RAPID

Thursday, February 21

GEMPAR : UNTUK SIAPA BANNER DANOK INI.......? Bakal YB UMNO........?


Persoalan panas ini bakal terjawab jika ada bukti yang sahih!!!!! Entah dari mana pengirim E-mail ini mendapat tahu kebocoran maklumat bahawa indidvidu yang bakal dilondehkan ini adalah calon YB dikawasannya...Sedangkan nama senarai Calon belum lagi diumumkan oleh PM dan Majlis Tertinggi... 

Memang kali ini susah sikit nak jadi calon YB kerana banyak tapisan yang telah dibuat kalau tak silap 12 saringan....Mungkin individu yang dimaksudkan telah lulus semua saringan tersebut dan melobi sakan kat sana kot......Semua maklumat  termasuk gambar calon MKP dah terima cuma masanya lagi untuk didedahkan lagi......Sabar..........

Apakah sebenarnya pendirian PKR dalam isu kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu? Jawapan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpinnya nampaknya bercelaru. 

Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata bahawa PKR akur pada butir ketetapan Majlis Syura Ulama PAS bahawa bukan Muslim tidak boleh menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu. 

Katanya, dalam isu ini PKR akan sentiasa di belakang dewan tertinggi penggubal dasar PAS itu. Adakah maksud Azmin bahawasanya PKR sedia bergabung dengan PAS dalam ketetapan melarang penggunaan Allah dalam Bible? 

Pendirian PKR dalam isu kalimah Allah kabur 

Pendirian PKR ini kabur. Ini mungkin kerana PAS sendiri tidak mengumumkan bahawa ia mahu ketetapan itu menjadi dasar Pakatan Rakyat. Maksudnya jika pakatan itu menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, PAS tidak pula berjanji bahawa ia akan menggunakan kuasa untuk melarang perbuatan menggunakan kalimah Allah dalam Bible!

Ini bermakna PAS masih belum ada pegangan rasmi dalam isu ini. Maka benarlah hujah Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa Majlis Syura Ulama hanyalah satu komponen kecil dalam PAS. 

Malah, Ketua Penerangan DAP, Tony Pua menganggap pandangan lantang beberapa pemimpin PAS dalam Majlis Syura itu seperti Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib, bukanlah datang daripada kalangan pemimpin berkedudukan tinggi dalam PAS. 

Maka beliau mengesahkan pandangan Karpal itu sebenarnya adalah suara rasmi DAP.

Fuziah Salleh sokong Guan Eng, tolak ketetapan Majlis Syura

Ketika Majlis Syura Ulama menjilat luka kerana “kejahilan Karpal dan pemimpin DAP lain”, seorang Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh pula tampil dan mengusutkan lagi keadaan dengan memberi sokongan terbuka kepada syor Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya Bible berbahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah diberi keizinan digunakan di seluruh Malaysia. 

Secara langsung kenyataan Fuziah Salleh ini menolak pendirian Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna sebagai terjemahan God dalam Bible bahasa Melayu.

Fuziah mendakwa adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah. 

“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau. 

“Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain, ianya bukan hak mutlak umat Islam. 

“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” kata Fuziah.

Kalimah Allah: Anwar hanya sokong pendirian Abdul Hadi

Pada 13 Januari lalu Majlis Syura Ulama PAS menetapkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam sebarang penerbitan bukan Islam kerana salah dari segi maknanya. 

Bagaimanapun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat akan berpegang kepada ketetapan 8 Januari bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan tidak menghina Islam.   

Beliau berkata ketetapan itu berpandukan kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Hadi setakat ini belum mengemukakan pendirian Majlis Syura itu kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat.  

Lebih mengusutkan keadaan, Pengerusi DAP Karpal Singh pula berkata partinya mahu Majlis Syura mengkaji semula keputusannya supaya selari dengan pendirian Pakatan Rakyat. 

Berikutan itu beliau dicemuh oleh pemimpin-pemimpin parti itu termasuk Datuk Harun Taib yang menegaskan bahawa PAS tidak akan berkompromi dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim. 

Nampaknya pendirian Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan mengenai isu kalimah senada dengan pendirian DAP walaupun Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini berkata PKR menyokong keputusan Majlis Syura PAS. 

PKR sentiasa “di belakang” Majlis Syura PAS

Azmin pula membayangkan pendirian Syura itu tidak akan diangkat untuk mengganti atau dijadikan tambahan kepada ketetapan Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu. 

Azmin berkata, PKR sentiasa “di belakang” Majlis Syura PAS. Namun realiti kini jelas menunjukkan PKR lebih “liberal” dari itu. Ia mahu terus menjalin kerjasama dengan DAP dan pada masa yang sama tidak mahu mengecilkan hati PAS.

Malangnya, isu ini bukan lagi soal menjaga hati dan emosi mana-mana parti politik. Ia soal akidah. PKR perlu lebih jelas dan tegas pendiriannya dalam hal ini. 

Rakyat perlu tahu sejauh mana PKR mahu bersama PAS pertahankan kesucian akidah umat Islam

Melontarkan tohmah pada media arus perdana bahawa ia mahu memecahbelahkan kesatuan dan perpaduan Pakatan Rakyat hanyalah satu sikap dan alasan yang kurang bertanggungjawab. 

Yang perlu dinyatakan oleh PKR ialah adakah ia menyokong pendirian DAP dalam polemik ini. Majoriti ahli PKR beragama Islam. Mereka juga ingin tahu. Begitu juga dengan ahli-ahli PAS. Mereka ingin kepastian sejauh mana PKR mahu bersama PAS mempertahankan kesucian akidah umat Islam.

Lebih penting lagi ialah pengundi-pengundi PRU 13 yang 60 peratus beragama Islam. Mereka ingin penjelasan adakah PKR menyokong pendirian Majlis Syura Ulama PAS? 

Pengundi juga ingin tahu apakah perjuangan Datuk Dr Haron Din dan Datuk Harun Taib yang tidak merelakan kalimah Allah digunakan dalam Bible disokong oleh PAS sebagai sebuah parti politik Islam dan pemimpin Islam dalam PKR sendiri?

Berhentilah mengelirukan umat. Pengundi muslim mahu tahu jika mereka memilih Pakatan Rakyat dalam PRU 13, adakah DAP akan berhenti memperjuangkan ketetapannya mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible?

Yang pastinya, orang Islam yang benar imannya tidak akan mengampunkan dosa PAS dan PKR mengizinkan kesucian nama khas Allah dicampur-adukkan dalam Bible berbahasa Melayu. Itu sahaja.

1 comment:

Anonymous said...

sebelum nak tumbangkan umno dan bn pi tumbangkan dulu pompuan nuklear la...

hidup parti pas pun dah jadi macam bola ada hati nak ganti umno dalam negara...

maruah melayu akan hancur klau pas ganti umno...

pi blajaq lawan dengan pompuan nuklear dulu...

pejuang hamas...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive