exponegaraku

Tuesday, February 26

ANWAR MULA RISAU KU LIE BAKAL PM-7...........


Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dalam ucapannya semasa pelancaran manifesto pakatan langsung tidak sentuh soal sokong Anwar jadi PM kalau pembangkang tawan Putrajaya.

Dalam pada itu timbul cerita bahawa ada usaha untuk memasukan agenda menetapkan siapa bakal Perdana jika pakatan menang di buat semasa konvensyen itu memandangkan pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi,.

Ikut sumber-sumber PAS dikatakan menolak cadangan berkenaan.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menafikan perkara itu.

Katanya, perkara itu tidak dibincangkan dan manifesto hanya mengandungi perkara yang akan dilaksanakan PR jika memerintah kelak.

Mat Sabu menjelaskan, biarlah pilihan raya dahulu dan siapa PM ditentukan kemudian.

Namun katanya, sudah ada calon untuk jadi PM cuma akan diumumkan pada masa sesuai.

Sementara itu manifesto pakatan yang dilancarkan hanya mengandungi janji-janji kitar semula yang terkandung dalam Buku Jingga kecuali beberapa perkara baru termasuk menyediakan kereta berharga RM25,000 serta bina 150 ribu rumah mampu milik.

Bagaimanapun, manifesto itu tidak menyebut sumber kewangan bagi semua perkara yang dijanjikan termasuk memberi bantuan kewangan kepada rakyat.

Mungkinkah ianya ada kaitan dengan cakap-cakap yang kebelakangan ini berlegar hangat mengatakan namanya kini sudah tergelincir sebagai bakal Perdana Menteri jika pembangkang menang pada PRU 13?

Sosek yang paling popular ialah semakin ramai dikalangan ahli PAS di pelbagai peringkat yang mempersoalkan  intregriti beliau kerana pelbagai isu yang melibatkan dirinya khususnya keraguan soal moral.

Isu video seks 99.9 peratus tulin yang dikaitkan dengan dirinya masih lagi menjadi bualan dikalangan ahli PAS sekalipun Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang sudah buat ' fatwa' video itu besi tidak boleh jadi bukti.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali dalam ucapan di majlis itu bukan main punya puji bosnya itu dengan menyatakan Ketua Pembangkang itu layak mengetuai pakatan.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive