Sunday, November 25

GUAN ENG TAK PANDAI URUS KDNK PENANG.....


Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Pulau Pinang merudum sebanyak 1.8 peratus sepanjang 9 bulan kebelakangan ini.....Guan Eng hanya pandai memanipulasi fakta kononnya hebat tapi hampeh dan gagal sama sekali...

Mungkin ramai tidak tahu apa kena mengena ini kepada Rakyat Pulau Pinang...?



Sebagai contoh, andaikan aktiviti dan sentimen dalam ekonomi Malaysia menyebabkan mata wang Malaysia menyusut nilai. Kesannya harga barang import (dalam ringgit Malaysia) meningkat dan harga barang eksportnya (dalam mata wang asing) jatuh.




Keadaan ini menyebabkan ringgit Malaysia menjadi lebih murah dan barang Malaysia menjadi lebih berdaya saing di pasaran dunia. Pada masa yang sama barang import menjadi lebih mahal bagi penduduk Malaysia, oleh itu mereka mengurangkan import dengan bertukar kepada barang tempatan.

Peningkatan permintaan terhadap barang tempatan oleh penduduk Malaysia dan permintaan luar oleh orang asing menggalakkan aktiviti ekonomi Malaysia melalui peningkatan pengeluaran oleh firma, peningkatan penggunaan oleh penduduk tempatan dan peningkatan dalam eksport bersih (eksport tolak import).

Peningkatan dalam setiap komponen tersebut meningkatkan output negara  yang mana diterjemahkan kepada peningkatan  KDNK benar.Seterusnya peningkatan permintaan terhadap barang Malaysia dari dalam dan luar negara menyebabkan tahap harga Malaysia meningkat.

Pada masa yang sama harga input menjadi lebih mahal bagi pengeluar tempatan juga menyebabkan kos pengeluaran meningkat, maka agregat penawaran akan berkurangan.

Peralihan agregat permintaan ke kanan diikuti dengan peralihan agregat penawaran ke kiri akan menyebabkan tahap harga negara meningkat. Oleh itu susut nilai kadar pertukaran asing sesebuah negara cenderung menyebabkan tingkat harga negara tersebut meningkat di masa hadapan.

Sejauh mana kesan perubahan kadar pertukaran mempengaruhi ekonomi sesebuah negara bergantung kepada tahap kesensitifan permintaan dan penawaran barangan dan aset negara terhadap perubahan kadar pertukaran tersebut.

Penjelasan yang senang untuk pekara diatas adalah ianya akan menaikan kadar tukaran wang RM kepada barangan keperluan yang kita beli setiap hari....Guan eng sengaja untuk menaikkan KDNK di Pulau Pinang supaya senang nak salahkan UMNO/BN bila harga barang meningkat kelak....

Taktik murahan untuk menyalahkan orang lain sedangkan Salah DAP dan Guan Eng kerana salah tadbir negeri.......

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive