Showing posts with label bob lokman ceramah.. Show all posts
Showing posts with label bob lokman ceramah.. Show all posts

Sunday, February 17

OSTAD MEE SEGERA TAK LAYAK BERTANDING !!!! BIAR BETUL.......?


Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman yang kini penceramah agama dan politik Pas mengesahkan beliau tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman berkata, wakil Pas pernah menawarkan beliau untuk menjadi calon di kawasan Subang, Selangor akhir tahun lalu, namun tawaran itu terpaksa ditolak atas sebab kesihatan.

“Saya mengalami sakit jantung sejak tujuh tahun lalu. Biarpun berminat dalam bidang politik, saya menolak tawaran Pas sebab saya tidak bertenaga, jadi wakil rakyat perlu kuat dan bertenaga untuk bekerja siang dan malam.

“Kalau dikira dalam bidang politik, jika untuk bantu orang, saya memang berminat. Walaupun tidak bertanding, saya kini giat membantu parti dengan memberi ceramah kepada orang ramai bergantung kepada jemputan penganjur,” katanya.

Bob Lokman sememangnya dikenali dalam industri hiburan dan keputusan beliau menjadi ahli Pas 19 Februari 2011 di Kedah lalu memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke dalam parti itu termasuk Aishah, Abby Abadi, Renggo Arrow dan Hairie Othman.

Beliau berkata, ceramah disertainya bagi  memudahkan orang ramai berfikir untuk menentukan parti terbaik yang perlu dipilih pada PRU13 nanti.

Thursday, November 3

BOB ISabella rela Ditangkap.


Bob Lokman dengan angkuh menyatakan beliau rela ditangkap.Sungguh angkuh dan riak adakah ini yang diajar oleh pok nik.sejahil MKP pun sikap riak dan angkuh itu adalah sifat syaitan yang harus dijauhi.Dok banyak sangat dengaq fatwa merapu nik aziz nie rasanya sampai yang jahil dan mungkar telah dilupakan.Inilah sifat riak dan munafik yang ditonjolkan oleh PAS dalam mendidik pemimpin mereka.Lain dimulut lain pulak niat dihati.


PETALING JAYA: Bekas Pelakon dan penulis lirik terkenal Bob Lokman sedia dirinya ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada bila-bila masa kerana berpendapat dirinya berada di pihak yang benar ketika memberi ceramah agama di sebuah masjid bulan lalu.
Jais pada Selasa mengumumkan bahawa waran tangkap ke atas Bob Lokman telahpun dikeluarkan Jumaat lalu kerana gagal hadir memberi keterangan sepertimana yang diarahkan berhubung ceramahnya tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu.
“Jika mereka hendak tangkap saya, silakan kerana saya akur dengan keputusan mereka yang menganggap saya bersalah.
“Sedangkan saya hanya memberi dakwah tentang apa yang saya fikirkan dan menjelaskan (kepada pendengar ceramah) mengapa saya perlu dekatkan diri dengan cara hidup seperti hari ini yang lebih menjurus kepada akidah dan tauhid,” katanya ketika dihubungimStar Online, Rabu.
Lantaran itu, dia menolak dakwaan yang mengatakan dia menyampaikan dakwah di masjid untuk mempengaruhi perkembangan politik semasa.
“Saya tidak mencampurkan urusan politik di dalam masjid kerana saya hanya menyampaikan dakwah.
“Ini bersandarkan kepercayaan saya bahawa orang Islam tahu perkara yang nyata dan benar dalam masjid. Selagi tidak bualkan tentang perkara yang buruk, saya berada di pihak yang benar.
“Saya lakukan ini berlandaskan agama dan kebenaran,” katanya yang kini bekerja sebagai pendakwah dan berniaga barangan ibadat.
Bob kini sedang disiasat di bawah seksyen di bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, iaitu menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Thursday, May 19

VIDEO TErHANGIT:BOB LOKMAN KENAPA JADI PELAWOK,PELAWOK,PELAWOK...............?



Sepatutnya sebagai hamba Allah yang beriman menggalakkan sesama manusia berbuat kebaikan,Nie dah jadi terbalik menyalahkan orang lain atau menghukum sesama kita,Sedarlah bob lokman anda dikenali didalam bidang atau kerjaya yang sama.hukum menghukum bukan anda yang menentukan.hukum mengumpat orang adalah lebih teruk dari melakukanya.dizaman muda adakah anda terlalu baik..........................?dah masuk pas dok lagi berlakon serta mencaci orang lain.Silap hari bulan Usop Wilcha tak boleh cari makan sebab lepas nie bob lokman akan jadi sole-sole atau pelawok....................sudah-sudahlah hina sesama artis.kalu ini caranya nak jadi calon PAS PRU 13.PASti akan bergelar YB lepas nie.



Orang seni yang baru 'berhijrah'...belum menemui ketenangan dan keredhaan...digunakan untuk berceramah politik.. Pengisian ceramah penuh dengan kemarahan dan hamburan tuduhan keatas pemerintah yang dipersalahkan diatas segala benda yang berlaku keatas kehidupan beliau sebelum penghijrahan. Sehinggakan masalah beliau dengan anak pun diletakkan kesalahan atas sistem pembelajaran yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Apakah beliau belum diajar oleh 'Ustaz' atau 'Sheikh' beliau bahawa apa yang berlaku kepada kita adalah ketentuan Illahi??? Kita perlu redha dengan perjalanan yang Allah tentukan untuk kita disamping berusaha - dengan hidayah dan keredhaan Illahi - untuk memperbaiki keadaan kita. Bukan nya mengherdek dan mempersalahkan kerajaan dan orang sekeliling kita untuk apa saja yang kita 'rasa' tidak adil buat diri kita... Cari lah keredhaan yang sebenar dan baru naik pentas dan bercerita pengalaman kamu wahai Bob Lokman... naik meloya dengar ceramah kamu...berceramah lah secara ikhlas..

Bersyukurlah kerana telah diberi nikmat oleh Allah dalam menempuh perjalanan yang penuh dengan nikmat dunia dan kemudian diberi pula peluang oleh Allah untuk mendekatkan diri dengan Nya tanpa perlu menempuh alam barzakh dahulu... ingat lah Bob.

petikan dari: minaq jinggo fotopages

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive