Friday, August 24

Mimpi Basah PKR Mana Mungkin Lawan DAP?


Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berpendapat tindakan DAP mengemukakan cadangan penggubalan undang-undang ‘anti lompat parti’ boleh dilihat sebagai usaha mereka untuk menghalang Parti Keadilan Rakyat daripada menjadi parti yang paling dominan di dalam Pakatan Rakyat.

Ini kerana katanya, DAP sedar sekiranya terdapat pemimpin dari Barisan Nasional memilih untuk menyertai Pakatan, mereka akan lebih tertarik untuk menyertai PKR memandangkan jawatan ketua pembangkang disandang oleh pemimpin parti itu.

“Mereka (DAP) faham wakil rakyat dari parti lain, kalau mereka nak keluar parti dan menyertai Pakatan, mereka hanya boleh pilih PKR sebab ketua Pakatan adalah dari PKR, bukan DAP.

“Kalau ramai nak keluar parti dan masuk PKR, maka PKR jadi kuat. Siapa nak masuk DAP? Mereka tengok ‘Lim dynasty’ (merujuk kepada veteran DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng) mereka takut,” katanya.

Tee Beng yang meninggalkan PKR pada 2010 turut mencabar DAP supaya tidak sekadar mengemukakan usul cadangan tersebut di peringkat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semata-mata, sebaliknya turut dikemukakan di peringkat Parlimen.

Katanya, sekiranya undang-undang tersebut mendapat kelulusan Parlimen, secara tidak langsung setiap Dewan Undangan Negeri boleh menguatkuasakan pelaksanaannya.

“Saya nak cabar mereka (DAP), kalau nak buat akta ini untuk dilaksanakan di Pulau Pinang, saya rasa adalah lebih baik kalau kita dapat kelulusan di peringkat Parlimen.

“(Jika diluluskan) Ini bukan sahaja kita boleh melarang ahli Parlimen untuk keluar parti atau lompat parti, tetapi pada masa yang sama semua DUN boleh menggunakan akta ini dan melaksanakan di peringkat negeri. Kalau hanya Pulau Pinang sahaja, ini tidak cukup,” tegas beliau.

Menurutnya lagi, DAP di dalam isu ini tidak seharusnya sekadar bersandiwara di peringkat negeri demi mengambil hati rakyat Pulau Pinang dan dalam masa yang sama mengabaikannya di peringkat persekutuan.

“Mereka juga ada wakil Parlimen di Dewan Rakyat, mengapa tidak membawa usul ini di Parlimen? Janganlah kita mainkan sandiwara di peringkat negeri sahaja, nak ambil hati rakyat tetapi pada masa yang sama mereka abaikan cadangan ini di peringkat Parlimen. Saya rasa ini tidak guna,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai undang-undang tersebut yang mungkin akan diusulkan pada sidang DUN Pulau Pinang November ini, Tee Beng yakin DAP tidak akan merujuk perkara tersebut terlebih dahulu kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana katanya, mereka sedar pendirian ketua umum PKR itu di dalam isu lompat parti ini memandangkan beliau sendiri sedang giat memancing wakil rakyat BN untuk menyertai PKR.

“Saya rasa mereka pun faham apa peranan Anwar dalam isu ini. Jadi kalau tanya memang kena reject (tolak), lebih baik mereka tidak tanya dan terus buat,” katanya.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini berkata cadangan tersebut dikemukakan untuk menghalang tindakan wakil rakyat yang dipilih pada Pilihan Raya Umum daripada menyertai parti lain.

Cadangan tersebut katanya akan dibincangkan di peringkat Exco negeri terlebih dahulu dan sekiranya semua ahli Exco negeri bersetuju, undang-undang tersebut akan dibentangkan pada sidang DUN November ini.AP

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive