Monday, February 4

GUAN ENG CUBA SABOTAJ KEHADIRAN PSY KE PENANG........


Ketua Menteri Paling celaka didalam sejarah Pulau Pinang meroyan lagi!!!! Mungkin dah kering Idea? Nak tuduh Kerajaan BN buang duit rakyat tak boleh kerana kehadiran PSY ditaja oleh pihak swasta...So Idea terbaru mangkuk hayun nie adalah seperti berikut ;

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini dilaporkan telah menggalakkan orang ramai di Pulau Pinang untuk menyertai sambutan anjuran BN negeri tersebut dan bergembira.

Malah Ketua Menteri Crocky itu turut menyarankan kepada pengunjung untuk memakai pakaian berwarna merah, kuning dan hijau sebagai tanda sokongan kepada beberapa perjuangan yang dibawa parti tersebut bersama-sama dengan parti komponen lain dalam PR iaitu PAS dan PKR.

Guan Eng menerangkan warna merah sebagai simbol kepada kerajaan negeri yang ditadbirnya, kuning kepada kumpulan reformasi pilihan raya Bersih dan hijau melambangkan kumpulan alam sekitar, Himpunan Hijau.

Selebriti Korea itu ternyata mendapat tajaan penuh konglomerat mega (Mega Ultimate) Penang sendiri.

Sejak bila kita ada hak untuk menghalang sesiapa sahaja membuat persembahan di negara ini. 

Ini bukan kali pertama artis antarabangsa pernah membuat persembahan di negara kita. Bukankah sebelum ini Elton John, Justin Beiber, Jennifer Lopez Micheal Learn To Rock dan sebagainya pernah datang membuat persembahan di negara kita. Kenapa kita tak pertikaikan kehadiran mereka? 

Kenapa kita tidak pertikaikan harga bayaran artis yang dibawa masuk dan keuntungan yang dibuat oleh penganjur? Kenapa mesti mempertikaikan Psy?

Kita mengatakan bahawa program ini boleh meruntuhkan akhlak, rosakkan sahsiah anak-anak muda Melayu Islam. Kita jangan lupa Malaysia adalah terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa. 

Salahkah masyarakat Cina ingin menikmati hiburan yang tidak keterlaluan semperna Tahun Baru mereka? 

Bagaimana pula dengan program tarian jalanan anak muda Penang I-Dance yang secara terang-terang melibatkan anak muda Melayu Islam? 

Bagaimana pula dengan K-Pop Dance anjuran kerajaan Pulau Pinang di malam tahun baru 2013?

Bagaimana pula dengan konsert MTV World Stage di I-City, Shah Alam bagi mempromosikan bandaraya Shah Alam sedangkan ia jelas bertentangan dengan enakmen Kawalan Hiburan Selangor itu sendiri?


Korang tengok sendiri muka merah padam walaupun menyatakan setuju walaupun didalam hati amat tidak bersetuju PSY datang ke Pulau Pinang..


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive