Monday, November 5

MINGGU DEPAN PASTI TELONDEH SELUAR SUARAM...



Pengasas PKR Ng Lum Yong akan mendedahkan bukti Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyalurkan dana daripada sumber-sumber Yahudi termasuk George Soros kepada PKR dalam agenda untuk menabalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, minggu hadapan.

Beliau yang dihubungi berkata pendedahan terbaru itu akan dibuat sekembalinya beliau dari China.

"Kita akan tunjukkan bukti minggu hadapan," katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo berkata pihaknya bersedia untuk membuat laporan polis sejurus selepas Ng mendedahkan bersama bukti-bukti tersebut minggu hadapan.




Katanya, sekiranya benar dakwaan itu, maka ianya terbukti PKR adalah sebuah parti yang digunakan pihak luar bagi menjatuhkan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Ya, andai kata Ng membuat pendedahan, kami akan membuat laporan polis untuk desak pihak berkuasa menyiasat dan dedahkan perkara ini kepada rakyat. Supaya rakyat tahu

"Bagi saya, PKR ini satu alat yang diguna pakai orang luar untuk jatuhkan pemerintahan negara yang rata-rata rakyat sepatutnya berterima kasih kepada khidmat BN," katanya lagi.

Dalam perkembangan sama Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution menyangkal dakwaan Ng selain menyifatkan kenyataan tersebut sebagai 'paling gila' dan tidak berasas.

"Kenyataan itu tidak betul sama sekali. Kalau betul ia datang dari Ng, saya sifatkan sebagai kenyataan paling gila dari beliau. Kenyataan bersifat semborono dan tiada asas."

Ditanya sama ada PKR berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan Ng itu, Saifuddin berkata, PKR tidak bercadang untuk mengambil apa-apa tindakan.

Menurutnya, kenyataan Ng itu langsung tidak menggugat kedudukan parti dan ia hanya satu watak picisan dari bekas pemimpin tertinggi PKR tersebut.

"Tidak.. Ng ini tidak langsung menggugat parti. Ia cuma satu watak picisan. Kita tidak ambil pusing langsung," katanya.

Selain mendakwa dana digunakan PKR untuk menumbangkan kerajaan, Ng turut mendakwa terdapat komplot untuk menegakkan pengaruh Amerika Syarikat di Malaysia memandangkan “Malaysia salah sebuah negara yang tak ada pengkalan tentera AS".

Selain PKR, dana berjumlah RM30 juta menurut Ng juga disalurkan ke badan-badan bukan kerajaan seperti Suaram dan gerakan BERSIH.

"Saya tahu kerana saya pengasas parti, saya memang duduk dalam jawatankuasa (pimpinan pusat). George Soros memang ada biayai aktiviti PKR," kata Ng.

Sebelum ini siasatan rasmi kerajaan mendapati Open Society Institute yang diasaskan oleh Soros menyalur dana lebih AS$180,000 (RM558,556.92) kepada Suaram sepanjang tempoh 2007 hingga 2010.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, tempoh penerimaan dana tersebut adalah pada 2007, 2008 dan 2010.

"Melalui surat tawaran, Open Society Institute telah menyalurkan dana sebanyak AS$60,000 (RM186,144.11) pada 17 Oktober 2007, AS$68,775.65 (RM213,361.35) (18 Disember 2008), AS$60,000 (RM186,144.11) (12 Februari 2010) kepada Suaram.AP


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive