Monday, February 18

Upah Pakar Bom, Senjata Untuk Lindungi Siapa Atau Nak Bunuh Siapa?


Pendedahan yang dilaporkan oleh Sel13.com tentang 'body guard'  Anwar yang kesemuanya berasal dari Filipina, betul-betul membuatkan penulis terfikir dan cuba memabayangkan tentang kemampuan Anwar dari segi keewangan untuk membayar gaji kepada pengawal pribadinya itu yang bukan calang-calang orang.

Penting sangatkah manusia bernama Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia sehingga terpaksa mengupah empat orang pengawal pribadi yang berprofil tinggi dari negara luar semata-mata unutk menjaga keselamatanya atau terdapat pihak asing yang mempunyai kepentingan atau niat jahat tertentu terhadap negara ini sanggup mengeluarkan belanja yang besar selagi Anwar masih berguna pada mereka.

Menurut risikan yang dibuat, keempat-empat 'body guard' Anwar yang berasal dari Filipina itu telah berjaya dikenal pasti indentitinya. Keempat-empat pengawal pribadi Anwar itu juga turut dikaitkan dengan beberapa orang bekas pengawai ATM bermasalah yang telah menyertai PKR tidak lama dulu.

Musim pilihanraya sudah semakin hampir, macam-macam perkara boleh berlaku. Apa yang lebih membimbangkan jika perkara buruk berlaku akibat dari campur tangan pihak luar yang sudah tentunya begitu iri hati dengan keamanan Malaysia selain ingin menaikkan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru agar senang segala anasir luar menyusup masuk tanpa sebarang halangan.

Baru-baru ini, negara telah dikejutkan dengan berita pencerobohan bersenjata di Sabah. Adakah tragedi yang belaku itu satu kebetulan atau sememangnya ia telah dirancang lebih awal untuk menakut-nakutkan penduduk setempat selain bertujuan menjadikan sistem pertahanan negara bahan kritikan dan hentaman.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive