Wednesday, January 18

Exco Selangor ...Dr Rani melepas





Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menunjukkan kelemahan parti Islam itu dalam pentadbiran kerajaan negeri.pelantikan itu bukannya sebagai strategi tetapi menggambarkan kelemahan yang ada dalam Pas.


Sepatutnya orang yang mengetuai pimpinan diberi keutamaan. Mereka sepatutnya memberi keutamaan kepada Pesuruhjaya Pas Negeri, Dr Abdul Rani Osman kerana dilantik mengetuai negeri.PAS bukan lagi sebagai sebuah parti  kukuh yang boleh menjadikan polisi sebuah kerajaan itu kuat.Keadaan nampak kelam kabut. MKP yakin andai kata polisi kerajaan negeri dibuat oleh Exco yang bukan ketua parti, dibawa kepada ketua parti, adakah ketua parti itu boleh menjiwai apa yang dibuat.


Sudah tentu nanti ada percanggahan, bila ada percanggahan ini yang berlaku kepada Hasan Ali. mereka yang dipilih seharusnya menentukan polisi supaya tidak akan bercanggah antara parti dengan kerajaan memerintah.keputusan lantikan dibuat bukan satu strategi tetapi kelemahan yang nyata.Biar rakyat nampak kelemahan dan memang ini yang diamalkan mereka. Negeri tidak kuat... polisi tidak kuat... kerajaan juga lemah.



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive