Sunday, February 17

OSTAD MEE SEGERA TAK LAYAK BERTANDING !!!! BIAR BETUL.......?


Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman yang kini penceramah agama dan politik Pas mengesahkan beliau tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman berkata, wakil Pas pernah menawarkan beliau untuk menjadi calon di kawasan Subang, Selangor akhir tahun lalu, namun tawaran itu terpaksa ditolak atas sebab kesihatan.

“Saya mengalami sakit jantung sejak tujuh tahun lalu. Biarpun berminat dalam bidang politik, saya menolak tawaran Pas sebab saya tidak bertenaga, jadi wakil rakyat perlu kuat dan bertenaga untuk bekerja siang dan malam.

“Kalau dikira dalam bidang politik, jika untuk bantu orang, saya memang berminat. Walaupun tidak bertanding, saya kini giat membantu parti dengan memberi ceramah kepada orang ramai bergantung kepada jemputan penganjur,” katanya.

Bob Lokman sememangnya dikenali dalam industri hiburan dan keputusan beliau menjadi ahli Pas 19 Februari 2011 di Kedah lalu memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke dalam parti itu termasuk Aishah, Abby Abadi, Renggo Arrow dan Hairie Othman.

Beliau berkata, ceramah disertainya bagi  memudahkan orang ramai berfikir untuk menentukan parti terbaik yang perlu dipilih pada PRU13 nanti.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive