Tuesday, February 5

KAMERA AES TERBAKAR........


Sebelum nie kita digemparkan dengan kamera AES bernilai puluhan ribu nie tumbang aje tapi kali nie lagi gempar gila siap terbakar pulak...Lokasi tidak dapat dipastikan dimana akan tetapi memang gambar ini adalah benar dan tiada ubahan dibuat atau teknik photoshop.

Awal-awal AES dilaksanakan sudah kedengaran rasa gelisah dan gundah gelana orang ramai. Bertitik tolak dari situ kita cuba berbual-bual dan tanya pendapat orang ramai.

Pemuda Umno juga mengambil pendirian sama seperti apa kami perjuangkan sebelum ini. Sebagai sebuah sayap kepada parti yang memerintah negara apakah kau orang ingat senang-senang Pemuda Umno nak buat kenyataan sebegitu ? 

Sudah tentu mereka juga telah melakukan kerja-kerja mereka mendapat pandangan masyarakat sebelum keputusan dibuat. Dan bila majoriti masyarakat tidak setuju maka mereka kena nyatakan kebenaran walaupun pahit untuk ditelan. 

Budaya bodek, budaya ampu sudah berlalu. Kritikan dan teguran akan membuatkan seseorang, sesebuah badan atau sesebuah kerajaan akan menjadi lebih baik dan lebih kuat. Manakala bodek dan ampu akan menyebabkan mereka terus syok dan lena.

Untuk mengelak polemik yang berpanjangan dan memberi kesan yang tidak baik kepada kerajaan , maka adalah lebih baik kerajaan tangguhkan dulu perlaksaan AES dan tubuh sebuah jawatankuasa bagi membincangkan perkara ini dan jangan lupa ambil pendapat orang ramai.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive