Friday, August 17

Seksi : Kenapa Nak Melenting?


Masih ingat lagi dengan pelakon wanita bernama Ainul Aishah atau lebih dikenali sebagai Aishah?

Dahulunya, dia banyak berlakon dalam filem-filem terbitan syarikat Metrowealth milik David Teo.

Namun, kerana memikirkan kerjaya sebagai pelakon tidak stabil, Aishah telah pun menarik diri dari dunia seni dan membina empayar perniagaannya sendiri.

Aishah telah pun membuka perniagaan Tutti Frutti dan ternyata, usaha dan pengorbanannya tidak sia-sia.

Kalau di awal kemunculannya, banyak juga kontroversi yang ditimbulkan oleh gadis ini.

Semua kontroversi tertumpu kepada isu dia berpakaian seksi.

Dan sejak dia sepi dari dunia lakonan, timbul lagi isu yang boleh dikatakan tidak sedap didengar.

Terbaru, Aishah seperti melenting dengan teguran yang diterima dari peminat-peminatnya mengenai satu gambar dirinya yang dimuat naik ke dalam profil Instagram.

Di dalam gambar itu, dia hanya memakai pakaian yang tidak berlengan.

Rata-rata peminatnya memuji kecantikan dirinya tetapi mengatakan sekiranya memakai baju yang lebih sopan di bulan Ramadhan, menyerlahkan lagi kecantikan dirinya.

Namun, teguran yang diberi tidak diterima oleh Aishah.

Sebaliknya, dia seperti ‘angin’ dengan kata-kata yang diberikan.

Kata Aishah, setiap orang yang menegurnya adalah ‘busybody’ dan tidak perlu sibuk menjaga atau menegur tentang perihal dirinya.

Aishah juga memberikan kata-kata sekiranya ingin menegur, ‘pergi ke tempat lain’ dan ada di antara peminat-peminatnya menyokong dakwaan Aishah.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive