Berita terkini yang MKP terima dari sumber video dibawah dan khabar angin bertiup kencang di Kuala Lumpur , Dato Haron Din akan membuat sidang akhbar bersama Dato Hasan Ali besok..
Setakat ni, tujuan dan kandungan sidang akhbar tersebut masih lagi dirahsiakan..
Hasan Ali yang juga merupakan Presiden JATI, dikatakan akan cuba membawa bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharuddin Mat Isa ke majlis tersebut..
Dato' Haron Din dikatakan meninggalkan Pas kerana tak berpuas hati dengan campurtangan DAP khususnya Karpal Singh terhadap keputusan Isu Kalimah Allah yang dibuat oleh Majlis Syura Pas.
Selain itu, Dato' Haron Din juga dikatakan tak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang tetap mahukan Kalimah Allah digunapakai oleh Kristian dan kafir di Malaysia.
Sebelum ni, sebuah blog Pakatan telah mendedahkan pertemuan Haron Din dengan Anwar pada 7hb Februari yang lalu.
Dimaklumkan bahawa didalam pertemuan tersebut, Dato' Haron Din telah menasihati Anwar supaya jangan mempermainkan isu kalimah Allah dan mendesak Anwar menghalang DAP dari terus menimbulkan isu berkenaan.
Malangnya, pada ucapannya di sebuah Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Sabah, Anwar dengan lantang mewar-warkan dihadapan masyarakat Kristian bahawa Pakatan akan terus membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kafir.
No comments:
Post a Comment