Monday, February 4

#JelajahAnakMalaysia Selamat Datang Ke Pulau Pinang




BALIK PULAU 3 Feb. - Pulau Pinang menjadi destinasi kedua di Wilayah Utara bagi konvoi Jelajah Anak Malaysia 2013 yang tiba di negeri ini dari Perak hari ini.

Ketibaan para peserta disambut dengan penuh kemesrahan oleh para penduduk di Kg. Sg. Batu, Balik Pulau yang merupakan sebuah perkampungan di pesisiran pantai.

Sebaik tiba, mereka telah dibawa ke Dewan Nelayan Sg. Batu dan diperkenalkan oleh wakil peserta, Saudara Syukri Anuar kepada penduduk kampung.

Dalam ucapanya, beliau berterima kasih kepada penduduk di situ kerana sudi menerima kedatangan peserta Jelajah Anak Malaysia.

Syukri menjelaskan, program ini adalah bertujuan memberi peluang kepada mahasiswa untuk berkhidmat kepada rakyat dan menyelami kehidupan pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.

Keamanan dan kemakmuran adalah asas kepada kesejahteraan rakyat. Mungkin sebelum ini, rakyat melihat kumpulan mahasiswa adalah kelompok ekstrim kerana sering terlibat di dalam demonstrasi.

Walaupun hanya segelintir, mereka yang ekstrim dilihat kononnya mewakili semua mahasiswa. Persepsi itu adalah salah dan memberi imej buruk kepada mahasiswa itu sendiri.

Jadi, Jelajah Anak Malaysia mengambil kesempatan untuk menjelaskan dan menyedarkan rakyat bahawa majoriti mahasiswa menolak keganasan.

Mahasiswa akan berada di barisan hadapan untuk mempertahankan keamanan dan kemakmuran negara demi masa hadapan yang lebih gemilang.


SUMBAR DARI  shahalamrebels

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive