Monday, November 26

GAMBAR BERPELUK INI ADA RAHSIANYA......


Ada dikalangan Pemimpin BN/UMNO masih lagi belum sedar akan kuasa dilaman media sosial dapat mempengaruhi pengundi muda dan diatas pagar untuk memenangi PRU-13....Agak mengecewakan dan pendekatan cara lama serta kolot ini serta ortodok amat memalukan....

Pengalaman MKP sendiri pada hari ini apabila berhadapan dengan pemimpin yang terlebih selesa apa yang beliau capai setakat ini dengan angkuh mengatakkan tidak memerlukan bantuan dari Blogger serta pengamal media........Fuhhhh dasyat Brother nie sehinggakan setiap program yang dianjurkan oleh pemimpin ini hanya diberitahu oleh rakan yang memuji serta membodeknya sepanjang masa....


Padahal bebaru ini wancana yang dianjurkan cuma dihadiri kurang dari 50 orang....Sedih der tengok gambar yang syok sendiri tue....Mereka ini hanya mengambil gambar dan video tapi entah kemana maklumat yang patut dihebahkan itu disimpan.......Dalam seluaq depa kot?Umpama tikus tengok besi macam haram jadah depa nie....Pandai bercakap dan bermulut manis serta bijak didalam Perang Saraf tapi hingga kini MKP tak nampak hasilnya.......Padahal memegang jawatan AJK bahagian....... Gampang tahap gaban.....

Obama menang didalam pemilihan Presiden Amerika bebaru ini kerana Kuasai Internet dan Laman Sosial.....

Selepas beberapa jam gambar Obama dipapar di akaun Facebook dan Twitter beliau semasa kempen pemilihan Presiden, ia mengatasi bintang sosial media seperti Justin Bieber dan Lady Gaga daripada tangga teratas. Gambar itu bersama perkataan "four more years (empat tahun lagi)", menunjukkan Obama berpelukan dengan isteri beliau Michelle Obama, mendapat "tweet" semula sebanyak 745,000 kali pada suatu petang Rabu.

Gambar yang sama di Facebook mengumpul lebih daripada 3.7 juta "likes" (gemar). Rekod itu dicatat selepas operasi media sosial Obama mencatat 50 juta peminat mendahului kempen Romney yang hanya mendapat 10 juta pengikut.

Ramai penganalisis ketika itu mengenal pasti ini sebagai satu kebaikan dalam pertarungan untuk menawan White House, terutamanya dalam kalangan pengundi muda yang paling banyak menggunakan laman sosial Twitter dan Facebook.


BN juga telah secara agresif meningkatkan aktiviti ruang siber dengan portal berita pro-BN dan peningkatan bilangan penyokong yang menyertai Twitter. Populariti ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Internet adalah jauh di belakang Najib, dengan pengikut akaun Facebook beliau kurang tanda "suka" berbanding Najib. Pengikut Twitter Najib juga lebih banyak daripada Anwar.

MKP Ayat Sempoi : Sedih tengok pemimpin perangai Macam Dajei nie...







No comments:

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive