Tuesday, August 7

Ajaran Memurtadkan Umat Islam Pulak?


Apa dah jadi nie sampai macam nie sikap mereka cuba memperdaya umat Islam Pulau Pinang?Jawapan  dari Menteri hal ehwal agama Islam Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyerahkan isu berhubung dakwaan cubaan menyebar ajaran Kristian kepada orang Islam di Pulau Pinang untuk disiasat oleh pihak berkuasa agama negeri tersebut.

Isu berat ini sepatutnya dipertanggungjawabkan kepada Salleh Man yang baru memegang jawatan sebagai YDP MAIPP,Takkan nak tengok saja kot?

Majlis Agama Islam Pulau Pinang di negeri yang dikuasai DAP itu perlu mengambil tindakan segera ke atas dakwaan berkenaan.

DS Jamil Khir Baharom minta MAIPP mengambil tugas dan tanggungjawab supaya hal seperti ini tidak boleh dibiar begitu sahaja. "Saya seru MAIPP yang dipimpin DAP perlu bergerak cepat"

Majlis Agama Islam mempunyai akta negeri masing-masing bagi mengambil tindakan terdapat individu yang bersifat memesongkan ajaran Islam.

"Kita ada jawatankuasa di peringkat kebangsaan untuk mengambil tindakan bagi sebarang gerakan atau tarikan yang bersifat untuk memesongkan ajaran Islam. Ia juga terlindung di bawah peruntukan akta majlis negeri masing-masing," katanya.

Utusan Malaysia semalam, mula timbul apabila dibangkitkan oleh satu kumpulan yang dinamakan sebagai Pertubuhan Aktivis Pengupayaan Insan.

Menurut laporan tersebut, kumpulan itu mendakwa "wujud usaha memurtadkan orang Islam terutama golongan gelandangan sekitar Pulau Pinang menggunakan wang tunai dan keperluan asas sepanjang Ramadan".

MKP Ayat Sempoi : Dulu Malik Itik dok Gebang lanie kita tengok Salleh Man Pulak?

1 comment:

Anonymous said...

Nk tnya skit.Kes Aisyah Bukhari,Hartina Kamarudin dn Lina Joy apa cerita ny?Apa Menteri dok jaga agama Islam kata?Ini kes lama bro.Klau tk pasti tnya Zul Kulim

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive