RAPID

Friday, February 15

"JANJI MANISMU" AISHAH BERTANDING PADA PRU-13....


Dasyat puak tok-tok PAS nie sangap tahap gaban punya!!!!Berita terbaru Aishah bakal beertanding diatas tiket PAS..jika sebelum nie Bekas Musyidul Am PAS keluar PAS memberi tamparan hebat buat PAS ...Aishah pulak menjadi ikon baru....Abby Albody macam mana pulak takkan PAS tak mau bagi jadi calon jugak...Abby Albody berkempen bagai nak rak buat PAS kalau nama tak lekat jugak pasti malu amat besaq buat dirinya...

Platun lagu Janji Manismu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin, 48, dikatakan bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), pada tidak lama lagi. 
Ia berikutan terdapat sumber memaklumkan bahawa penyanyi berkenaan bakal menjadi artis pertama negara bergelar Yang Berhormat (YB) dan akan diletakkan bertanding dalam PRU13. 
Memetik laporan Harian Metro, hari ini,  penyanyi terbabit yang juga ahli sebuah parti politik berkata, dia hanya menyedari perkara itu hangat diperkatakan tatkala tarikh menjelang PRU yang semakin hampir. 
“Setakat ini, saya belum mendapat kepastian mengenai pencalonan itu dan beranggapan ia hanyalah khabar angin. Lebih baik tunggu Parlimen dibubarkan dulu, barulah boleh ada kata putusnya. 
“Saya tidak pernah mengharapkan bergelar calon sebaliknya menyedari timbulnya cakap-cakap orang mengenai penamaan berkenaan. 
“Sebelum ini ramai yang bercakap mengenai perkara ini, tetapi tidak tahulah, tunggu dan lihat saja,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya adakah dia berminat untuk bertanding seandainya diberi peluang, Aishah berkata dia akan mempertimbangkannya terlebih dulu. 
“Kalau ada peluang, saya akan berfikir tindakan selanjutnya. 
“Kena Solat Istiqarah dan kena tahu sama ada masyarakat akan menerima atau sebaliknya,” jelasnya. 
Sebelum ini, Aishah pernah menimbulkan kejutan apabila gambar dia melibatkan diri dengan kempen Bersih 3.0 tersebar luas di internet. 
Bukan itu sahaja, dia juga pernah berucap di atas pentas PAS bahkan berkongsi pengalamannya menerusi program ‘Artis Berubah, Rakyat Merobah, BN Rebah’ di perkarangan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak pada 4 April tahun lalu.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive