Thursday, November 22

OSTAD AZAHAR IDRUS MUNAFIK..............


Itu Gelaran yang patut diberi pada UAI kerana bersikap seperti ulamak akhir zaman der..........Macam mana tak kata macam tue...didalam ceramahnya menyuruh orang lain jangan pergi ke Mc D padahal UAI sendiri berkunjung ke sana bersama anak-dan osterinya.....Apa kejadah ulamak macam nie....




Munafik atau nifaq bermaksud apa yang dizahirkan tidak sama dengan apa yang ada pada batin. Sifat munafik juga digelar hipokrit, mulut manis apabila berkata tetapi hakikatnya ia berbohong, pandai berbahasa sehingga orang boleh percaya kata-katanya, pandai berjanji tetapi mungkir, ia juga pandai membodek atau mengampu seseorang.

Dalam budaya Melayu juga telah banyak menggambarkan sifat-sifat munafik atau hipokrit ini. Contohnya talam dua muka, musang berbulu ayam, telunjuk lurus kelingking berkait, pepat di luar runcing di dalam, dan lain-lain.

Allah subhanahu WataAla sangat murka terhadap perbuatan khianat ini, sebagaimana firman-Nya dalam surah Yusuf ayat 52 yang tafsirnya:

"Dan bahawa Allah tidak menjayakan tipu daya orang-orang yang khianat."

Khianat adalah lawan bagi sifat amanah. Ia juga merupakan sifat atau ciri-ciri orang yang munafik, sebagaimana tersebut dalam hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tanda-tanda munafik itu tiga perkara: apabila seseorang itu bercakap ia sentiasa berbohong, apabila berjanji tidak pernah ditunaikan dan apabila diamanahkan mereka khianat." (Riwayat al-Imam al-Bukhari).

Kedudukan orang munafik tempatnya di neraka yang paling bawah bersama-sama orang kafir, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nisaa' ayat 145 yang tafsirannya:

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) Neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka." 



2 comments:

Anonymous said...

mintalh penjelasn yg sebenarnya drpd UAI(Y)

Anonymous said...

mintalh penjelasn yg sebenarnya drpd UAI...x elok mnuduh tau...UAI prnah mjlaskn kat fb...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive