Thursday, August 9

JANGAN TENGOK VIDEO JIKA AHLI UMNO?



Ustaz Akhil Hayy merupakan antara artis yang terawal melibatkan diri dalam kancah politik pembangkang mencemuh Kerajaan Pusat menerusi ceramah2 beliau. Hampir kesemua ceramah2 yang dijemput akan diselitkan herdikan terhadap Pemimpin2 Kerajaan BN.

Tidak dinafikan beliau merupakan antara individu yang mempengaruhi masyarakat Islam dan Melayu khasnya untuk menolak Kerajaan pimpinan BN sehingga menyebabkan Pembangkang memperolehi kemenangan yang bertambah berganda pada PRU12 yang lalu.

Kini Ustaz Akhil Hayy membuat kenyataan kepada beberapa media hiburan memberi nasihat kepada artis2 yang baru melakukan hijrah ke arah kerohanian lebih berhati2 kerana beliau merupakan antara mangsa permainan politik pembangkang yang dipergunakan untuk kepentingan peribadi.

Dengan rasa rendah diri, beliau menyatakan dengan ikhlas dan bukannya mahu menghina mana2 rakan artis.

“Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat."

"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka."

“Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik.” 

Itu antara nasihat beliau yang dikatakan kepada beberapa media hiburan yang sempat bertanyakan mengenai hal tersebut.

Namun Ustaz Akhil Hayy tidak pernah mempertahankan pendirian menyekat mana2 artis untuk menyokong, menyertai apatah lagi mengundi mana2 parti politik di Negara ini atas dasar demokrasi.

Akan tetapi, beliau menasihatkan berdasarkan pengalaman beliau mahu artis2 yang baru menjejari satu kehidupan berlandaskan Agama Islam lebih kosisten dalam memperbanyakkan ilmu Agama dan tidak hanya bercakap tentang politik semata2. 

Apabila baru berhijrah, kekurangan pemahanan ilmu Agama menyebabkan ada pihak yang akan menyalahgunakan niat murni artis tersebut kerana melihat sokongan dan pengaruh. Malah Agama itu bukan hanya memandang sudut politik semata2.

“Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita. Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain. 

“Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.

“Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula.”

Releven kenyataan Akhil Hayy. Kerana beliau pernah mengalami pengalaman seperti Abby Abadi, Bob Lokman, Aisyah dan 2 3 kerat artis seangkatan mereka sejak sekian lama.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive