Friday, August 10

EKSLUSIF: Henti Fitnah, Tumpu Urus Krisis Air?



Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS), Tan Sri Rozali Ismail tidak akan tunduk ke atas desakan kerajaan negeri Selangor yang menuntut agar beliau berundur dari menerajui syarikat itu.

Beliau berkata, firma pengurusan air itu merupakan syarikat senaraian awam yang tertakluk kepada banyak perkara serta perundangan dan tidak boleh bertindak sesuka hati seperti yang dikehendaki oleh pihak-pihak tertentu.

"Biarlah pemegang saham yang buat keputusan," jelas beliau yang enggan untuk mengulas panjang mengenai kemungkinan beliau akan mengundurkan diri dari pasukan pengurusan syarikat berkenaan seperti yang dituntut oleh Kerajaan negeri Selangor.

Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa anjuran Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS), semalam.

Sebelum ini, exco Kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu menegaskan bahawa kerajaan negeri itu tidak akan memberi peruntukan sebanyak RM225 juta kepada SYABAS selagi Rozali dan Ketua Pegawai Eksekutif firma itu, Datuk Ruslan Hassan tidak meletak jawatan.

Liu berkata, peruntukan itu adalah bertujuan membina loji rawatan air baru untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat.

"Kita akan beri RM225 juta kalau Rozali dan Ruslan letak jawatan. Kalau tak letak (jawatan), kita takkan bagi duit. Kerana, kalau kita bagi, dia akan kawal duit itu dan tidak akan lakukan projek itu," kata Liu lagi baru-baru ini.

Sementara itu, mengulas mengenai gajinya di SYABAS yang dikatakan sangat tinggi oleh sesetengah pihak, Rozali menambah, perkara berkenaan boleh dirujuk kepada keputusan mahkamah berhubung satu kes fitnah ke atas beliau.

“Mereka boleh rujuk kepada keputusan mahkamah dan mendapatkan butiran yang benar dan terperinci daripada mendengar tohmahan tanpa asas,” ujar Rozali lagi.

Kes yang dimaksudkan oleh Rozali itu dipercayai berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6 Jun lalu yang memerintahkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dari DAP untuk membayar sejumlah RM200,000 kepada SYABAS berhubung satu kenyataan memfitnah.

Kenyataan fitnah oleh Pua itu disiarkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau pada 16 November 2010 di bawah artikel bertajuk Tony Pua : Kerajaan Negeri Perlu Kawal Hak Pengurusan Air Bagi Memastikan Tarif Air Tidak Mengalami Kenaikan.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive