecualian sebagai 'projek istimewa'.

"Padahal, projek hanya membina satu blok pangsapuri setinggi 22 tingkat dengan kapasiti 142 unit di kawasan berdekatan di mana tanah yang mempunyai kecerunan yang lebih rendah pula ditolak oleh pihak MPPP.

"Adakah Kerajaan Negeri menggunakan dua set undang-undang berlainan untuk menyemak pemohonan dua projek itu? Oleh itu, pihak kami (Gerakan) menggesa Kerajaan Negeri menolak dua projek itu demi keselamatan penduduk di sekitar kawasan daripada sebarang bencana alam," ujar beliau.

Jesteru itu, beliau menggesa Kerajaan Negeri untuk bertindak secara adil tanpa 'memilih bulu'.

"Kerajaan Negeri mempunyai dua pilihan samaada membatalkan kepada projek Sunway City ataupun meluluskan projek Palmex's," katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive