Sunday, February 3

Shit Melayus Say..........?


Melihat gelagat anak-anak muda hari ini berbahasa, sama ada lisan atau tulisan, kita kadangkala jadi terkedu. Nak tergelak pun ada; geli-hati pun ada. Kadangkala rasa pelik pun ada. Bahasa komunikasi mereka sudah jadi tak menentu. Walaupun bercakap bahasa Melayu, tetapi cara bertutur dan penggunaan perkataan-perkataan yang disebutkan ternyata sudah lari jauh menyimpang dari tata bahasa Melayu sebenarnya. 

Apa tidaknya, contohnya penekanan perkara-perkara yang terbaik atau ekstrim telah ditokok dengan 'giler'. Contohnya, kalau sesuatu yang sedap sangat sudah jadi "sedap giler"; panas yang teramat sudah jadi "panas giler",  Maka lahirlah ungkapan-ungkapan "sedih giler", "best giler", "cun giler", "buruk giler", "pedih giler"  dan macam-macam lagi.

Bila bercakap pula mengenai sesuatu yang gagah, hebat atau kuat, mereka akan menggunakan perkataan "power" bagi menunjukkan kehebatan sesuatu pekara. Misalnya "ubat yang power", "minuman power", "cun power", "masakan power", "ayat yang power" dan macam-macam "power' lagi. Dalam pecakapan harian, mereka kerap menggunakan beberapa perkataan (tak pasti sama ada ciptaan baru atau perkataan-perkataan lama) yang diubah maknanya dari yang biasa digunakan. Contohnya, "kantoi", "gerak", "lepak", "bajet", "cilok", "usher", dan banyak lagi perkataan-perkataan yang mungkin dirasa pelik, tetapi digunakan secara meluas.

Apa yang amat kita bimbangkan ialah sama ada keujudan trend berbahasa seperti ini akan mengugat jatidiri sifat Bahasa Melayu itu sendiri. Apa akan jadi pada norma dan susila berahasa Melayu yang betul yang telah kita anuti selama ini?  Adakah ini merupakan trend berbahasa bagi masa hadapan jenerasi kita, khususnya untuk beberapa dekad yang akan datang? Sudah tentu kita memerlukan orang bijak pandai dan ahli bahasa untuk menilai arah dan halatuju cara berbahasa anak-muda masakini.

Bagaimanapun, MKP masih tidak lupa percakapan seorang anak muda yang  'didengar' diperhentian bas ketika menyapa rakannya dalam loghat Kelantan: " Guanamu....Where have you been?. I wetek wetek for you so long, you din ke !!!! (bayangkan bercakap bahasa Inggeris dalam loghat Kelantan!!).

MKP terus terkedu............

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive