Muktamar Pas kini masuk hari kedua hari ini..., Pucuk Pimpinan PAS enggan membahas kenyataan Nurul Izzah. Malah Dewan Ulama parti itu menganggap, kenyataan Naib Presiden PKR itu, hanya perkara kecil.
Sayang, kenyataan yang begitu jelas daripada Nurul Izzah, bahawa kebebasan agama perlu juga untuk kaum melayu, yang sememangnya beragama islam. Bagaimana Pas boleh menganggap, bahawa kaum melayu yang islam boleh diberi kebebasan memilih agama.
Namun yang menghiarankan, Ucapan Perasmian Presiden Parti itu bagi Dewan Muslimat, menuduh Umno mengamalkan kurafat. Satu tuduhan yang diada-adakan, sedangkan kenyataan Nurul Izzah sungguh memberi cabaran kepada agama islam sendiri.
Mufti Perak Datuk Harussani malah menganggap, kenyataan Nurul Izzah itu tergolong dalam dosa-dosa besar, atas sebab itu, mufti itu meminta Nurul bertaubat kepada Allah Subhanawata.
Muktamar Pas kali ini, telah memperjelas kedudukan Parti yang mengatas namakan islam itu, sebenarnya hanya parti biasa.
Kecenderungan parti itu merebut tampuk pemerintahan dalam negara terserlah melalui muktamar kali ini. Bermula pada muktamar kali ini, rakyat yang menyokong parti itu, perlu memahami, bahawa Pas bukan lagi parti yang berlandaskan islam, sebaliknya sama dengan parti-parti yang terdaftar dalam negara.
Jika sebelum ini Pas menuduh Umno sebagai parti kafir, kini jolokan itu boleh juga dijenamakan kepada Pas.
Pada PRU-13 akan datang, rakyat yang boleh mengundi, perlu faham dan megerti, bahawa parti mana yang mampu mentadbir negara dengan baik adalah parti yang perlu didokong, bukan parti yang penuh retorik dan senantiasa berubah-ubah prinsipnya.
Bayangkan Pas sanggup mengubah prinsip perjuangannya semata-mata untuk berganding bahu dengan DAP dan PKR bagi memenuhi cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri.
Tidak menghairankan, jika Pas dan sekutunya DAP dan PKR diberi mandat berkuasa di peringkat persekutuan, tidak mustahil pakatan itu akan melaksanakan kenyataan Nurul Izzah, bahawa dalam negara ini akan berlaku kebebasan beragama untuk semua kaum termasuk kaum melayu
No comments:
Post a Comment