RAPID

Tuesday, February 5

Pemuda Umno bantu bawa pulang mayat Claudia........


Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno akan membantu menguruskan penghantaran pulang mayat Claudia Theophilus, Penerbit Bahasa Inggeris portal berita Al-Jazeera, yang maut terkena tembakan Sabtu lalu.

Pengerusinya, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata dua wakil biro itu akan ke Beirut bersama-sama dua anggota keluarga Claudia untuk menguruskan proses membawa balik mayat mendiang.

"Tujuan kami untuk ke sana adalah untuk mendapat maklumat terperinci mengenai punca kematian mangsa serta menguruskan proses untuk membawa balik mayat mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari  ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay memberitahu Bernama, kedutaan Malaysia di Lubnan sedang membuat persiapan untuk membawa mayat pulang.

Kohilan berkata mayat mendiang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) Rabu ini sebelum dibawa keluarganya ke Seremban, Negeri Sembilan.

"Pada masa ini, pihak berkuasa Lubnan sedang menjalankan bedah siasat dan melengkapkan dokumentasi," katanya.

Claudia, 42, penerbit yang berpangkalan di Doha, Qatar, mati dua hari lepas dipercayai akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Baakleen yang terletak di sebuah kawasan pergunungan di Lubnan ketika bersama dua rakannya rakyat Lubnan.

Menurut laporan itu, Claudia terkena tembakan ketika beliau dan dua rakannya sedang 'bermain' dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup.

Mendiang pernah bekerja dengan akhbar The Sun dan portal berita Malaysiakini.

astroawani.com

1 comment:

Anonymous said...

Syabas Pemuda UMNO....kerana memberi bantuan atas perikemanusiaan. Keadaan di kebanyakan negara Arab sekarang masih bergolak dan eloklah kalau ada pihak-pihak Islam yang membantu menguruskan hal ini agar semua berjalan lancar!

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive