Thursday, February 28

USAH TERPEDAYA DENGAN USTAD PALSU.............


Walaupun diberi akal untuk berfikir, ada ketikanya manusia boleh percaya dan yakin pada perkara yang paling tidak diterima akal, termasuk membenarkan isteri ditiduri lelaki lain, konon sebagai cara untuk menghapuskan dosa.

Kita pernah mendengar suami melacurkan isteri untuk mendapatkan wang, atau menebus hutang. Tetapi belum ada suami menyerahkan isteri tercinta kepada lelaki lain semata-mata untuk membuang dosa.

Lebih teruk lagi lelaki yang meniduri isteri orang itu mengaku dirinya alim dan mendakwa mempunyai mukjizat sehingga boleh bercakap dengan malaikat dan ALLAH. Dia mendakwa dirinya Imam Mahdi.

Itulah dilakukan oleh ‘Ahmad 100’, gelaran yang diberikan kepada seorang lelaki penyebar ajaran songsang yang kini dikatakan aktif di Kuala Lumpur. Seperti dilaporkan media, Ahmad sedang mencari 25 pengikut untuk dijadikan penggerak utama ajaran tersebut.

Antara prasyarat menjadi pengikutnya ialah, seseorang itu mesti bernafsu tinggi sehingga boleh berkahwin dengan 13 wanita dan bersedia menyerahkan isteri untuk ditiduri Ahmad. Jika isteri berkenaan gagal menaikkan syahwat Ahmad, suaminya tidak layak menjadi ahli ajaran tersebut.

Memang tidak masuk akal, tetapi ada yang terpengaruh. Salah seorang pernah menjadi pengikut ajaran ini mengaku jahil agama, sehingga termakan pujuk ketua ajaran tersebut tanpa sebarang was-was.

Isterinya dibenarkan tidur dengan lelaki berkenaan untuk beberapa bulan. Hanya setelah si isteri tidak mahu berpisah dengan Ahmad – agaknya ada yang luar biasa pada lelaki itu! – barulah si suami gelisah dan keluar dari ajaran tersebut.

Apakah betul ini terjadi kerana jahil agama? Sejahil-jahil orang pun rasanya tidak akan tergamak membiarkan isteri ditiduri lelaki lain. Sekiranya lembu atau ayam diberi akal, pasti mereka pun tidak menyerahkan pasangan kepada yang bukan hak.

‘Ahmad 100’ adalah salah satu daripada sekian banyak ajaran songsang yang tersebar dalam kalangan orang kita. Sebenarnya seperti diakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ada beratus ajaran sesat di negara ini.

Tidak lama dulu di Selangor ada seorang penyebar ajaran sesat yang berjaya mempengaruhi beratus-ratus orang Melayu. Dia mengaku dirinya nabi – sesuatu yang tidak masuk akal, tetapi masih ada yang percaya.

Di Terengganu pula ada ‘Ayah Pin’ yang mendirikan ‘Kerajaan Langit’ di Batu 13, Hulu Besut, kira-kira 10 tahun lalu. Seperti Ahmad 100, lelaki berusia 70-an itu juga gila beristeri. Dia boleh menikah secara ghaib dengan mana-mana wanita dia mahu.

Dia juga mengakui sama taraf dengan tuhan, malah dalam beberapa hal, dia mendakwa Tuhan akan merujuk kepadanya untuk meminta pandangan. Dia naik ke langit dari semasa ke semasa untuk berbincang dengan Pencipta alam.

Semuanya langsung tidak masuk akal. Memang gila! Tetapi, dia berjaya mempengaruhi beribu-ribu pengikut termasuk dari luar negara. Malah, ramai juga cerdik pandai berkunjung ke Besut untuk berguru dengan ‘Ayah Pin.’

Masalah sesetengah orang kita ialah, cepat sangat terpengaruh dengan sesiapa sahaja yang mengaku ustaz atau alim. Pantang lihat orang berserban, ada janggut, pegang tasbih dan boleh pula menghafal hadis dan nas, cepat sangat orang kita terpengaruh.

Lebih berkesan lagi sekiranya yang berserban, berjanggut dan tahu hadis itu pandai pula berjampi serapah. Dia akan diyakini untuk mengubat penyakit misteri. Terkena selesema dan bisul pun akan dirujuk kepada dukun @ ustaz ini.

Memang, ramai ustaz atau ulama tulen yang patut kita ikut. Tetapi ada juga yang auta. Dalam kehidupan sekarang tipu daya dan seribu satu muslihat boleh dilakukan, termasuk menyamar sebagai ustaz dan ulama untuk menjadi bomoh. Banyak sudah terkena. Gadis atau isteri orang yang dikatakan menghidap penyakit misteri, masuk bilik rahsia bersama bomoh yang mengaku ustaz. Apabila berduaan dalam bilik, dalam sinar malap pula, lain pula ceritanya.

Pesakit diusap-usap dan disentuh dan akhirnya dirogol.

Bagaimana seorang yang menggunakan hadis dan nas boleh melakukan demikian? Sebab kita mudah yakin pada perkara tidak masuk akal. Walaupun beberapa bomoh telah didakwa kerana penipuan ini, kita masih tidak serik.

Lain kali kalau ada ‘ustaz’ yang mendakwa boleh menghalau hantu dan merawat penyakit misteri, jangan mudah percaya. Fikir dulu, dia mungkin ustaz palsu!

MKP Ayat Sempoi : Kebanyakkan ustad Palsu nie Sokong PAS........

2 comments:

Xpas said...

Pendidikan Islam di sekolah perlu dipertingkatkan. Kejahilan membawa kesesatan.

Anonymous said...

Saya pernah berkenalan dgn seorang gadis yg hampir termasuk perangkap ajaran Ayah Pin. Dia berkawan dengan salah seorang isteri Ayah Pin (yg berusia 16 tahun ketika tu) lalu dia ikut pergi ke markasnya selama 3 hari.

Syukur, imannya masih teguh. Apa yg dia nampak buat dia terfikir yg itu adalah markas ajaran sesat.

Satu perkara dia pesan, JANGAN SESEKALI MINUM AIR YANG DIHIDANG di markas ajaran tersebut. JANGAN pakai apa-apa perhiasan diri seperti cincin, gelang atau rantai berloket yang mereka beri. Kekadang setelah mereka rapati kita seperti sahabat sejati, perhiasan tu diberi sebagai tanda persahabatan.

Air dan perhiasan2 tu dah disihir.

Sekarang anda tahu kan bagaimana sesuatu yg kita rasa tak logik tapi pengikutnya sanggup buat.

SEMUA AJARAN SESAT guna sihir. Berhati-hatilah.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive