Musim persekolahan 2013 hanya tinggal lebih kurang sebulan saja lagi, bagi kakitangan Kerajaan Pusat dan negeri-negeri yang diperintah Kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka tidak perlu risau memandangkan bonus sebulan gaji sedang menanti.
Namun bagi kakitangan awam yang bekerja dengan Kerajaan PKR Selangor, kini mereka tertanya-tanya sesama sendiri kenapa semasa pembentangan Bajet 2013 oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim pada 19 November 2012 minggu lepas di Dewan Undangan Negeri tiada sebarang bonus diumumkan?
Jumlah Bajet 2013 yang dibentangkan bukan main punya besar mencecah angka RM1.63 bilion, tanpa perihal bonus sebulan gaji satu ayat pun tak kelihatan. Nak kena tunggu tarikh PRU 13 dulu baru nak bentang bajet tambahan untuk peruntukan bonus agaknya.
Biasanya asal sahaja Kerajaan Pusat mengumumkan bonus atau imbuhan kepada kakitangan sebagai penghargaan di atas kerjasama dan pengorbanan mereka, Kerajaan PKR Selangor akan segera mengumumkan imbuhan yang hampir sama atau lebih sedikit bagi menonjolkan kehebatan ekonomi dan kewangan negeri.
Misalnya semasa Kerajaan Pusat memberi bonus setengah bulan gaji atau minima RM500 kepada kakitangan awam sempena menjelang perayaan Aidilfitri yang lepas, Kerajaan Negeri pimpinan Khalid segera mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji diikuti dengan simpanan RM200.
Kali ini bayang pengumuman bonus oleh Khalid Ibrahim satu pun tak kelihatan, sedangkan selama ini Khalid dengan bangganya mengumumkan Kerajaan Negeri memiliki rizab tunai sehingga RM2 bilion. Takkan atas kertas saja kot?
Apakah MB Selangor telah dengan sengaja enggan untuk menghargai jasa pengorbanan kakitangan Kerajaan Negeri atau sememangnya merancang untuk mengurangkan kos perbelanjaan negeri dengan memotong bonus sebulan gaji?
Takkanlah semata-mata mahu membuktikan Kerajaan Negeri pimpinannya mampu menyediakan bajet berimbang maka bonus penghargaan dinafikan dan nasib kakitangan negeri sanggup diketepikan. Sampai hati.
Jika Kerajaan PKR Selangor sanggup berhabis RM100 juta untuk mengkaji kebolehlaksanaan kaedah storm water di hiliran sungai sebagai air terawat, kenapa tidak utamakan dulu kepentingan kakitangan awam?
Sementelah lagi selama ini Khalid sering menafikan Selangor menghadapi masalah bekalan air, jadi apa gunanya mempersia-siakan wang rakyat RM100 juta untuk satu projek yang tidak diperlukan, tak begitu?
Atau sebenarnya Kerajaan PKR Selangor pimpinan Khalid sedang dicengkam ketidakmampuan kewangan selepas saban bulan terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM24 juta untuk program air percuma.
Sebulan RM24 juta, setahun RM288 juta, dalam masa hampir 5 tahun bermakna sudah lebih RM 1 bilion wang rakyat dibelanjakan untuk program air percuma yang kaedah perlaksanaannya tidakpun merangkumi segenap lapisan masyarakat.
Selain persoalan bonus sebulan gaji, kebanyakan PBT di Selangor juga sedang menghadapi kesukaran memperolehi dana perbelanjaan serta pengurusan. Silap langkah, jika keadaan ini berterusan mahunya banyak program pembangunan serta baikpulih kemudahan orang ramai bakal terjejas.
Macam-macam hal dan permasalahan timbul sejak Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor, dahlah menipu dalam kes pembelian bas mewah untuk kegunaan Ketua Umum PKR, manakala UNISEL pula kerugian berpuluh juta ringgit.
Kini PBT pula merungut masalah dana kewangan dan kakitangan awam pula terpaksa terus mengharap tanpa kepastian entah bilalah bonus sebulan gaji dapat dinikmati sebagaimana kakitangan awam yang bekerja dengan Kerajaan Pusat.
Malang betul ber MB kan yang hanya tahu bercakap gagap tapi gagal total bila masuk bab kerja buat bermanfaat untuk rakyat.
1 comment:
Bodo punya blog.....MKP!!!kasi fitnah ajo
Post a Comment