Bunyi ayatnya macam hendak menagih simpati betapa jahatnya manusia lain melihat 'penghijrahannya' dari sudut negetif.
Abby yang tengah glamour diusung dari pentas ke pentas ceramah seluruh negara oleh PAS sebenarnya tidak perlu melenting sangat dalam bab ini.
Tiada ada siapa yang boleh mempertikaikan kalau dia kini sudah bertudung dan mahu jadi wanita solehah.
Kalau Abby hendak tahu apa yang buat sesetengah orang termasuk rakan artisnya jelak ialah gelagatnya yang dikatakan 'over' sejak masuk parti itu.
Ini termasuklah dakwaannya bahawa artis yang bertudung susah cari makan di negara ini.
Abby cuba ngorat Ustad Azhar Idrus
Juga sindirannya pada wanita yang tidak bertudung seolah dia seorang 'ustazah' veteran.
Juga tiba-tiba dia merasa semuanya tidak betul dalam negara yang aman damai ini.
Ramai lagi wanita yang ' berhijrah' secara ikhlas dan senyap-senyap tanpa perlu menyakitkan hati orang lain.
Dalam ceramahnya itu Abby mendakwa terlalu banyak publisiti dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya selepas menyertai PAS berbanding semasa bergiat aktif dalam industri hiburan.
Katanya jika diberi pilihan masuk syurga atau masuk televisyen, dia pilih masuk syurga walaupun diakui masih cintakan bidang lakonan.
“Pelbagai fitnah dilemparkan termasuk saya telah berkahwin dengan seorang ahli politik parti Pas dan tidak faham kenapa penghijrahannya dilihat dari sudut negatif.
“Hakikatnya saya tidak suka dengan cara hidup sekarang iaitu berdakwah secara terbuka tetapi yakin pilihan yang dibuat adalah tepat sebagai platform menjelaskan bahawa Islam dan politik sememangnya tidak boleh dipisahkan,” katanya.
Sebelum bercakap lebih lanjut rasanya Abby boleh merisik khabar dari bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali bagaimana beliau difitnah sakan apabila 'berhijrah' keluar dari PAS.
Siapa agaknya puak-puak yang fitnah kononnya Dr Hasan sudah kena beli,ditaja segala macam kalau bukan orang-orang yang kini satu kelambu dengannya.
Sedangkan bekas orang kuat PAS itu secara terbuka menyatakan beliau sudah melihat perjuangan parti itu sudah jauh menyimpang.
Antara Abby dan Dr Hasan siapa agaknya yang lebih berpengetahuan tentang agama dan lama berkecimpung dalam politik.
Abby berkisah lagi “Selepas menyertai PAS, kefahaman terhadap Islam lebih mendalam dan diakui bahawa sebelum penghijrahan banyak melakukan kesilapan serta tidak mengikut syariat Islam secara keseluruhan,” katanya.
Mengambilkira dari cabaran yang dilalui oleh Dr Hasan...maka Abby juga perlu berpegang kepada perpatah : kalau takut dilambung ombak...jangan berumah di tepi pantai.
Realitinya lakonan bukan setakat terhad pada artis kerana dalam politik pun ramai yang pandai berlakon.
Ada yang video seks yang dikaitkan dengannya 99.9% disahkan tulen oleh pakar luar negara pun boleh buat kering kontang dan muka seposen macam tak ada hal.
Sudah tu penghulu PAS sendiri boleh keluar kenyataan dakwa video tidak boleh dijadikan bukti kerana ia 'besi'.
Apakah dakwaan itu benar atau fitnah?.Itu Abby kena tanya pada parti yang dianutinya kenapa takut sangat nak siasat sampai ke lubang cacing untuk cari kebenaran.
Pelik kalau Abby tidak merasa gementar orang yang diselubungi oleh dakwaan yang serius itu mengepalai pakatan pembangkang.
Kata Abby Islam dan politik sememangnya tidak boleh dipisahkan.Soalnya bagaimana kalau Islam dijaja untuk tujuan politik?
Nampaknya banyak yang Abby perlu belajar sebelum 'cakap banyak'.
Untuk mendalaminya elok sekali Abby tinjau dan buat kajian tentang laporan-laporan pakai main hentam saja di media cetak dan internet puak yang sewaktu dengannya.
Selamat terus berceramah Abby...kalau ada kelapangan tolong kupas dan berkomentar...apakah kalau fitnah yang dibuat oleh orang PAS dikira 'halal'?-Sumber
No comments:
Post a Comment