Sunday, February 10

#PSY #OPPAGANGNAM BERGAMBAR BERSAMA DS ROSMAH MANSOR......


Penyanyi K-Pop sensasi dari Korea Selatan, Psy dijangka tiba di Pulau Pinang awal pagi Isnin iaitu beberapa jam sebelum dia dijadualkan membuat persembahan pada majlis rumah terbuka Barisan Nasional (BN) di sini.

Psr atau Park Jae-sang yang popular dengan fenomena Gangnam Style dijangka menghiburkan kira-kira 80,000 tetamu pada pukul 11.45 pagi Isnin di di padang Sekolah Tinggi Han Chiang.

Pengerusi Penganjur, Oh Tong Keong yang juga Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang berkata, beliau tidak pasti mengenai waktu ketibaan Psy namun memaklumkan bahawa penyanyi itu meminta pengawal keselamatan untuk mengiringinya ke lokasi persembahan.

Psy sebelum ini berada di Salvador, Brazil bagi acara parti jalanan terbesar dunia selama dua hari bermula 8 hingga 10 Februari.

Bagaimanapun sekitar 10 pagi Ahad (waktu Malaysia), Psy menulis mesej di laman twitter mengatakan dia akan meninggalkan Brazil namun tidak menyatakan lokasi yang akan ditujuinya.


Sebentar tadi DS Najib Razak telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sempena lawatan beliau kesini selama 2 hari..

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive