exponegaraku

Saturday, November 10

UTUSAN MALAYSIA BAKAL DAPAT PEGUAM PERCUMA BILA NURUL SAMAN....



Datuk Zulkifli Noordin bersedia untuk menyediakan bantuan guaman kepada Utusan Malaysia sekiranya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mahu menyaman akhbar itu.

Malah, Zulkifli berkata beliau akan memberi "kejutan" kepada kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mereka mengumumkan barisan peguam kanan yang telah pun menyatakan kesediaannya.




Bagaimanapun, Zulkifli enggan mendedahkan identiti dua peguam kanan terbabit.

“Saya nak umumkan kepada Utusan Malaysia, saya bersedia jadi peguam, bersama-sama dengan peguam-peguam kanan yang lain, untuk mempertahankan Utusan Malaysia. Saya tidak akan meminta apa-apa bayaran pun kerana ini sumbangan kecil kita untuk mempertahankan Utusan Malaysia.

“Saya nak beritahu Nurul Izzah, saya nak beritahu Anwar Ibrahim, kamu akan terkejut kalau kamu tengok peguam yang akan mempertahankan Utusan Malaysia ini,”


Izzah baru-baru ini mengarahkan peguamnya supaya mengambil tindakan perundangan terhadap Utusan Malaysia, Berita Harian, termasuk beberapa blog kerana mendakwa kenyataannya telah disalahtafsirkan.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata tindakan tersebut dibuat bagi tujuan untuk menyelamatkan dan mempertahankan masyarakat Melayu dan Islam kerana akhbar itu tegasnya menjadi lidah rasmi perjuangan mempertahankan Islam.

“Sumbangan Utusan Malaysia, bukan untuk laku suratkhabar dia..dia kena maki hamun..dia kena caci..tetapi Utusan Malaysia tetap berdiri mempertahankan agama dan bangsa kita.

“Sekarang mereka (Pakatan Rakyat) sedang kumpulkan bala tentera untuk meranapkan Utusan Malaysia sebab mereka tahu satu-satunya suara orang Melayu Islam di Malaysia hari ini ialah Utusan Malaysia..mereka nak kumpulkan peguam, kumpul dana untuk perang dengan Utusan Malaysia.

“Saya nak beritahu Nurul Izzah, saya nak beritahu kumpulan ini, saya nak beritahu mereka ini, bila mereka perang dengan Utusan Malaysia kamu perang dengan kami..kami akan lawan..” tegas Zulkifli yang juga merupakan Naib Presiden Perkasa.


1 comment:

Anonymous said...

Utusan Malaysia senantiasa Mantappppp,jangan gentar lawan tetap lawan,Syabas YB Zul kami percaya kepada anda Hidup Utusan Malaysia..

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive