Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS), Tan Sri Rozali Ismail tidak akan tunduk ke atas desakan kerajaan negeri Selangor yang menuntut agar beliau berundur dari menerajui syarikat itu.
Beliau berkata, firma pengurusan air itu merupakan syarikat senaraian awam yang tertakluk kepada banyak perkara serta perundangan dan tidak boleh bertindak sesuka hati seperti yang dikehendaki oleh pihak-pihak tertentu.
"Biarlah pemegang saham yang buat keputusan," jelas beliau yang enggan untuk mengulas panjang mengenai kemungkinan beliau akan mengundurkan diri dari pasukan pengurusan syarikat berkenaan seperti yang dituntut oleh Kerajaan negeri Selangor.
Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa anjuran Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS), semalam.
Sebelum ini, exco Kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu menegaskan bahawa kerajaan negeri itu tidak akan memberi peruntukan sebanyak RM225 juta kepada SYABAS selagi Rozali dan Ketua Pegawai Eksekutif firma itu, Datuk Ruslan Hassan tidak meletak jawatan.
Liu berkata, peruntukan itu adalah bertujuan membina loji rawatan air baru untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran air terawat.
"Kita akan beri RM225 juta kalau Rozali dan Ruslan letak jawatan. Kalau tak letak (jawatan), kita takkan bagi duit. Kerana, kalau kita bagi, dia akan kawal duit itu dan tidak akan lakukan projek itu," kata Liu lagi baru-baru ini.
Sementara itu, mengulas mengenai gajinya di SYABAS yang dikatakan sangat tinggi oleh sesetengah pihak, Rozali menambah, perkara berkenaan boleh dirujuk kepada keputusan mahkamah berhubung satu kes fitnah ke atas beliau.
“Mereka boleh rujuk kepada keputusan mahkamah dan mendapatkan butiran yang benar dan terperinci daripada mendengar tohmahan tanpa asas,” ujar Rozali lagi.
Kes yang dimaksudkan oleh Rozali itu dipercayai berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6 Jun lalu yang memerintahkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dari DAP untuk membayar sejumlah RM200,000 kepada SYABAS berhubung satu kenyataan memfitnah.
Kenyataan fitnah oleh Pua itu disiarkan oleh akhbar Nanyang Siang Pau pada 16 November 2010 di bawah artikel bertajuk Tony Pua : Kerajaan Negeri Perlu Kawal Hak Pengurusan Air Bagi Memastikan Tarif Air Tidak Mengalami Kenaikan.
Berikut antara auta Kerajaan Negeri Selangor setiap kali Kerajaan Pusat menjelaskan fakta akan risikonya jika Projek Langat 2 tergendala dan tidak disegerakan:
1. Auta: Mendakwa krisis air tidak akan berlaku pada 2014.
Fakta: Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk menjalankan 5 projek mitigasi bernilai RM301 juta untuk mengelakkan masalah air.
Persetujuan kerajaan negeri itu untuk melaksanakan projek-projek tersebut menunjukkan mereka mengakui krisis air akan berlaku pada tahun 2014 jika tiada sebarang langkah diambil untuk menanganinya.
2. Auta: Tanggungjawab Kerajaan Pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset-aset air di Selangor.
Fakta: Kerajaan Negeri Selangor, sebagai pemilik aset-aset air negeri Selangor yang telah diberi kuasa oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Seksyen 188 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan atau water supply availability di loji-loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Syabas yang telah diberi kuasa di bawah Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) sebagai operator pengagihan air di Selangor hanyalah untuk membekalkan dan mengagihkan bekalan air terawat dan bukannya berperanan untuk memastikan ketersediaan bekalan air terawat.
3. Auta: Tidak ada keperluan catuan air dalam masa terdekat jelas menunjukkan Selangor tidak mengalami krisis bekalan air, sekali gus menafikan keperluan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2
Fakta: Ketiadaan keperluan catuan air pada masa ini bukan bermakna krisis air tidak akan berlaku pada tahun 2014.
Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM606 juta untuk melaksanakan projek-projek mitigasi untuk mengelakkan krisis air pada tahun 2014 berikutan kedegilan Kerajaan Negeri Selangor.
4. Auta: Kalau tidak ada catuan air, maka tidak ada masalah air.
Fakta: SPAN menjangkakan jumlah bekalan air sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014. Bekalan air yang dapat dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja.
5. Auta: Tindakan membina Loji Rawatan Air Langat 2 bertujuan memastikan kroni UMNO-BN mendapat kontrak pembinaan.
Fakta: Tender belum dikeluarkan dan Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan secara tender terbuka dan mengalu-alukan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor untuk menyertai tender.
6. Auta: Kerajaan Selangor mahu ambil alih operasi Syabas kerana Syabas tidak mampu urus bekalan air.
Fakta: Kerajaan Persekutuan tidak dapat mempertimbangkan permohonan kerana:
i). Kes mahkamah yang masih belum selesai.
- Kes tersebut difailkan oleh Syabas untuk menuntut pampasan kerana Kerajaan Negeri Selangor tidak bersetuju untuk menaikkan tarif air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak tahun 2009.
ii. Kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Negeri Selangor dan Syabas didapati telah melakukan keingkaran dan tuduhan Kerajaan Negeri Selangor ke atas keingkaran yang dilakukan oleh Syabas didapati tidak mencukupi untuk membolehkan Kerajaan Negeri Selangor mengambil alih operasi Syabas berdasarkan Klausa 32 Perjanjian Konsesi.
7. Auta: Tahap takungan air di tujuh empangan berada di tahap maksimum.
Fakta: Air di empangan hanya akan digunakan sekiranya paras air sungai berada di bawah paras yang dibenarkan untuk dipam ke loji rawatan air. Air empangan tersebut hanya boleh digunakan dalam tempoh empat bulan sahaja kalau digunakan secara berterusan.
8. Auta: Tarif air akan naik andai Projek Langat 2 dijalankan.
Fakta: Projek masih belum dimulakan, jadi bagaimana Menteri Besar Selangor boleh mengatakan tarif air akan naik. Tanggungjawab kerajaan negeri untuk mewartakan tarif air dan bukannya Kerajaan Persekutuan.
9. Auta: Keupayaan pengeluaran semua 34 loji rawatan air di Selangor ialah 4.807 juta liter sehari (JLH) berbanding dengan keupayaan agihan Syabas 4.371 juta liter sehari iaitu terdapat lebihan sebanyak 436 JLH.
Fakta: Jumlah kapasiti pengeluaran yang dinyatakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pula iaitu sebanyak 4.807 JLH merupakan jumlah kapasiti reka bentuk loji dan mengambil kira kapasiti lebihan yang dihasilkan oleh lima buah loji yang sedang dioperasikan melebihi tahap reka bentuk.
10. Auta: Kos projek Loji Rawatan Air Langat 2 ialah RM8.65 bilion.
Fakta: Skim Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor daripada 2 komponen iaitu :
(i) Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor. Kos RM3.936 bilion. Sumber 75% Japan International Cooperation Agency (JICA) dan 25% Kerajaan Persekutuan.
(ii) Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2). Kos RM4 bilion.
40 Hari Tanpa Kak Jee
-
*Bismillahirrahmannirrahim.*
Hari ini, genap 40 hari pemergian isteri tercinta, Fauziah Samad, atau
lebih mesra disapa Kak Jee oleh semua pembaca dan sah...
Umno today, Umdap tomorrow
-
Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The
experience on the platform so far in my first fortnight since I created an
account the...
BUDI95: Semakan Kelayakan dan baki kuota RON95
-
Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan program penyasaran subsidi untuk
petrol RON95, yang dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Inisiatif
ini membo...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
-
Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan
sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor.
'Duduklah dengan ka...
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com