Showing posts with label bn penang. Show all posts
Showing posts with label bn penang. Show all posts

Monday, April 15

SENARAI CALON @BarisanNasional GERAKAN BAGI PULAU PINANG..... @tengchangyeow @BNpenang


Berikut adalah senarai Calon bagi Gerakan yang telah diumumkan oleh TS Khoo Tsu Koon sebentar tadi. Nampaknya ada muka baru dan lama. Ada diantaranya yang tak pernah bertanding tapi semuanya adalah penyelaras Parlimen. Namun inilah Barisan calon pilihan yang telah dipilih oleh pucuk pimpinan. MKP masih menunggu nama dan senarai penuh dari UMNO dan lain-lain yang akan diumumkan bila-bila masa dari sekarang.

NAMA CALON BAGI PARLIMEN (GERAKAN) PULAU PINANG 

P048-Bukit Bendera – Teh Leong Meng (calon tak pernah bertanding)

P049-Tanjong – Ng Song Kheng (calon tak pernah bertanding

P050-Jelutong – Ng Fook On


NAMA CALON (DUN) BAGI (GERAKAN) DI PULAU PINANG....

1. Machang Bubuk – Tan Loke Heah (calon tak pernah bertanding)

2. Bukit Tengah – Teng Chang Yeow

3. Bukit Tambun – Lai Chew Hock

4. Tanjung Bungah – Chia Kwang Chye

5. Kebun Bunga – H’ng Chee Wey (calon tak pernah bertanding)

6. Pulau Tikus – Rowena Yam (calon tak pernah bertanding)

7. Padang Kota – Oh Tong Keong (calon tak pernah bertanding)

8. Datuk Keramat – Ong Thean Lye

9. Sungai Pinang – Dr Thor Teong Gee

10. Batu Lanchang – Lee Boon Ten

11. Air Itam – Loo Jieh Sheng (calon tak pernah bertanding)

12. Batu Uban – Goh Kheng Sneah

13. Pantai Jerejak – Wong Mun Hoe

CALON PARLIMEN (MCA) PULAU PINANG


Bagan
David Chua Teik Siang

Bukit Mertajam
Gui Guat Lye

Bukit Gelugor
Teh Beng Yeam

Bayan Baru
Tan Heap Seng

Monday, March 18

PENCACAI LUBANG KUNYIT ANUWAR DITANGKAP..........


Inilah rupa mangkok jamban pencacai lubang kunyit Anuwar yang berjaya diberkas oleh Polis semalam kerana membuat kacau diceramah di Guar Perahu.Nama pencacai nie adalah Sarizan Bin Ahmad dari Kuala Mengkuang. Korang nak tahu apa mamat nie buat sampau kena tangkap? Tendang kereta Polis maki hamun pulak mereka. Diatas budi bicara lepas disoal-siasat cai ini ketakutan sampai kencing dalam seluar namun dilepaskan.Video drama kekecohan semalam.


Video komen dari Mausyidul Am Tibai yang kena tibai dengan cai-cai Anuwar semalam.


Komen pedas dari Ahli Parlimen Kulim bandar Baru Zulkufli Nordin...




Thursday, February 14

HD VIDEO : @Psy_Oppa #OppaGangnamPenangStyle 1Malaysia




Monday, February 11

VIDEO : PSY #OPPAGANGNAM BUATKAN GUAN ENG LARI.....


MKP gelak aje tomahan murahan yang telah dicipta oleh Gorombolan Macai Pok NIk sokong Syaitan
didalam blog Pakatan serta HaraMkah bahawa rakyat Penang tolak BN ketika menjawab soalan dari Najib di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina BN di negeri ni tengah hari tadi..

Kata dorang, dalam video tu rakyat Penang kata NO bagi menjawab soalan Najib sama ada rakyat Penang bersedia untuk BN..

Yang menariknya, Nik Aziz sendiri menjelaskan bahawa NO dari rakyat Penang tu adalah bermaksud YES didalam bahasa Korea.. Takkan lah Wali Besar PAS macam Nik Aziz tu nak tipu kot kannn...

Ini bermakna.., rakyat Penang khususnya cina-cina menyokong penuh Najib dan BN lahh.. Kalau PSY sendiri boleh sokong 1Malaysia didalam Twitter dia.., takkan rakyat Penang nak tolak Najib dan BN beb..

Lagipun.., tak baik tau kalau lawan cakap Tok Guru macam Nik Aziz tuu... Nik Aziz sendiri mengaku rakyat Penang sokong BN.., habis lah Guan Eng... 

Lepas ni meroyan laa blogger-blogger lembu Pas nak backup Pok Nik tuu... Hahahahahahaha...


PERNAHKAH PERDANA MENTERI SEBELUM INI MAKAN DI GURNEY DRIVE........? @NajibRazak


Orang ramai yang berada di kawasan Persiaran Gurney, terutama di gerai makanan, terkejut apabila dihampiri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan tinjauan mesra di kawasan itu Ahad malam.


Dalam tinjauan itu, perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor beramah mesra dan bersalaman dengan pengunjung serta peniaga.

Najib dan isteri turut menjamu selera beberapa makanan seperti sate, laksa, pasembur dan air kelapa yang dijual di gerai yang terdapat di situ.


Terdahulu, Najib berjalan kaki kira-kira 100 meter dari Hotel G ke Persiaran Gurney selepas menghadiri jamuan malam sempena Tahun Baharu Cina bersama media Pulau Pinang.

Seorang peniaga laksa, Rosni Mohd Yusof berkata beliau berbangga kerana perdana menteri dan isteri memilih gerainya untuk menjamu selera.



Beliau yang berniaga di situ sejak 10 tahun lepas berkata ini kali pertama pemimpin nombor satu negara datang menikmati makanan di kawasan itu yang menjadi antara lokasi tumpuan pelancong dan penduduk tempatan.


"Seronok la pertama kali perdana menteri mai (datang) makan laksa kat sini. Rasa bangga, rasa seronok...tak pernah orang besar macam ni mai makan kat sini," 



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penglibatannya dalam penghasilan klip video sambutan Tahun Baharu Cina bertujuan mahu membuat kelainan pada sambutan perayaan itu tahun ini.

Perdana menteri berkata klip video itu juga sebagai tanda penghargaan dan hormat terhadap kebudayaan masyarakat Cina di negara ini, oleh itu beliau juga mahu setiap masyarakat agar saling menghormati budaya setiap kaum.


"Tadi kita tengok video yang sangat berlainan daripada biasa, mungkin ada yang bertanya kenapa saya buat video ini. Sebabnya ialah saya mahu buat kelainan tahun ini.

"Ia memberi mesej kepada kaum Cina bahawa saya menghormati budaya Cina. Seperti mana anda juga harus menghormati budaya Melayu, anda juga harus menghormati budaya India... kita juga harus menghormati budaya Cina," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas pada majlis Malam Media Tahun Baharu Cina bersama Perdana Menteri di Hotel G di sini Ahad malam.

Dalam klip video berdurasi kurang satu minit itu, Najib membuat penampilan khas dengan memalu gendang tradisional Cina.

Najib juga menegaskan beliau mahu bersama dengan masyarakat di Pulau Pinang kerana umpama permata, negeri ini penting.

"Saya berjanji kepada rakyat Pulau Pinang, kami mahu menangani masalah perumahan dan lalu lintas di Pulau Pinang. Percayalah, janji ini janji ditepati," katanya.

Pada majlis itu Najib meluangkan masa beramah mesra bersama kira-kira 300 pengamal media, penyelaras dan ketua bahagian Barisan Nasional (BN) negeri Pulau Pinang pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina.



Sunday, February 10

#PSY #OPPAGANGNAM BERGAMBAR BERSAMA DS ROSMAH MANSOR......


Penyanyi K-Pop sensasi dari Korea Selatan, Psy dijangka tiba di Pulau Pinang awal pagi Isnin iaitu beberapa jam sebelum dia dijadualkan membuat persembahan pada majlis rumah terbuka Barisan Nasional (BN) di sini.

Psr atau Park Jae-sang yang popular dengan fenomena Gangnam Style dijangka menghiburkan kira-kira 80,000 tetamu pada pukul 11.45 pagi Isnin di di padang Sekolah Tinggi Han Chiang.

Pengerusi Penganjur, Oh Tong Keong yang juga Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang berkata, beliau tidak pasti mengenai waktu ketibaan Psy namun memaklumkan bahawa penyanyi itu meminta pengawal keselamatan untuk mengiringinya ke lokasi persembahan.

Psy sebelum ini berada di Salvador, Brazil bagi acara parti jalanan terbesar dunia selama dua hari bermula 8 hingga 10 Februari.

Bagaimanapun sekitar 10 pagi Ahad (waktu Malaysia), Psy menulis mesej di laman twitter mengatakan dia akan meninggalkan Brazil namun tidak menyatakan lokasi yang akan ditujuinya.


Sebentar tadi DS Najib Razak telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sempena lawatan beliau kesini selama 2 hari..

SHILA HAMZAH HILANG MACAM MANA NAK BERDUET NGAN #OPPAGANGNAM #PSY ESOK...


Esok Shila Amzah bakal digandingkan dengan PSY..Dari laporan terbaru Shila Amzah telah merajuk dan menghilangkan diri...Dah sudah macam ada yang tak kena... MKP berharap segalanya berjalan lancar sempena Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang...

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Shila Amzah, 23, yang dilaporkan hilang sejak tujuh hari lalu ditemui di Kemaman, Terengganu, malam semalam. 
Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu yang juga pemenang Asian Wave 2012 itu ditemui dalam keadaan selamat oleh bapanya. 
Difahamkan, penyanyi itu mula menghubungi bapanya bagi mengetahui lokasi persembunyian selepas berita kehilangan penyanyi itu disiarkan BH, hari ini. 
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan penemuan penyanyi itu. 
“Saya dimaklumkan oleh bapa penyanyi itu sendiri, ND Lala, 53, berhubung penemuan anaknya itu di satu lokasi di Terengganu. 
“Dia (Shila) dilaporkan dalam keadaan selamat. Maklumat lanjut berkaitan penyanyi itu boleh menghubungi ND Lala sendiri,” katanya ketika dihubungi. 
BH hari ini melaporkan, bapa penyanyi yang juga ahli perniagaan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pagi kelmarin selepas hampir seminggu kehilangan anak sulungnya. 
Laporan itu dibuat selepas gerakan mencari penyanyi itu menemui jalan buntu. 
Kehilangan penyanyi itu dipercayai selepas hubungan cintanya dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad dikatakan mendapat tentangan bapanya. – BHarian Online


Wednesday, February 6

#UbahPenang #OppaPenangStyle KURANG CERDIK ATAU BODOH....


Jika ditanya siapa sahaja rakyat Malaysia generasi muda dari keturunan Cina, masing-masing meluahkan keterujaan mereka dan agak tidak sabar lagi untuk menantikan persembahan superstar Korea, Psy yang cukup popular dengan lagu "Oppa Gangnam Style".

Psy dijadualkan akan tampil membuat persembahan khas sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang pada 11 Februari 2013 nanti dan dijangkakan lebih 60,000 orang terutama golongan muda akan membanjiri majlis tersebut.

DAP yang menyedari kehadiran Psy kelak bakal memberi impak positif kepada saingannya MCA yang merupakan penganjur majlis tersebut, awal-awal lagi mempertikaikan kos perbelanjaan untuk membawa artis itu yang mencecah RM3 juta.

Melalui pendekatan sedemikian, DAP dan PR cuba memfokuskan pandangan umum kepada pembaziran yang kononnya telah dilakukan oleh BN yang memerintah kerajaan Pusat. 

Diam tak diam khalayak umum didedahkan pula dengan khabar berita yang Kerajaan DAP Pulau Pinang pernah bekerjasama dengan sebuah syarikat arak untuk menjayakan sebuah konsert hiburan larut malam yang juga menelan kos RM3 juta di Batu Feringgi pada akhir tahun lepas.

Logiknya jika persembahan konsert oleh Psy dianggap satu pembaziran walau sebenarnya memberi nilai tambah kepada industri pelancongan di Palau Mutiara itu, kenapa pula soal pembaziran dalam konsert hiburan anjuran Kerajaan Dap Pulau Pinang tidak ditimbulkan sama?

Dalam pada itu, bila mana kebenaran diketahui umum yang segala kos perbelanjaan termasuk bayaran kepada Psy berjumlah RM2.3 juta ditanggung sepenuhnya oleh syarikat swasta dan langsung tidak melibatkan wang rakyat, DAP beralih pula kepada taktik provokasi menggalakkan penyokong PR menyertai majlis itu dengan memakai baju merah, hijau, kuning dan oren.

Di masa yang sama, para penyokong PR khususnya dari DAP turut mengambil langkah lain termasuk beramai-ramai menghujani akaun sosial Facebook penyanyi Korea itu mendesak Psy membatalkan persembahannya di Malaysia dengan pelbagai alasan berunsur propaganda politik.

Ternampak jelas ketidakmatangan penyokong PR dalam mendepani isu ini, sedar tak sedar mereka sebenarnya menggali kubur sendiri kerana membangkitkan kemarahan para peminat Psy gara-gara bertindak sedemikian.

Dalam pada itu, dikalangan penyokong dan pemimpin PAS serta PKR yang berbangsa Melayu beragama Islam pula meneruskan kaedah tradisi mempertikaikan persembahan hiburan itu yang dikatakan akan melalaikan generasi muda.

Faktor hiburan itu akan mendekatkan diri kepada maksiat diulang-ulang saban waktu, sedangkan ketika ramai remaja Cina, India dan Melayu tunggang terbalik mabuk sakan ketika berhibur di konsert yang dianjurkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di Batu Feringgi tempohari semuanya senyap sunyi tanpa bantahan.

Dilihat pada reaksi kelam kabut dalam PR berhubung ini, jelas sekali wujud kebimbangan besar dikalangan pemimpin dan penyokong PR kalau-kalau gara-gara demam Oppa Gangnam Style akan menghakis sokongan golongan muda kepada mereka.3

Tuesday, February 5

20 RIBU PULAK DIHIMPUN DI TAMAN INDERAWASIH......GUAN ENG SUDAH LARI MALAM


Suasana sekitar Majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia atau Lebih tepat lagi  GELOMBANG BIRU, Dipadang Sekolah SK Taman Inderawasih. Gamat dengan  kehadiran rakyat sekitar kawasan Parlimen Batu Kawan nie. Guan Eng mesti tido tak lena kerana ini adalah kawasan Parlimen yang dimenangi TKM1 Ramasammy pada 2008. Namun dengan kehadiran ini sudah pasti ada yang tidak kena dengan cara urus tadbirnya.

Rakyat khususnya kawasan ini mungkin dah muak dengan sikap diktator serta cakap tak serupa bikin. 


Dari gambar ini korang boleh lihat sendiri 20ribu yang hadir.


MKP Ayat Sempoi : kalau tak menang jugak BN kali nie tak tau lah.



5RIBU LEBIH HADIR DIJELUTONG BUATKAN DAP BAKAL KALAH DI PENANG

 

Kehadiran lebih dari 5ribu penduduk jelutong menyambut kehadiran Tan Sri Muhhyiddin Yassin pada petang ini.Hari nie adalah hari berkerja tapi kehadiran amat luar biasa.Adakah ini petanda DAP bakal berkubur pada PRU-13.MKP pun terharu dengan sambutan luar biasa ini.jarang sekali kaum cina hadir dengan sambutan sebegini.






Wednesday, January 23

DAP KEJAM ROBOHKAN BILIK GERAKAN WANITA BN JELUTONG.....?


DAP bertindak kejam dengan bersubahat dengan pemaju supaya bilik Gerakan Wanita BN Jelutong dirobohkan tanpa notis.Wanita BN kerugian sebanyak rm 150 ribu.Jika ada permusuhan didalam politik pun janganlah bertindak seperti penyamun.Berbincang terlebih dahulu supaya barang yang berharga dapat dikeluarkan.Mungkin korang dah tahu nak kalah atau akan berkuasa lagi.Tak kisahlah apa jua lepas nie.Kalau BN Pulau Pinang menang kembali Pulau Pinang nasiblah pemaju tue lepas nie...

Wanita Barisan Nasional (BN) Jelutong mahu pihak yang bertanggungjawab merobohkan bilik gerakan BN Jelutong pada Ahad lepas memberi penjelasan berhubung tindakan mereka. 
Timbalan Pengerusinya Senator Datuk Saripah Aminah Syed Mohd berkata tindakan itu yang dilakukan tanpa notis pemberitahuan menyebabkan kerugian sekitar RM150,000. 
"Kita beri mereka yang sepatutnya bertanggunggjawab dalam hal ini selama seminggu untuk tampil beri penjelasan...jika tidak ada juga kita akan minta nasihat peguam untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak bilik itu di sini hari ini. 
Saripah Aminah yang juga Ketua Wanita Umno Jelutong, berkata mereka kehilangan tiga unit mesin jahit, dua alat pendingin hawa serta kabinet fail dalam kejadian itu. 
Bilik ini yang beroperasi sejak 1998 dimanfaatkan bagi pelbagai aktiviti termasuk kelas jahitan serta kelas tuisyen percuma untuk 20 pelajar miskin dari kawasan sekitar, katanya. 
"Saya memang perlukan sangat bilik gerakan ini untuk pilihan raya umum yang akan datang, sejak beroperasi sebanyak tiga pilihan raya umum memang menggunakan bilik gerakan ini untuk semua operasi...sekarang ni saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi," katanya. 
Menurut Saripah Aminah, kejadian itu berlaku ketika pihaknya masih berunding dengan pemilik tanah iaitu Duta Mas Permai Sdn Bhd, sama ada syarikat tersebut mahu memberi pampasan atau premis baharu kepada mereka. 
"...tetapi belum pun sempat capai keputusan, bangunan dirobohkan," katanya. - Bernama

Saturday, December 22

@bnpenang KORANG NAK MENANG ATAU TIDAK @NajibRazak

Persepsi umum mengenai Pulau Pinang sejauh melibatkan Gerakan dan Tan Sri Koh Tsu Koon ialah parti dan pemimpinnya bukan sahaja sudah tidak relevan kepada pulau itu, malah sudah menjadi sejarah masa silam yang tak perlu dikenang-kenangkan lagi.

Dalam masa hanya empat tahun Pakatan Rakyat ambil alih negeri ini, segala sumbangan BN kepada rakyat seperti sudah dilupakan.Gerakan yang menjadi Teraju utama patut berterima kasih pada kepimpinan DS Najib Razak kerana berjaya membawa banyak perubahan yang Drastik.

Meskipun media sosial menyediakan pelbagai kemudahan, DS Najib Razak berkata interaksi bersemuka membolehkan beliau mendekati rakyat Malaysia dan menterjemahkannya kepada inisiatif yang mampu menyelesaikan masalah mereka.

Friday, December 21

BN PERLUKAN KONVENSYEN SEBELUM PRU-12 @NajibRazak @bnpenang

Bahang Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13) semakin hari semakin terasa kehangatannya khususnya dikalangan pemimpin parti politik malah para pengundi juga kian tidak sabar untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi demi negara tercinta.

PRU 13 ini diramalkan oleh ramai pemerhati politik sebagai yang paling mencabar bagi BN selaku juara bertahan berikutan tentangan sengit yang bakal dihadapi dari gabungan tidak rasmi parti-parti pembangkang yang kini bersekongkol di bawah nama PR.  

Walaupun dari segi culaan trend sokongan pengundi dan kajian semasa pilihanraya jelas menunjukkan BN terus berada di depan, namun cabaran sengit yang dijangkakan ramai ini tetap memerlukan perhatian khusus dari pucuk pimpinan BN.

Monday, November 26

GAMBAR BERPELUK INI ADA RAHSIANYA......


Ada dikalangan Pemimpin BN/UMNO masih lagi belum sedar akan kuasa dilaman media sosial dapat mempengaruhi pengundi muda dan diatas pagar untuk memenangi PRU-13....Agak mengecewakan dan pendekatan cara lama serta kolot ini serta ortodok amat memalukan....

Pengalaman MKP sendiri pada hari ini apabila berhadapan dengan pemimpin yang terlebih selesa apa yang beliau capai setakat ini dengan angkuh mengatakkan tidak memerlukan bantuan dari Blogger serta pengamal media........Fuhhhh dasyat Brother nie sehinggakan setiap program yang dianjurkan oleh pemimpin ini hanya diberitahu oleh rakan yang memuji serta membodeknya sepanjang masa....

Sunday, November 18

@bnpenang Bagi Peluru Hidup Pada DAP......Ceramah Kat Hutan...... @DzainalAbidin @NajibRazak @tengchangyeow


Korang tengok dan teka sapa penceramah kat atas truck BN 1Malaysia tue? MKP rasa dia nie berceramah sorang diri dan tak ada sapa mendengarnya......

Kekadang pimpinan BN nie kena tegur skit cara mereka berkerja bukan apa jika kekurangan penceramah pun jangan lah main ambil tangkap muat aje...?

At list nak ambil penceramah tue biarlah pemimpin tempatan setempat......Bukan mamat Glamour suara macam DJ Radio nie.....Oppppppsss 

MKP rasa macam kenal penceramah diatas pentas tue?Namanya,,,,,,,,,,,,,,,,eh malas lah nak pecah lubang nanti kena tuduh trojan horse pulak....

Monday, October 29

MUASANG BERBULU BABI DIKESAN DINIBONG TEBAL @dzainalabidin @tengchangyeow @NajibRazak


Ada jugak yang bersikap sedemikian.Dah lah makan gaji dengan kerajaan Pusat UMNO/BN lepas tue nak sabotaj pulak,Macam nie kat Penang Road bersepah punya dok ada der......Patut yang mentabdir dan diberi kepercayaan buat lah tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan jujur.

Takkan nak jadi seperti anjing dah diberi makan, tangan tuan pulak hendak digigit.Mana boleh benda macam nie dibiarkan.Pemimpin BN yang dok ada takkan nak tengok saja kot?...Nak menang atau tidak.Orang masuk dalam rumah kita buat kacau dan main belakang takkan nak biaq....kot...


Thursday, October 11

PEMIMPIN BN PENANG TAK PEKA ISU SEMASA? @dzainalabidin @NajibRazak @PMOMalaysia


DAP berjaya membuat program HAPPY dan dengan gembira menwar-warkan bahawa program itu diusahakan oleh DAP demi kepentingan rakyat Pulau Pinang...Siap ada pelancaran lagi.....Ianya telah dimuatkan didalam Buletin Mutiara terbaru pada bulan ini...lebih kurang 1juta risalah ini bakal diletakkan dipeti surat rumah pengundi sekitar Pulau Pinang....

Takkan Pemimpin BN tak paham atau ada unsur sabotaj!!!!! Kenapa tiada penjelasan mengenai isu ini? Projek ini telah dimanipulasi oleh DAP untuk mengambil kredit dari hasil usaha yang telah dilakukkan oleh Kerajaan BN Pusat dibawah seliaan Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kemajuan Bandar...KLIK

Sunday, October 7

TAKKAN KETA SENDIRI PUN NAK BALING CAT MERAH?

Kereta disimbah dengan cat merah dan cermin hadapan telah dibaling dengan objek keras...Takkan tuan punya keta sendiri yang nak lakukkan benda bodoh seperti itu beb....Keta tue dah la baru aje keluar dari kedai beb....

Saudara Oh Tong Keong kena banyaklah bersabar,,,,MKP pun takut jugak pasal kami satu Parlimen nanti kena baling cat pulak haaaaaa....


Wednesday, October 3

BANYAKNYA DUIT DEPA UNTUK APA EK?



Janji Ditepati, BN saja yang beri;
Janji dimungkiri, PR lah yang kasi .........

Lebih daripada 30 orang wartawan dari media / press telah menyaksikan Pemuda BN Pulau Pinang membayar sebanyak RM224073.00 secara tunai kepada kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membeli balik tanah di Jln Zainal Abidin untuk meneruskan projek PPR Taman Manggis Fasa II.



Monday, October 1

FORMULA APA NI 3-3-3-1?


Pada mulanya pada sidang media petang semalam MKP terpinga jugak dengan formula yang diberikan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi 3-3-3-1 mak main bola ke pakai formula nie ,,,,,apakah benda yang dimaksudkan....?
Umno Pulau Pinang perlu mempertahankan 11 kerusi DUN serta merealisasikan 'Formula 3-3-3-1' jika BN mahu merampas semula Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Maksud Formula 3-3-3-1 ialah Umno Pulau Pinang perlu menambah tiga lagi kerusi dengan 11 yang disandang sekarang, MCA dan Gerakan memperoleh tiga kerusi masing-masing dan satu oleh MIC.
Jika ini berlaku, kita dapat bentuk kerajaan BN di Pulau Pinang dengan majoriti satu kerusi. Tetapi kalau parti komponen BN negeri bekerja lebih kuat lagi, saya yakin lebih banyak lagi kerusi DUN boleh dirampas di negeri ini," katanya.
Sebelum itu DS Zahid Hamidi telah merasmikan Pelancaran BN Pilihan Orang Muda yang telah berjaya mengumpul lebih dari 5ribu peserta,JIka dilihat dari video diatas kemeriahan telah terbukti yang BN kini menjadi pilihan orang muda....

MKP Ayat Sempoi : Usaha Tangga Kejayaan,Orang Muda Sudah Mula Beralih Kepada BN.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive