RAPID

Friday, February 22

BIAR BETUL TENGKU RAZALI BAKAL JADI MB KELANTAN.......


Umum mengetahui adalah menjadi dasar rasmi pakatan parti-parti pembangkang untuk sama-sama menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan ia kesepakatan tersebut telah termaktub semenjak Ketua Umum PKR itu dipecat dari UMNO pada 2 September 1998 lagi. 

Sama ada ketika mereka bergabung dalam pakatan yang dinamakan Barisan Alternatif (BA), Barisan Rakyat (BR) dan yang terkini Pakatan rakyat (PR) yang ditubuhkan selepas PRU 12 2008, fokus mereka tidak pernah lari untuk melihat Anwar sebagai PM.

PAS yang kini merupakan parti yang paling kuat jenteranya dalam PR berbanding PKR dan DAP, juga tidak ketinggalan malah acap kali parti itu pula yang kelihatan terlebih-lebih mempromosikan Anwar sejak hampir 15 tahun dulu.

Menjelang PRU 13 ini tentunya ramai yang beranggapan PAS mahupun PR akan kekal dengan dasar yang disepakati bersama itu, apatah lagi Anwar sebagai jambatan penyatuan DAP dan PAS dalam PR sudah dilihat paling layak untuk menggalas jawatan itu sekiranya PR berjaya dalam PRU 13. 

Pun begitu, senario semasa nampaknya tidak menjurus ke arah itu apabila sumber dalaman PAS mengesahkan Majlis Syura Ulama parti itu yang bermesyuarat baru-baru ini tanpa kehadiran Mursyidul Am PAS telah memutuskan menolak Anwar sebagai calon PM.

Anwar ditolak kerana majoriti ahli Majlis Syura termasuk Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din dan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib berpandangan Ketua Umum PKR itu terlalu liberal dan mempunyai masalah moral yang sukar untuk diterima oleh majoriti pengundi Melayu Islam.

Malah kecenderungan Anwar menyokong golongan LGBT serta begitu mengambil mudah soal-soal kepentingan orang Melayu Islam dan akidah umat juga merupakan faktor sebahagian besar ahli Majlis Syura Ulama PAS cenderung untuk memilih pemimpin lain sebagai calon gantian.

Rentetan daripada itu, Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali telah beberapa kali mengadakan perundingan dengan pemimpin UMNO Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan menjanjikan jawatan PM sekiranya Ku Li berpaling tadah.

PAS juga berjanji akan memberi laluan mudah tanpa meletakkan calonnya dalam PRU 13 bagi Parlimen Gua Musang seterusnya membolehkan pemimpin veteran UMNO itu meraih kemenangan percuma semasa penamaan calon kelak.

Bagaimana pun PAS menuntut Ku Li segera berkempen untuk PAS di Kelantan selepas selesai penamaan calon sekaligus dengan maksud membantu PAS mengekalkan Kelantan daripada jatuh ke tangan BN. 

Tanpa PAS sedari, Ku Li bukanlah kecil anak mudah untuk dipermainkan. Beliau sudah agak masak dengan permainan politik PAS terutama sekali sewaktu parti S46 yang diketuainya dulu pernah dikhianati oleh pemimpin PAS tatkala S46 berada dalam kedudukan yang lemah. 

Lagi pun Ku Li juga tahu, semasa namanya dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS tempohari, sebetulnya hanyalah sekadar untuk menutup hasrat sebenar PAS yang berniat untuk meletakkan Hadi Awang sebagai calon utama sebagai PM.

Demi untuk mengelakkan DAP dan PKR membantah pencalonan hadi sebagai PM, maka nama Ku Li diguna pakai dengan demikian diharapkan dapat membendung kemarahan rakan sepakatan di masa yang sama PAS berharap mendapat manfaat memecahbelahkan kekuatan UMNO di Kelantan yang tika ini sedang mengasak PAS.

Ini bukan kali pertama PAS cuba menjerat Ku Li ke dalam perangkap mereka dalam usaha propaganda PAS untuk melemahkan UMNO di negeri itu. 

Semasa PRK DUN Galas 2010 dulu PAS melalui Naib presidennya, Husam Musa juga pernah memujuk Ku Li supaya menyebelahi PAS dengan berselindung di sebalik perjuangan royalti minyak, bagaimana pun permintaan itu langsung tidak diendahkan.

Percaturan PAS sudah pun berada dalam pengetahuan Anwar dan seperti diduga Ketua Umum PKR itu nyata agak marah kerana merasakan dirinya sudah dikhianati oleh rakan sepakatan. Apatah lagi perjumpaan sulit itu sengaja dilakukan tanpa pengetahuan DAP dan PKR.

Dulu PAS pernah mengkhianati S46, BERJASA dan HAMIM semasa mereka bergabung dalam APU, lama sebelumnya PAS mengkhianati Parti Negara selain pernah sengaja keluar dari UMNO semata-mata untuk mengejar kuasa duniawi. Kini PAS cuba pula untuk mengkhianati PR.

PAS sebenarnya sedang menjerat diri sendiri, tabiat suka menikam belakang kawan bukanlah satu permainan politik yang bijak, lambat laun akan memakan diri dan PAS pula yang akan ditikam dari belakang. 


2 comments:

Anonymous said...

KATA PARTI ISLAM. TAPI MAIN POLITIK KOTOR MACAM TAIK. KATA UMNO KAFIR TAPI NAK CARI PM DARI UMNOL PULAK. GILA BETULLAH PUAK PERUT HIJAU NI.

Anonymous said...

aku setuju Tengku Razaliegh berjuang dan bertanding bersama PAS atau PR untuk tumbang kuasa syaitan korup UMNO/BN ni yg tak pernah sedar diri sejak 55 tahun lagi itu.......

soal PM itu perkara kedua...... yang penting siapa yang mampu betulkan jalan pemerintahan dan pentadbiran negara serta tadbir urus yang PINCANG ini?
sistem perkhidmatan awam,
sistem pilihanraya, spr
sistem badan kehakiman,
sistem akauntabiliti: audit negara, sprm, biro pengaduan awam, PAC, dll.....
sistem perolehan kontrak,
sistem kawalan harga perkhidmatan & barangan asas,
sistem tadbir urus korporat dan glc,....
sistem pendidikan, moral dan sosial,
sistem kawalan jabatan imigresen negara- PATI,
sistem kepolisan & ketenteraan,
sistem politik demokrasi negara (separation of power, people rights, public justice)
dsb,

YM Tengku Razaliegh, anak didik Tun Razak, pakar ekonomi dan ahli politik negara yang berwibawa, memang ada aura yg kuat dalam masyarakat massa diperingkat nasional dan global... jika digabungkan dengan kekuatan people figures DS Anwar, TG Nik Aziz dan DS Abdul Hadi semamangnya satu PASUKAN PIMPINAN RAKYAT yang dipercayai seluruh lapisan rakyat!

Setentunya TS Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Tamrin Ghaffar, dll bekas UMNO akan merasai cita2 AMANAH akan benar2 menjadi realiti!

Itulah harapan politik baru Malaysia agar akan menjadi kenyataan! Allah makbulkan. Insya Allah. Ameeiin!!!!!!!

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive