RAPID

Saturday, November 24

KHALID LELONG HARTA RAKYAT SELANGOR....?



Hamidzun Khairuddin menyelar tindakan kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berikutan pengumuman bahawa anak syarikat penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Worldwide Holdings Berhad akan dijual.

“Apakah kewajaran Menteri Besar dalam pemindahmilikan saham Worldwide ini? Kenapa mesti Worldwide, anak emas Selangor?



“Pelbagai soalan bermain dalam pemikiran rakyat selangor yang amat prihatin dengan pelbagai skandal yang wujud sekarang. Seperti skandal Talamgate, adakah ini rompakan harta Selangor di siang hari?

“GAPS menuntut menjelasan Menteri Besar dan Exco rejim Pakatan – DAP, PKR dan PAS. Rakyat juga menuntut kebertanggungjawaban dan ketelusan Menteri Besar dalam menjaga amanah khazanah negeri Selangor yang kaya raya,” kata Hamidzun.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Adun Kuang Abdul Shukur Idrus yang mendedahkan bahawa syarikat tersebut akan dipindahmilik dan menggelar Khalid sebagai peneraju lelonga harta Selangor.

“Syabas kepada Menteri Besar yang rakyat kata menjadi peneraju kepada lelongan harta Selangor,” tambah Hamidzun.


Menurut Hamidzun, Worldwide diperbadankan pada 29 Disember 1965 dan diapungkan di Bursa Saham Kuala Lumpur sehingga 2008.

Syarikat ini aktif dalam perniagaan pembangunan, pengurusan dan pelaburan hartanah serta pengurusan alam sekitar. Ia mempunyai 87 kakitangan dan 11 anak syarikat.

Syarikat yang pada asalnya mempunyai enam pengarah kini hanya mempunyai dua pengarah dengan modal berbayar sebanyak RM177.12 juta

“Laporan Ketua Audit Negara 2010 menegur Menteri Besar agar menambahkan bilangan pengarah Worldwide bagi meningkatkan akauntabiliti dan ketelusannya.

“Ketua Audit Negara juga mencadangkan agar Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Worldwide diaktifkan dan fungsinya diselaraskan dengan peraturan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9, 10, 11 dan 12 tahun 1993,” jelas Hamidzun.

Persoalan berkenaan pemindahmilikan syarikat tersebut turut dikemukakan kerana ia merupakan syarikat “anak emas” yang memperoleh keuntungan.

“Setelah dibina puluhan tahun oleh kerajaan BN, Worlwide mencatatkan pendapatan tahun sebanyak RM238 juta pada tahun 2008, RM149 juta pada tahun 2009, RM169 juta pada tahun 2010.

“Keuntungan sebelum cukai Worldwide pada tahun 2008 adalah RM 100 juta, 2009 RM79 juta dan 2010 RM93 juta,” katanya lagi.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive