Showing posts with label PM DS Najib Razak. Show all posts
Showing posts with label PM DS Najib Razak. Show all posts

Saturday, December 8

PEMIMPIN DAP PECAH HIDUNG TENGOK VIDEO NIE....


MKP malas nak ulas bebanyak tapi video nie pastinya membuatkan berdarah hidung pemimpin DAP termasuk Ketua Menteri Paling Malang didalam Sejarah Pulau Pinang....LGE...

Hari nie terbukti dengan kepimpinan DS Najib Razak rakyat Pulau Pinang telah kembali menyokong UMNO/BN...

MKP akan update berita terkini selepas ini stay tune,,,,,Bai..... 

LIVE : LAWATAN @NajibRazak JANJI DITEPATI PULAU PINANG...


Terkini DS Najib Razak berada di Pasar Awam Bayan Baru..MKP akan membuat liputan secara langsung dari semasa ke semasa..


ada blogger pembangkang bakal meroyan hari nie..

DS Najib Razak bersalaman dengan rakyat Pulau Pinang...

Wednesday, December 5

@NajibRazak AKAN DIMALUKAN OLEH PENDUDUK TANJONG TOKONG

Lawatan DS Najib Razak Ke Pulau Pinang pada sabtu ini untuk Majlis Pecah Tanah anjuran UDA hanyalah bersikap melengkapkan matlamat UDA.Selepas 40 tahun masalah perumahan di Tanjung Tokong, akhirnya akan diselesaikan dengan petempatan semula penduduk Tanjung Tokong, kata pengerusi Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Datuk Nur Jazlan Mohamed.


Saturday, November 24

APA SALAHNYA BUAH TERUKIR NAMA PM @NajibRazak



Apa yang peliknya jika buah tersebut terukir nama DS Najib Razak? Mungkin pencacai dan penjilat tegar Anwar saja nak mencari kesalahan serta membuat tomahan tahap meroyan bagaikan kucing hilang anak derrrr..

Tuesday, September 4

VIDEO GangNam Pulak Hina PM @NajibRazak @PDRMsia Tolong Siasat


Satu video klip menghina pemimpin-pemimpin negara dalam bentuk animasi telah dimuat naik di laman sesawang youtube.com pada malam ambang merdeka yang lalu.

Video klip sepanjang 2:18 minit berjudul ‘Open Condom Style’ itu telah dimuat naik oleh pengguna yang menggunakan nama ‘tricave2011’ dan sehingga sebentar tadi telah mencatatkan tontonan sebanyak 173,584 tontonan.

Video klip tersebut menggambarkan animasi yang mirip dengan beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sedang melakukan tarian gangnam atau lenggok kuda dari Korea yang cukup popular di kalangan warga pengguna internet.


Saturday, July 14

Banyaknya Bas Kat Majlis Najib Di Dungun. Wak Gapo?


Dasyat sungguh depa nie sampai bas pun depa kira?kalau nak kira yang ada dalam gambaq nie cuma sembilan banyak ke?tomahan puak Hadi Awang menyatakan UMNO bawa orang UMNO ke Majlis Bersama PM DS Najib Razak selalu kita dengaq.UMNO bayar ahlinya menyertai program,ini dan itu serta segala macam diberi.Woiii PAS dan pencacainya hampa sakit tang mana?Kalau dah Presiden UMNO datang ke Terangganu sudah semestinya disambut oleh ahli UMNO Terangganu.Yang penting   bukan ambil orang import macam PAS buat Himpunan HIjau kat Stadium DarulAman kebanyakkannya dari Pantai Timur....


Hadi Awang bagi amanat melingkupkan Orang Islam dan tercetusnya Peristiwa berdarah memali?

Thursday, May 31

Rantai Kesihatan PM Najib Razak Haram?


Kenapakah isu rantai Perdana Menteri Najib Razak masih menjadi tohmahan juak-juak Pakatan Haram terutama dari cybertroopers mereka. Isu pemakaian rantai berkenaan bermula ketika kunjungan PM Najib Razak melawat ke Temerloh untuk agihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Di dalam majlis tersebut dua beranak yang terpisah lebih dua dekad berjaya ditemukan dalam majlis agihkan BR1M.


Laporan Buletin Utama bertarikh 07 April 2012, mengenai perkara di atas, boleh ditonton di bawah:



Keadaan kembali hangat apabila PM DS Najib Razak hadir untuk merasmikan Himpunan Jutaan Belia 2012 (HBN2012) pada Hari Sabtu lepas. Ini disebabkan oleh gambar yang diambil oleh beberapa blogger termasuk rakan blogger Jawa Bernam lebih jelas kelihatan rantai tersebut. Imej PM DS Najib Razak pada HBN2012 jelas menunjukkan beliau memakai rantai. Namun, apa yang pasti, ianya bukan bukan rantai emas.

Kini terdapat trend di mana kebanyakkan dari kita memakai rantai kesihatan. Antara yang popular dan mendapat testimoni positif dari pengguna adalah rantai kesihatan ‘LOKET QUANTUM SKALAR ENERGY. Loket Quantum Skalar Energy diperbuat daripada larva gunung berapi di Jepun dan German. Lahar Tenaga Skalar yang terbaik adalah dari Jepun dan Jerman berdasarkan faktor cuaca dan alam. Kualiti yang paling utama dalam Loket Quantum adalah bagaimana lahar menyerap tenaga sekeliling semasa letupan gunung berapi. Loket berkenaan dapat menukarkan tenaga sekeliling kepada 4-12u gelombang Tanaga-Bio yang berhubung dengan gelombang tubuh manusia pada 36 ke 37 darjah Celsius. Loket berkenaan mengandungi lebih 70 unsur tenaga bahan mineral.

Loket berkenaan adalah salah satu projek NASA yang disimpan bertahun-tahun dan akhirnya dibongkar untuk kebaikan manusia. Loket berkenaan dapat digunakan untuk mengubat pelbagai penyakit. Diiktiraf tokoh agama dan doktor perubatan. Ianya amat berkesan untuk darah tinggi (hypertension), sinus, strok, kencing manis (diabetes), cataract, asma, penyakit kulit, lemah tenaga, depression, chronic fatigue syndrome, sakit tulang, athritis, sakit otot, ketagihan rokok, hairloss, sakit sendi, ketagihan alkohol, gout, masalah kesuburan, insomnia dan lain-lain. Malah The Star turut laporkan kesahihan produk LOKET QUANTUM SCALAR ENERGY, di sini.

PM DS Najib Razak tidak berdosa memakai rantai untuk tujuan kesihatan. Salahkah PM DS Najib Razak untuk memakai rantai kesihatan yang tidak bertentangan dengan Hukum Syarak? Ini berdasarkan Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan bertarikh 28 Februari 2008 seperti berikut:
Keputusan:

Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa : 
a) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi wanita adalah harus kerana ia merupakan perhiasan yang dikhususkan bagi mereka. Ini adalah hukum yang disepakati secara ittifaq. Sebaliknya, diharamkan bagi lelaki untuk memakainya sebagai perhiasan semata-mata kerana ia menyerupai wanita. 
b) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita untuk tujuan perubatan atau rawatan adalah dibenarkan berdasarkan keperluan dan hajat dengan syarat: 
i. Ia bukan diperbuat daripada emas, perak, suasa atau sutera (bagi lelaki). 
ii. Tidak terdapat unsur najis padanya. 
iii. Tidak mempercayai atau meyakini bahawa pemakaian gelang tangan tersebut boleh menyembuhkan penyakit tertentu kerana ia dikhuatiri boleh menjerumuskan seseorang kepada unsur khurafat yang boleh menjejaskan aqidah. 
iv. Tidak menyebabkan kemudaratan kepada pemakainya. 
v. Mendapat perakuan daripada pakar perubatan yang beragama Islam dan telah terbukti secara saintifik bahawa ia merupakan antara kaedah rawatan yang berkesan dalam merawat penyakit. 
Walau bagaimanapun, dalam hal ini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka telah mendapat nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa terapi bio magnetik bukanlah merupakan kaedah perubatan yang memenuhi piawaian dan tidak dapat dipastikan keberkesanan penggunaannya secara tepat dan jelas dalam merawat serta menghilangkan penyakit. 
c) Pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki atau wanita yang disertai dengan niat untuk bermegah-megah atau kelihatan bergaya bagi lelaki adalah haram walaupun dengan tujuan perubatan.

Wednesday, March 21

TAHNIAH PM,Twitter hampir 500,000, Facebook sejuta


KUALA LUMPUR 21 Mac - Jumlah pengikut Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial Twitter dan Facebook masing-masing mencecah hampir 500 ribu dan sejuta malam ini. 
Perdana Menteri dalam Tweetnya pada pukul 10.30 malam tadi melahirkan rasa terharu atas sokongan yang diberikan itu selain mengucapkan terima kasih kepada para pengikut beliau. 
"Terharu lihat pengikut Twitter hampir 500 ribu. Facebook pula sudah dekat satu juta. Terima kasih kepada semua pengikut saya,” katanya. 
Beliau turut meminta pandangan rakyat untuk meraikan pengikutnya yang ke 500 ribu dan sejuta. 
"Mungkin anda semua ada cadangan sempena mencecah pengikut saya yang ke 500 ribu dan sejuta?,” katanya. 
Semasa berita ini ditulis (11.35 malam), pengikut Najib di Twitter adalah seramai 498,527 orang manakala rakan Facebook beliau seramai 977,282 orang. 
Pengikut di Twitter meningkat ke 498,627 kira-kira 10 minit selepas itu. — BERNAMA



MKP Ayat Sempoi : Apa kata kita beri cadangan kepada PM?

Tuesday, March 6

AWAT PULAK PM MENGAMUK?



Kali pertama MKP tengok PM kata macam nie dekat Pemimpin UMNO,Bukan apa tue semua peringatan kepada semua,Jangan dok lena diulit bantai mahal.Nanti yang terima natijahnya adalah rakyat Kedah Jugak...Matlamat perjuangan pada PRU 13 adalah untuk kembalai merampas Kedah dari PAS.Jika teguran itu  membina patutlah diterima dengan hati yang terbuka.Tak salah merendahkan diri,tak rugi pun....

Thursday, October 27

Malaysia selamat dalam situasi ekonomi, politik global



WALAUPUN Malaysia lebih demokratik dari Singapura tetapi lebih banyak gambaran negatif yang diberikan oleh media Barat terhadap Malaysia berbanding dengan Singapura sekalipun Lee Kuan Yew memusuhi mereka.

Apakah sebabnya? 

Malaysia adalah sebuah negara Islam bersifat majmuk atau multiracial di bawah kepimpinan Melayu dan Islam yang berjaya dalam memberikan maruah yang tinggi kepada orang Islam dan bukan Islam menerusi dasar sosialisme dan kapitalisme yang bijak dan bukan dengan kekerasan.

Perlembagaan telah menakrifkan bahawa Melayu mestilah beragama Islam dan melarang sebarang usaha untuk memurtadkan orang Islam. Keistimewaan kedudukan Melayu ini dianggap sebagai race supremacy yang mesti dipecahkan. Maka, akhir-akhir ini kita telah mula dapat melihat usaha yang agresif secara tersembunyi atau secara terang-terangan dijalankan oleh sesuatu pihak untuk mencemarkan identiti ini atau memecahkan tradisi itu.

Dari kaca mata Barat keistimewaan kepada sesuatu kaum dalam masyarakat majmuk yang berkongsi kuasa politik dan kuasa pemerintahan adalah tidak adil dan tidak sewajarnya dibiarkan sekalipun amalan ini berlaku di negara mereka sendiri.

Sebagai kuasa besar, mereka berasa bertanggungjawab untuk membetulkan dunia ini. Maka sebarang dasar yang bertujuan memantapkan kedudukan agama akan ditentang oleh Barat dengan menggunakan ruang-ruang atau isu-isu dalaman sesebuah negara yang dianggapnya tidak demokratik.

Apakah tekanan seumpama ini akan didatangkan oleh kuasa Barat terhadap Malaysia? Tidak ada rakan yang kekal kepada Amerika Syarikat (AS) jika kuasa dan kepentingannya tercabar.

Kerja ini lebih mudah dilakukan oleh mereka sekarang berbanding dengan keadaan semasa era Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ini kerana, sekarang kebebasan tidak lagi dikawal dan ejen-ejen asing dapat bergerak dengan bebas.

Inilah cabaran paling sulit sedang dihadapi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkehendakkan kebijaksanaan dan kehalusan beliau dalam menangani masalah politik dalam negara dan juga dalam menjalankan dasar luar negara.

Untuk pembangunan maruah bangsa dan nasionalisme memerlukan sikap radikal dan berani seperti Dr. Mahathir yang telah meninggalkan kesan yang mendalam. Tetapi kemaraan globalisasi yang telah pun menjinakkan China dan India terhadap AS, maka siapalah kita sebuah negara kecil untuk bersuara dengan lantang bagi pihak Dunia Ketiga yang mungkin akan mendatangkan ancaman dan gangguan kepada negara kita.

Najib juga telah berusaha untuk meyakinkan dunia terhadap demokrasi Malaysia yang sering dicemarkan oleh ejen-ejen politik asing di negara ini.

Penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumumkan olehnya tidak sahaja mematahkan suatu isu popular pembangkang malah memberikan tamparan kepada demokrasi AS sendiri dan meletakkan rakan strategiknya Singapura dalam keadaan serba salah dan tekanan dalam negeri yang semakin hebat.

Najib juga telah menjanjikan kebebasan yang lebih luas kepada media, akan menghapuskan pelesenan akhbar dan sebagainya serta menunjukkan sikap positif terhadap tuntutan-tuntutan untuk mengadakan pilihan raya umum yang lebih bersih dan telus.

Yang masih tinggal untuk dimomokkan oleh pembangkang sebagai senjata kepada kuasa luar adalah kedudukan Raja-Raja Melayu yang digambarkan sebagai institusi supremacy kedudukan Melayu dan Islam di samping beberapa peraturan yang menampakkan ketidak terbukaan dan ketidakadilan dari segi peluang perniagaan kepada pemodal-pemodal asing dan juga kepada anak negeri yang bukan Melayu.

Berakhirnya episod Muammar Gaddafi maka semakin hampirlah AS kepada dasar globalisasi "Satu Amerika Satu Dunia". Syria dan Iran hanya menunggu saat untuk kesempurnaan misi AS di Asia Barat.

Dengan itu, AS akan lebih dapat menumpukan kepada usaha menyempurnakan pendemokrasian Asia terutama di kalangan negara ASEAN yang menjadi rakan strategiknya untuk mengimbangi China.

Tekanan secara bijak dan halus akan dilakukan secara terang atau tersembunyi dari masa ke masa ke atas negara-negara yang belum dapat dipegang sepenuhnya.

Kepimpinan Singapura telah pun secara rasmi mengundurkan diri baru-baru ini. Kuan Yew bersara sepenuhnya dan tidak lagi menjadi Menteri Mentor atau penasihat.

Malaysia juga adalah salah satu anggota ASEAN yang menjadi rakan strategik AS untuk mengimbangi kuasa gergasi dunia yang sedang dalam pembikinan iaitu komunis China.

Ini bukan perkara baru kepada Malaysia yang telah pun menjadi rakan Barat sejak sebelum dan selepas merdeka berbanding dengan negara lain di Asia, tetapi ini belum tentu akan menjamin keselamatan Malaysia.

Sejauh ini Najib telah pun menunjukkan kefahaman dan kebijaksanaannya untuk Malaysia terus selamat dalam situasi ekonomi dan politik dunia yang amat mencabar.

Sebenarnya bukanlah suatu perkara baru Malaya dan Malaysia menjadi kawan baik Barat atau menjadi alat kepada Barat tetapi kebijaksanaannya dalam mengendalikan sikap ini mengikut keadaan semasa telah memberikan kesempatan kepadanya untuk membina bangsa yang terhormat dan bermaruah di atas faktor keselamatan dan kestabilan negara.

Monday, October 10

PM balun Pembangkang Dalca Marba.


DS NAJIB RAZAK BALUN PEMIMPIN PEMBANGKANG DAH JADI DALCA MARBA,DEK KERANA ISU YANG MEREKA SENDIRI CIPTA.

Thursday, September 15

Perutusan khas Hari Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak



Perutusan khas Hari Malaysia
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
sempena sambutan Hari Malaysia 2011

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

1. Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.

2. Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mapan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.

3. Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, marilah melipatgandakan usaha bagi menambahbaik daya saing nasional melalui penggunaaan kreativiti, inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan baru berasaskan sifat keusahawanan mandiri. Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

4. Membelek helaian-helaian tawarikh, apabila negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu sehingga Malaysia dibentuk enam tahun kemudiannya, bersama-sama Sabah dan Sarawak, banyak pihak ketika itu, sama ada pemerhati asing, mahupun warga tempatan berasa ragu-ragu serta waham mempersoalkan tentang, sebuah negara baru yang negeri-negerinya terpisah dek Laut Cina Selatan, sedang diancam pula pemberontakan komunis, dengan separuh penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, ditambah oleh faktor kemajmukan demografik yang luar biasa kompleksitinya, mungkinkah mampu untuk kekal utuh sebagai sebuah negara bangsa apatah lagi untuk berjaya?

5. Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan diiringi sebuah takdir yang penuh cabaran. Jika disisir sejarahnya, semacam satu keajaiban diawal usia setahun jagung meraih kemerdekaan, hakikat yang tersebut tadi ditambah berat pula dengan penerimaan sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta Persekutuan, telah diterima amal secara tuntas oleh kita begitu awal ketika mana proses pembudayaan masih lagi tidak matang.

6. Jelas sekali, sebelum merdeka, warga tiga belas buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia tidak pernah berpeluang untuk memilih kerajaan yang akan memerintah sekalipun corak pentadbirannya. Kewujudan mereka hanyalah sebagai rakyat negeri-negeri naungan atau tanah jajahan yang diberi keistimewaan politik terhad mengikut budi bicara kuasa pemerintah. Pastinya, ini, bukanlah hak politik tulen yang terbit daripada kewarganegaraan sebuah negara merdeka serta berdaulat.

7. Menyingkap fakta, sebelum merdeka, pemilihan politik pertama yang berlangsung di mana rakyat telah diberi peluang secara terhad untuk memilih wakil mereka adalah semasa pemilihan beberapa Majlis Perbandaran pada tahun 1952 dan seterusnya pemilihan sebahagian Anggota Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955. Sebaliknya, hanya tahun-tahun selepas merdeka bermula 1959, rakyat mula diberi hak dan tanggungjawab sepenuhnya untuk memilih semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai hak budi bicara mutlak dalam menentukan parti manakah bagi membentuk kerajaan.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

8. Sememangnya kita perlu bersyukur kerana dari masa hingga masa, walau apapun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman mahupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu seperti pemberontakan komunis, konfrontasi menentang penubuhan Malaysia, rusuhan kaum, kemelesetan ekonomi, ekstrimisme agama mahupun cauvinisme perkauman, Alhamdulillah, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi menggunakan kerangka tindakan berhemah, demokratik berasaskan prinsip keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.

9. Barang harus diingat jua, sepanjang tempoh tersebut tidak pernah terlintas di benak pihak kerajaan walau sedetikpun untuk menukar sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sedia ada dengan sebarang sistem anti-demokratik, waima betapa getir cabaran yang dihadapi. Seperti terakam pada susur galur negara, disebabkan tragedi 13 Mei, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bertindak atas nasihat YAB Perdana Menteri ketika itu menurut peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, telah mengisytiharkan darurat.

10. Salah satu kesan pengisytiharan darurat 1969 tersebut adalah proses pilihanraya yang belum selesai di Sabah dan Sarawak telah digantung. Peristiwa selanjutnya yang berlaku adalah pemilihan Dewan Rakyat telah disempurnakan dalam tempoh lebih kurang dua puluh bulan kemudian dan sistem Demokrasi Berparlimen dipulih kembali apabila keamanan negara telah stabil seperti sediakala.

11. Kendatipun begitu, Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa tersebut merangkap Menteri Pertahanan yang telah diamanahkan mengetuai Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN, dengan memiliki kuasa mutlak eksekutif dan perundangan, tidak pernah menyimpan hasrat untuk mengekalkan kuasa-kuasa tersebut lebih lama daripada apa yang perlu.

12. Sudah terang lagi bersuluh, Allahyarham Tun bersama rakan-rakan ketika itu amat menyedari bahawa kuasa luar biasa tanpa sempadan yang tergenggam di tangan mereka tersebut tidak boleh sekali-kali dijadikan suatu kelaziman demi masa depan negara tercinta. Sebaliknya, mereka faham kuasa total itu sekadar suatu amanah untuk mengekang dan mengawal tragedi serta kegoncangan yang berlaku.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

13. Sebetulnya lagi, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kuasa untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri terletak secara mutlak tanpa kekecualian di tangan rakyat. Setelah lebih lima dekad kemerdekaan negara dan hampir lima dasawarsa pembentukan Malaysia, kita dapati bahawa, pengalaman, kematangan serta kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan halatuju masa depan yang mereka dambakan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua.

14. Bahkan, saya sering mengutarakan bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah melewati tempohnya. Revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggihan pengangkutan telah membuka persaingan serta perbandingan secara meluas lagi dinamik dalam pasaran idea.

15. Kontemporari ini, taraf serta akses rakyat kepada semua peringkat pendidikan semakin meluas seiring dengan korpus pengetahuan yang dimiliki. Disamping itu, pertumbuhan ekonomi yang mapan, pengurangan kadar kemiskinan dan inisiatif kejuruteraan sosial serta keberkesanannya, telah berjaya meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan kelas menengah yang besar. Mutakhir pula, keutamaan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia telah mengalami perubahan yang besar berbanding empat atau lima dekad yang lalu.

16. Melangkah lebih jauh, mentadbir negara yang terzahir dari saat kemerdekaan dikudratkan oleh kehendak rakyat, kerajaan kini akan terus komited menjunjung sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

17. Sebagai yang ramai maklum bahawa, kecuali darurat akibat konfrontasi tahun 1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuatkuasa sehingga hari ini. Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya. Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

18. Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi keadaan luarbiasa yang mengancam keselamatan tanahair dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah khas yang kadangkala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan. Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai.

19. Dari perspektif undang-undang Islam pula, ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat: keturunan dan maruah serta kelima: harta benda. Bahkan prinsip Usul Fiqah banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai.

20. Ini bukanlah ehwal yang pelik, tidak lazim atau asing. Terbukti, negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah menggubal rangka perundangan khas bagi menangani ancaman pengganas pasca tragedi 11 September.

21. Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi sebuah demokrasi moden adalah, diantara keselamatan nasional dan kebebasan individu. Itulah tugas dan tanggungjawab sebuah kerajaan yang matlamat tertingginya, menjunjung kebajikan serta kesejahteraan rakyat untuk mencari keseimbangan yang betul ini.

22. Misalnya, kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian. Sebagai contoh mudah yang lain, kerajaan turut bertanggungjawab untuk menghalang jeritan palsu tentang bom dalam sebuah stadium yang penuh sesak. Ini kerana, kebebasan luar kawal sebegitu, akan hanya menimbulkan panik yang boleh membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

23. Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.

24. Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah
semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

25. Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

26. Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.

27. Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.

28. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

29. Sebagai sebuah negara, Malaysia dan seluruh warganya kini berada di persimpangan jalan. Pilihan yang kita putuskan hari ini akan menentukan nasib serta mencorakkan rupabentuk Malaysia pada masa hadapan, tanah air yang akan kita wariskan kepada anak-anak kita dan generasi mendatang. Persoalannya, mampukah kita melampaui dan mencabar wasangka lazim bahawa rakyat Malaysia daripada latarbelakang yang majmuk, status sosioekonomi berbeza dan fahaman politik pelbagai, secara iradat manusiawinya, tiba kepada konsensus untuk tidak tunduk menyerah kepada sekam kebencian dan kecurigaan yang pastinya mengheret kita ke lembah kehinaan. Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.

30. Yakinlah bahawa, ia satu kekuatan bukan satu kelemahan untuk kita meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia membuat pilihan dalam mencorakkan hala tuju masa depan mereka sendiri. Jika kita menganggap ia satu kesilapan maka, apakah maknanya pencapaian kita hari ini, apakah gunanya kita merancang pembangunan negara degan begitu tersusun semenjak merdeka, apakah gunanya kita membelanjakan sebahagian besar khazanah negara setiap tahun untuk memberikan akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat, membebaskan warga daripada cengkaman kemiskinan, membina infrastruktur fizikal serta teknologi komunikasi maklumat yang berkelas dunia?

31. Jawapannya sangat jelas yakni, langkah-langkah yang saya umumkan sebentar tadi tidak lain tidak bukan adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib lagi berhemah. Ia berdiri sebagai pelengkap amat penting serta perlu kepada insiatif-inisiatif transformasi bidang ekonomi dan penyampaian awam yang pihak kerajaan telah rangka dan laksanakan semenjak lebih dua tahun kebelakangan dalam usaha menuju sebuah negara moden dan progresif.

32. Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan. Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk. Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

33. Akhir kalam, saya ingin tegaskan bahawa tanpa syak dan tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia yang kita impikan bersama dan sedang kita cipta ini adalah Malaysia yang mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif di mana keamanan dan ketenteraman awam dipelihara selaras dengan roh ketertinggian Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada hak asasi manusia dan hak-hak individu.

Demi Malaysia, bertawakallah semua dan kepada Tuhan kita berserah.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

Tuesday, August 30

Populariti Najib tercalar: MKP kurang setuju



kaji selidik yang menunjukkan bahawa tahap kepopularan atau puas hati rakyat terjadap kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang merosot enam mata kepada 59 peratus, bukan perangkaan yang berwibawa.


Merdeka Center adalah pusat banci dan kaji selidik pendapat. Ia telah menjalankan kajian dan penyelidikan. MKP  akui ia sebuah badan bebas, tetapi ia tidak boleh mewakili apa yang kita namakan sebagai autoriti.


Dalam sektor kewangan, kita ada Standard and Poors dan Morgan Stanley. Bagi Merdeka Center kita boleh melihat dan membuat pertimbangan.


Merdeka Center boleh digunakan sebagai rujukan, tetapi cepat untuk berkata bahawa data berkenaan mungkin sangat subjektif.


Menurut badan itu, tahap puas hati rakyat terhadap Najib jatuh ke paras terendah iaitu 59 peratus, berbanding 72 peratus yang dicatatkan oleh presiden Umno itu pada Jun tahun lalu.



Antara lain, kemerosotan kepopularannya dikaitkan dengan tekanan inflasi akibat kenaikan kos bahan api dan elektrik yang diumumkan oleh kerajaan BN.
Merdeka Center juga berkata cara pentadbiran Najib menangani dan memngendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga menjejaskan kredibilitinya.

Saturday, July 30

Fitnah PanelPoint SDN BHD kepada PM.


PanelPoint SDN BHD telah menyatakan telah mendapat kelulusan dari Datuk Seri Najib Razak akan tetapi telah dinafikan oleh beliau.Adakah ini fitnah yang terbaru untuk mengaibkan kreditbiliti Perdana Menteri?Adakah mereka dari Panel Point SDN BHD mempunyai agenda politik dan diarahkan berbuat demikian oleh individu yang tidak bertanggungjawab?Berikut jawapan PM kepada wartawan.

   Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat menafikan dakwaan sebuah syarikat tempatan mendapat hak mengusahakan sebuah konsortium bagi membangunkan saluran paip gas menghubungkan negara-negara Asean termasuk Malaysia dengan China melibatkan pelaburan bernilai AS$100 bilion (RM300 bilion).
“Tidak, tidak…tidak ada perkara seperti itu. Kita tidak pernah bincang mengenainya,” katanya dalam nada terkejut kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn di sini, Jumaat.
Rabu lalu sebuah syarikat tempatan yang dikenali sebagai PanelPoint Sdn Bhd mendakwa Najib telah memberi restu secara hitam putih kepada syarikat tersebut untuk membentuk sebuah konsortium bagi membangunkan saluran paip gas 8,000 kilometer menghubungkan negara-negara Asean termasuk Malaysia dengan China melibatkan pelaburan AS$100 bilion (RM300 bilion).

Che Nordin Ismail selaku CEO dan Ahli Lembaga Pengarah PanelPoint SDN BHD yang berani membuat kenyataan tersebut patut pihak berkenaan yang terlibat menyiasat perkara ini,Sesungguhnya ini akan menimbulkan kesangsian terhadap kreditbiliti Perdana Menteri Malaysia. 

Saturday, April 9

PANAS MB KELANTAN NIK AZIZ MASUK UMNO.


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kanan) menurunkan tandatangan berelektronik sebagai simbolik merasmikan Kompleks Pemasaran Setempat, Taman Automatif Pekan di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (dua, kanan), Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (dua, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER Datuk Jebasingam Issace John


PEKAN, 9 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menunjukkan simbol 1Malaysia kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (tiga, kiri) dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kanan) semasa mencuba keselesaan motosikal modenas terbaru yang dipamerkan selepas merasmikan Kompleks Pemasaran Setempat, Taman Automatif Pekan di sini hari ini.

Saturday, April 2

PM Tiba Di Pulau Pinang Untuk Lawatan Kerja Sehari

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada pukul 9 pagi Sabtu untuk lawatan kerja sehari di Pulau Pinang.
Kira-kira 1,000 orang menyambut ketibaan Perdana Menteri dan rombongan di lapangan terbang, dalam keadaan hujan.
Antara pemimpin politik yang kelihatan ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN)Negeri Tan Seri Dr Koh Tsu Koon, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Seri Dr Teng Hock Nan.
Sejurus tiba, tugas Perdana Menteri terus dimulakan dengan sesi taklimat ringkas berhubung masalah yang dihadapi oleh pemandu teksi Pulau Pinang, dan dalam tempoh yang singkat ekoran jadual kerja yang ketat itu, Pengerusi Gabungan Pemandu Teksi Pulau Pinang Abdul Malik Darus sempat menyerahkan memorandum mengenai masalah mereka kepada Najib.
Perdana Menteri kemudiannya meluangkan masa bertemu serta beramah mesra dengan kira-kira 500 pemandu teksi, dan sempat menampal pelekat '1Malaysia' di salah sebuah teksi di situ.


Beliau kemudiannya terus ke Pasar Awam Taman Tun Sardon di Gelugor, Pasar Awam Jelutong, Pasar Awam Kampung Melayu dan Pasar Padang Tembak, untuk tinjauan mesra.
Tengah hari ini Perdana Menteri dijadual menghadiri majlis jamuan bersama rakyat di perkarangan Masjid Permatang Pasir, Balik Pulau, yang dijangka dihadiri lebih 15,000 rakyat daripada pelbagai kaum.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) kemudiannya dijadual bertemu dengan pemimpin-pemimpin BN negeri di Kompleks Tabung Haji, sebelum bertemu rakan-rakan Facebook di Hotel Equatorial.
Beliau seterusnya akan menyaksikan persembahan Kebudayaan India di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) dan menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) sebelum berlepas kembali ke ibu negara pada pukul 11 malam. 

Friday, April 1

Ketua Menteri RM100 Akan Meroyan Bila PM Mai.



GEORGETOWN: Lebih 15,000 rakyat daripada pelbagai kaum dijangka menghadiri majlis Jamuan Rakyat Bersama Perdana Menteri di Balik Pulau dekat sini sebagai meraikan lawatan sehari Datuk Seri Najib Razak ke Pulau Pinang esok. 

Setiausaha Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata majlis jamuan secara terbuka kepada semua rakyat itu diadakan di perkarangan Masjid Permatang Pasir di Balik Pulau.



"Masakan lauk pauk lebih 1,000 ekor ayam dan 100 ekor lembu itu disediakan secara gotong-royong dan kita pelawa rakyat dari seluruh negeri untuk menghadiri majlis itu bagi bertemu secara bersemuka dengan Perdana Menteri," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya, Najib juga dijangka menyampaikan amanat ringkas untuk rakyat Pulau Pinang sempena lawatannya pada majlis itu yang dijangka diadakan pada 12 tengah hari. 

Perdana Menteri dijangka, tiba pada jam 9.30 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan memulakan lawatan bertemu 500 pemandu teksi di negeri ini. 

Najib kemudiannya akan membuat tinjauan mesra di Pasar Awam Taman Tun Sardon di Gelugor, Pasar Awam Jelutong, Pasar Awam Kampung Melayu dan Pasar Padang Tembak sebelum menghadiri majlis jamuan bersama rakyat di Balik Pulau itu. 

Pada sebelah petang pula, Najib dijadual bertemu dengan pemimpin BN negeri di Hotel Equatorial sebelum bertemu rakan-rakan Facebook di hotel yang sama. 
Beliau juga dijangka menyaksikan persembahan Kebudayaan India di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) dan menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) sebelum berlepas ke ibu negara pada 11 malam

Monday, March 28

Penang council takes down 70 banners of Najib

GEORGE TOWN: The Penang Municipal Council (MPPP) has taken down 70 banners featuring the image of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.
The removed banners were at Anson Road, Jalan Masjid Kapitan Keling, Penang Road, Bukit Gambir, Bukit Jambul, Datuk Keramat Road and at the Komtar area.
Sixty-nine of the banners, put up to promote a fundraising event on April 2 where Najib is scheduled to be present, were removed on Friday.
The other, of a cultural carnival on April 2 for which Najib was indicated as the guest of honour, was among six banners removed at Jalan Masjid Kapitan Keling yesterday.
The other five banners promoted courses, seminars and various programmes.
MPPP Public Health Standing Committee alternate chairman Ong Ah Teong said the council’s enforcement team removed the banners after receiving public complaints.
“The council is merely carrying out its duty of removing banners without MPPP permits.
“We removed them regardless of their content and who put them up. We advise the public to apply for a permit to avoid any losses. The enforcement action against illegal banners is ongoing,” Ong said yesterday.
He said the permit for each banner costs RM22 and another RM30 as deposit per month.
After an MPPP full council meeting, Ong had announced on Friday that the council would hire a private company to remove illegal banners and streamers in the municipality.
MKP rasanya depa puak-puak DAP nie takut kat PM kot.Kata-kata PM kat Hulu Selangor 1Malaysia lebih popular dari maggie mee...................

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive