Nak balas dendam sampai sanggup spray cat hitam pada kamera AES.Nie mesti keja puak pembangkang yang kurang cerdik seperti budak kurang ilmu......
Tapi bila bas aljuburi kena baling cat pandai pula korang meroyan nak salahkan orang lain.
MKP walaupun tak bersetuju dengan AES tapi tak sanggup nak spray cat kt kamera tue.....
Menurut Kamus Dewan (2007: 1787) vandalism merujuk kepada perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. Vandalism juga dikenali sebagai pugut atau pemugut atau laku musnah.
Dalam erti kata yang lain definisi vandalism ialah membuat sebarang perubahan seperi melukis, menanda, mengecat, menampal, merosakkan atau mengotorkan harta benda awam tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Secara ringkasnya pengertian vandalism ialah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang sama ada ia dilakukan secara persendirian atau berkumpulan (geng). Kegiatan ini juga sering dilakukan oleh golongan remaja terutamanya pelajar-pelajar sekolah, tidak mengira lelaki mahupun perempuan.
Vandalism juga mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan barang-barang yang rosak.
Tiga jenis vandalism iaitu:
1. Perlakuan
Perbuatan ini dilakukan dengan sengaja semata-mata untuk mencari keuntungan dengan menjual harta benda yang dicuri. Perbuatan ini dilakukan sama ada dengan merosak atau memecahkan harta benda tersebut. Perbuatan ini dengan sendirinya telah mencacatkan bentuk harta benda dari yang asalnya. Dari segi perlakuan ini juga menunjukkan perbuatan suka-suka dan tunjuk berani dengan merosakkan harta benda tersebut dengan tidak mempunyai perasaan bersalah sekalipun.
2. Dendam
Berkaitan dengan kerosakkan harta benda yang melibatkan perasaan sama ada tidak puas hati, melepaskan geram atau kemarahan kepada pihak yang tertentu.
3. Conteng atau Graffiti
Menconteng harta benda awam atau harta peribadi orang awam juga dikatakan pemugut. Biasanya mereka ini akan menconteng di dinding-dinding bangunan, pagar konkrit, pondok-pondok berehat dan tempat kemudahan awam, di taman rekreasi dan sebagainya dengan mesej-mesej tertentu yang ada di antaranya tertulis perkataan berupa suatu pesanan dan adakalanya juga contengan tersebut mengandungi perkataan-perkataan yang memalukan.
Perbuatan contengan atau graffiti ini adalah hasil dari keinginan seseorang untuk mengatakan sesuatu untuk memberi komen, memberitahu, menghibur, meyakinkan, menyakiti ataupun sekadar untuk ia memberitahu akan kehadiran dan kewujudannya di bumi ini.
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment