Friday, January 20

Melayu Dijanjikan Menteri Besar Jika Sertai DAP?

Permintaan kaum bukan Melayu untuk memegang jawatan tertinggi dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia bukan isu baru.

Beberapa tahun lalu, kaum itu juga pernah meminta dipertimbangkan supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua diwujudkan untuk diisi oleh pemimpin bukan Melayu. Tetapi permintaan itu akhirnya ditolak.

Kini dengan kemunculan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang pertama dipilih daripada keturunan bukan kulit putih, tiba-tiba ia menjadi inspirasi kepada pemimpin bukan Melayu untuk membangkitkan semula isu jawatan tertinggi negara.

Tetapi sekarang bukan meminta kerusi nombor dua, sebaliknya jawatan Menteri Besar pulak 4negeri menggunakan melayu yang senang diarah .Sebelum permintaan itu dibuat, kita minta pemimpin dan penyokong idea itu memikirkan hakikat dan latar belakang pembinaan negara bangsa Malaysia dengan negara lain.

Malaysia adalah sebuah negara yang unik dan sukar untuk dicari persamaannya di dunia.Memang ada negara membangun mahupun negara maju telah mempunyai Presiden atau Perdana Menteri daripada kaum minoriti dan bukan penduduk asal negara itu.

Hal ini boleh berlaku apabila pemimpin bukan pribumi negara itu dapat mengasimilasi dengan menerap budaya, bahasa dan adat resam penduduk majoriti. Tetapi, bagaimana sikap pemimpin dan kaum bukan bumiputera di negara kita apabila usaha untuk mewujudkan dasar satu bahasa dan usaha mengagih kek ekonomi negara dengan saksama.

Itu jika boleh mereka mengubah pelembagaan negara,DAP nampak semua ini mustahil berlaku akan tetapi beralih kepada taktik baru mengunakan melayu yang senang dicucuk hidung untuk mencapai matlamat mereka.Apa gunanya memegang jawatan jika disebalik kuasa dicaturkan oleh pihak lain.

KUALA LUMPUR : DAP didakwa akan meletakkan calon Melayu di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi membolehkan mereka dilantik sebagai Menteri Besar jika pakatan pembangkang menang di negeri terbabit.

Selain itu, parti itu juga akan memilih calon berkenaan di negeri lain bagi memastikan mereka boleh dilantik sebagai Ketua Menteri. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata mereka bertindak demikian berdasarkan kepada pengalaman pahit parti itu di Perak yang memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), berbanding lima (PAS), enam (Parti Keadilan Rakyat) tetapi terpaksa memberi jawatan Menteri Besar kepada PAS akibat tidak mempunyai calon Melayu. “Kali ini, DAP sangat strategik dan akan mengambil seorang atau dua calon Melayu untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti supaya mereka dapat menjadi Menteri Besar sekiranya pakatan pembangkang menang di Perak.

“Saya melihat ia sebagai satu strategi mengoptimumkan kaum lain, termasuk Melayu… dan orang ramai dapat melihatnya dengan jelas,” katanya pada sidang media selepas merasmikan EcoGreen Tahun Baru Cina 2012 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Mohamed Hata Wahari menjadi orang Melayu terbaru menyertai DAP.

Mengulas lanjut, Soi Lek berkata, kaum Cina yang menyokong DAP dengan harapan memperkukuhkan politik Cina ketika pilihan raya umum lalu sebenarnya memperkasakan PAS misalnya, di Perak dan Kedah.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive