Jika ditanya siapa sahaja rakyat Malaysia generasi muda dari keturunan Cina, masing-masing meluahkan keterujaan mereka dan agak tidak sabar lagi untuk menantikan persembahan superstar Korea, Psy yang cukup popular dengan lagu "Oppa Gangnam Style".
Psy dijadualkan akan tampil membuat persembahan khas sempena Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang pada 11 Februari 2013 nanti dan dijangkakan lebih 60,000 orang terutama golongan muda akan membanjiri majlis tersebut.
DAP yang menyedari kehadiran Psy kelak bakal memberi impak positif kepada saingannya MCA yang merupakan penganjur majlis tersebut, awal-awal lagi mempertikaikan kos perbelanjaan untuk membawa artis itu yang mencecah RM3 juta.
Melalui pendekatan sedemikian, DAP dan PR cuba memfokuskan pandangan umum kepada pembaziran yang kononnya telah dilakukan oleh BN yang memerintah kerajaan Pusat.
Diam tak diam khalayak umum didedahkan pula dengan khabar berita yang Kerajaan DAP Pulau Pinang pernah bekerjasama dengan sebuah syarikat arak untuk menjayakan sebuah konsert hiburan larut malam yang juga menelan kos RM3 juta di Batu Feringgi pada akhir tahun lepas.
Logiknya jika persembahan konsert oleh Psy dianggap satu pembaziran walau sebenarnya memberi nilai tambah kepada industri pelancongan di Palau Mutiara itu, kenapa pula soal pembaziran dalam konsert hiburan anjuran Kerajaan Dap Pulau Pinang tidak ditimbulkan sama?
Dalam pada itu, bila mana kebenaran diketahui umum yang segala kos perbelanjaan termasuk bayaran kepada Psy berjumlah RM2.3 juta ditanggung sepenuhnya oleh syarikat swasta dan langsung tidak melibatkan wang rakyat, DAP beralih pula kepada taktik provokasi menggalakkan penyokong PR menyertai majlis itu dengan memakai baju merah, hijau, kuning dan oren.
Di masa yang sama, para penyokong PR khususnya dari DAP turut mengambil langkah lain termasuk beramai-ramai menghujani akaun sosial Facebook penyanyi Korea itu mendesak Psy membatalkan persembahannya di Malaysia dengan pelbagai alasan berunsur propaganda politik.
Ternampak jelas ketidakmatangan penyokong PR dalam mendepani isu ini, sedar tak sedar mereka sebenarnya menggali kubur sendiri kerana membangkitkan kemarahan para peminat Psy gara-gara bertindak sedemikian.
Dalam pada itu, dikalangan penyokong dan pemimpin PAS serta PKR yang berbangsa Melayu beragama Islam pula meneruskan kaedah tradisi mempertikaikan persembahan hiburan itu yang dikatakan akan melalaikan generasi muda.
Faktor hiburan itu akan mendekatkan diri kepada maksiat diulang-ulang saban waktu, sedangkan ketika ramai remaja Cina, India dan Melayu tunggang terbalik mabuk sakan ketika berhibur di konsert yang dianjurkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang di Batu Feringgi tempohari semuanya senyap sunyi tanpa bantahan.
Dilihat pada reaksi kelam kabut dalam PR berhubung ini, jelas sekali wujud kebimbangan besar dikalangan pemimpin dan penyokong PR kalau-kalau gara-gara demam Oppa Gangnam Style akan menghakis sokongan golongan muda kepada mereka.3
No comments:
Post a Comment