Esok Shila Amzah bakal digandingkan dengan PSY..Dari laporan terbaru Shila Amzah telah merajuk dan menghilangkan diri...Dah sudah macam ada yang tak kena... MKP berharap segalanya berjalan lancar sempena Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang...
KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Shila Amzah, 23, yang dilaporkan hilang sejak tujuh hari lalu ditemui di Kemaman, Terengganu, malam semalam.
Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu yang juga pemenang Asian Wave 2012 itu ditemui dalam keadaan selamat oleh bapanya.
Difahamkan, penyanyi itu mula menghubungi bapanya bagi mengetahui lokasi persembunyian selepas berita kehilangan penyanyi itu disiarkan BH, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan penemuan penyanyi itu.
“Saya dimaklumkan oleh bapa penyanyi itu sendiri, ND Lala, 53, berhubung penemuan anaknya itu di satu lokasi di Terengganu.
“Dia (Shila) dilaporkan dalam keadaan selamat. Maklumat lanjut berkaitan penyanyi itu boleh menghubungi ND Lala sendiri,” katanya ketika dihubungi.
BH hari ini melaporkan, bapa penyanyi yang juga ahli perniagaan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pagi kelmarin selepas hampir seminggu kehilangan anak sulungnya.
Laporan itu dibuat selepas gerakan mencari penyanyi itu menemui jalan buntu.
Kehilangan penyanyi itu dipercayai selepas hubungan cintanya dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad dikatakan mendapat tentangan bapanya. – BHarian Online
No comments:
Post a Comment