exponegaraku

Monday, November 5

Nurul Izzah Menyemai Fahaman "pluralisme".



Nurul Izzah kini menjadi sasaran semua pihak kerana kenyataan yang seumpama menyokong LGBT.Dari segi Islam adalah salah dan tidak dapat diterima oleh kebanyakkan pihka kecualilah mereka yang amat taksub kepada Pemimpin PKR.

Video ini membuktikan setiap kata-kata NurulIzzah tak nak menafikan pulak apa yang dikata?

Ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersabit masyarakat Melayu harus diberi kebebasan beragama sebagai tindakan untuk menyemai fahaman ‘pluralisme’.




Beliau menegaskan ideologi pluralisme tidak boleh dibiar mempengaruhi masyarakat kerana fahaman tersebut bukan sahaja tidak boleh diterima oleh Islam, malah agama-agama lain.

Justeru, beliau menggesa ahli-ahli politik supaya lebih berhati-hati di dalam mengeluarkan kenyataan.

“Jangan kita bawa ideologi pluralisme yang mungkin kita sendiri terpengaruh dengannya bagi pihak Pakatan Rakyat.

“Membawa ideologi dan pemikiran semua agama ini sama, tak boleh..itu pluralisme. Saya kira mana-mana agama tidak menerima kenyataan seperti itu. Jadi saya minta agar kita lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan. Saya tak khususkan ianya untuk Pakatan semata-mata, untuk Nurul Izzah semata-mata..untuk Umno sekalipun, untuk umat Islam umumnya,” jelas beliau.

Izzah yang juga merupakan ahli Parlimen Lembah Pantai pada semalam menegaskan bahawa sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama termasuk Islam.

Kata beliau, seharusnya tidak wujud sebarang desakan beragama sehingga membezakan antara agama Islam dan agama lain.

“Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,” katanya pada sebuah forum Kristian di Subang, semalam.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Fathul berpendapat kenyataan tersebut memberikan implikasi negatif khususnya kepada umat Islam sedangkan telah banyak usaha yang dilaksanakan kerajaan untuk memastikan umat Islam agar tidak murtad.

Menegaskan Islam tidak menghalang kebebasan beragama terhadap bukan penganutnya, di kalangan umat Islam pula katanya kebebasan beragama tidak diberikan secara mutlak.

“Jadi kita tidak boleh membawa kempen bebas secara mutlak...kita tidak boleh membawa kempen kebebasan beragama secara mutlak. Mana mungkin...Perlembagaan (Persekutuan) ciptaan manusia kita boleh sama-sama nak pertahankan, ini (had kebebasan beragama untuk Islam) ketetapan Allah swt..lebih utama untuk kita pertahankan, lebih utama untuk kita patuhi.

Selain itu, kenyataan yang dibuat oleh anak kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilihat seolah-olah menyokong sekiranya terdapat penganut agama Islam yang ingin murtad.

“Adakah beliau seolah-olah nak kempen supaya umat Islam, pergilah kalau ‘you’ (awak) nak pilih agama you terpulang ikut suka you..adakah itu maksudnya sedangkan kita semampu mungkin berusaha untuk memastikan seluruh umat Islam berpegang dengan agamanya dan tidak keluar daripada agama,” ujar beliau.

1 comment:

Anonymous said...

tepat sekali mat sabu beri gelaran pada Anwar,sebab tu anaknya pun sokong,cuma kalau nak buat ditempat tersembunyi

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive