Monday, November 5

LIM KIT SIANG MENIPU LAGI?


Lim Kit siang menipu lagi menyatakan Malaysia tidak pernah mengadakan pilihanraya didalam tempoh penuh lima tahun...Adakah ini benar? seduagh tentu tidak!!!Fakta tidak pernah menipu kecuali pemimpin bebal anak beranak Dinasti Lim sahaja..
Dalam sejarah pilihan raya umum Malaysia, Kali pertama kerajaan penuhi tempoh lima tahun pada 1969 kerana Peristiwa 13 Mei pilihan raya hanya diadakan Ogos 1974, pilihan raya umum Tun Razak pertama sebagai Perdana Menteri.

Pendeta politik Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan DS Najib, “Habiskan mandat kerajaan sekarang untuk buktikan kebolehan dan keprihatinan BN dannya kepada rakyat.




Kalau ini berlaku ia adalah suatu keputusan yang baik (bijak)”. MKP bersependapat dengan Dr Mahathir. DS Najib harus tertarik dengan cadangan ini. MKP sudah bertemu dengan tiga MP Pakatan, dua pemimpin BN – kesemuanya mengadu “letih” menanti teka-teki PRU13.

Jadikan mereka lemas dengan kritikan (adil atau sebaliknya), tuduhan (palsu atau benar) yang panjang dan berang sampai kehabisan modal.

Namun waspada satu minggu dalam politik satu jangka masa yang panjang – pelbagai, di luar dugaan, boleh berlaku.

Kita dan lebih separuh dunia tamadun menggunakan sistem demokrasi ala Westminster bukan presidential system. MKP tidak bersetuju kita pendekkan atau panjangkan hayat Parlimen. Sistem sekarang memberi Perdana Menteri - siapapun – budi bicara bila dia mahu bubarkan Parlimen.

Tiada cacat, tiada cela sistem Westminster ini yang telah digunakan di United Kingdom beratus tahun lamanya. Zaman perang saudara di England (English Civil War) parliamentarians yakni Ahli Parlimen adalah penyokong kuat ketuanan dan kedaulatan rakyat (maknanya Parlimen).


Jelas Speaking: “People were either parliamentarians or royalists (supporters of the Crown ).” Kita – semenjak pilihan raya umum pertama Julai 1955 yang mempercepatkan kemerdekaan – dapati sistem ini senang dan mudah.

Dan kenapa pula kita mahu “pinda” - pendek atau panjangkan hayatnya? Lebih bijak kalau kita kekalkan sistem yang telah teruji ini. Mentang-mentang sudah ramai orang kita masuk dan keluar kilang pendidikan tinggi, kita mahu tukar dan bina, itu dan ini.


Menang kalah pilihan raya lazimnya kerana dasar, matlamat sebuah parti/kerajaan juga persona dan ketokohan pemimpin tertinggi dan sekutunya. Kalau tidak pandai menari jangan salahkan lantai. Kalau gagal dalam pilihan raya, jangan salahkan proses pemilihan itu.

Jika proses itu lapuk atau tidak adil jangan masuk bertanding. Pas, melalui sistem yang wujud telah menang di Kelantan dalam semua pilihan raya kecuali pilihan raya umum 1978.

MKP Ayat Sempoi : Kalau kelakuan seseorang itu biadab sangat, tiada sopan santun jangan jadikannya menantu. Jika rupanya tidak molek sangat tetapi dia beradab, berbahasa dan berbudi kahwinilah dia.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive