RAPID

Friday, August 3

TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI KE FINAL. @Lee_C_Wei


Tahniah kepada pemain Badminton negara Datuk Lee Chong Wei kerana layak ke final menumpas pemain China.......Harapan untuk memperoleh ganjaran lumayan yang berupa jongkong emas seberat 12.5kg yang bernilai lebih dari RM2 juta bakal tercapai jika Datuk Lee Chong Wei mengalahkan lawannya di final badminton Olimpik 2012.

Baru sahaja tadi, Datuk Lee Chong Wei telah menewaskan lawannya dari China iaitu Chen Long, rakan senegara musuh tradisinya, Lin Dan. Beliau menang kedua-dua perlawanan dengan mata 21-13 dan 21-14. Beliau bakal berhadapan dengan pemenang perlawanan separuh akhir kedua diantara Lin Dan dan Lee Hyun Il.

Tahniah buat Datuk Lee Chong Wei diatas kejayaan beliau menempa nama ke final sukan Olimpik London 2012. Semoga Lee Chong Wei dapat membalas kekecewaan beliau sebelum ini setelah gagal di arena Piala Thomas dan All England.
 untuk menonton ulangan perlawanan sebentar tadi sila ke http://www.youtube.com/olympics?feature=inp-lt-lsg-MY

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive