RAPID

Thursday, November 15

MANSOR OSMAN SANGGUP GADAI ISLAM UNTUK BODEK TOKONG CROCKY EROGAN...


Mansor TKM1 Pulau Pinang nie islam atau pun tidak?Kenapa nak populariti murahan sampai sanggup bersama-sama memegang lilin(Candlelight Vigil)....Sampai tak tahu hukum agama...Nak membodek pun agak-agaklah...Takkan nak cover line depan Tokong Crocky Erogan sanggup mengadaikan akidah Islam ...



Di mana Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal agama Islam kali ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan pengenai penglibatan orang Islam dalam aktiviti Candlelight Vigil, di mana di dalam Muzakarah tersebut keputusan yang telah di ambil sebagaimana di bawah ini:

1. Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara bukan agama Islam.

2. Candlelight Vigil mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan Agama Bukan Islam dan boleh menjejaskan akidah Umat Islam

1. Di dalam Islam, cahaya atau api yang dihasilkan oleh lilin dan selainnya tidak memberi apa-apa pengertian berkaitan aqidah dan kepercayaan. Cahaya atau api hanya merupakan satu alat yang dikurniakan oleh Allah SWT bagi memudahkan urusan kehidupan manusia.

Bagaimanapun, api atau cahaya menjadi satu perkara yang amat signifikan bagi agama-agama bukan Islam terutamanya bagi agama majoriti di negara ini iaitu Kristian, Hindu dan Buddha. Amalan Candlelight Vigil khasnya atau kuasa cahaya atau api amnya mempunyai perkaitan langsung dengan ketiga-tiga agama tersebut.

2. Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam. Hukum Islam jelas melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W. dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-18, m.s. 1343 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim)

3. Rasulullah S.A.W turut melarang umatnya daripada melakukan sesuatu perkara yang bukan datangnya dari urusan agama, sepertimana disebutkan di dalam Mausu'ah al-Sunnah, al-Kutub al-Sittah Sahih Muslim: Kitab Al-Aqdiyyah, Hadis ke-17, m.s. 1343 yang bermaksud:

"Telah diberitakan kepada kami oleh Abu Ja'far Muhammad bin al-Subhi dan Abdullah bin Aun al-Hilali kesemua daripada Ibrahim bin Sa'ad telah berkata Ibn al-Subhi, diceritakan kepada Ibrahim bin Sa'ad bin Ibrahim bin Abd al-Rahman bin Auf, diberitakan kepada kami oleh ayahku daripada al-Qasim bin Muhammad daripda Aisyah berkata; Rasulullah S.A.W telah bersabda "Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak". (Riwayat Muslim).

Sementara itu, Pembaca juga boleh membaca satu artikel yang bertajuk "The Candles and Their Symbolism" atau dalam Bahasa Melayunya "Lilin dan Simbolik"



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive